بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
WANG KERTAS RM1 MALAYSIA
RM1
siri pertama Malaysia, dikeluarkan tahun 1967 - 1972 dengan tandatangan
Gabenor Tun Ismail Md Ali dengan ejaan lama DI-PERLAKUKAN dan GABENOR.
RM1 siri ke 2 keluaran tahun 1972 - 1976 dengan perubahan ejaan DIPERLAKUKAN dan GABENOR.
RM1 siri ke 3 dengan perubahan bahagian sudut bawah sebelah kiri. Masih lagi menggunakan Tandatangan Tun ismail Md Ali.
RM1 siri ke 4, sama dengan siri ke 3 tetapi dengan tandatangan Gabenor Tan Sri Dato' Aziz Taha
RM1
siri ke 5 dengan reka bentuk baru masih mengekalkan potret Yang
Dipertuan Agong yang pertama tetapi bahagian belakang memaparkan monumen
bersejarah di malaysia iaitu Tugu Peringatan Negara. Masih lagi dicetak
oleh Bradbury and Wilkinson. Ditandatangani oleh Gabenor Tan Sri Dato'
Aziz Taha.
RM1 Siri ke 5 tetapi dicetak oleh Thomas De La Rue.
RM1
siri ke 6 dikeluarkan tahun 1986 - 1987 dengan tandatangan Gebenor Tan
Sri Jaffar Husin mengekalkan reka bentuk yang sama dengan siri ke 5.
RM1
Siri ke 7 yang dikeluarkan tahun 2000 dengan siri no. CR72xxxxx yang
amat sedikit kerana persaraan Gabenor Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan
bin Sulaiman. Masih lagi menggunakan potret Yang Dipertuan Agong yang
pertama tetapi dengan reka bentuk yang berlainan.
RM1 siri ke 8 dikeluarkan tahun 2000 dengan tandatangan Gabenor Zeti Akhtar Aziz.