Thursday, January 29, 2015

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


MEROTAN ANAK : MENGAPA JADI ISU?

Ekoran kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim mengenai hukuman rotan akan dikategorikan sebagai jenayah apabila satu undang-undang baharu digubal bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001.

Laporan itu mencetuskan bantahan banyak pihak, terutama ibu bapa, guru dan pakar agama yang menolak larangan merotan kerana tindakan itu diperlukan untuk mendidik anak-anak dengan berkesan, serta dibenarkan dalam Islam.


Menurut Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula di dalam blognya ada pihak cuba menggambarkan seakan merotan ataupun memukul anak merupakan satu tuntutan dalam pendidikan Islam. Kenyataan mereka ini boleh memberikan gambaran yang salah mengenai kesantunan dan kerahmatan Islam itu sendiri. Lebih buruk lagi kenyataan itu dibuat pada musim Islam ditohmah sebagai agama yang ganas. 
Sementara itu Ketua Wanita ISMA, Ustazah Norsaleha Mohd Salleh berkata, penggubalan akta baharu itu perlu diperhalusi sepenuhnya kepada bentuk dan kadar rotan yang dikenakan jika disabitkan kesalahan.“Ini kerana Islam tidak menolak rotan jika ianya tidak mencederakan anak." kata beliau.
Pandangan daripada Pakar Perunding Psikiatri Pusat Pakar Universiti Malaya (UM) Dr Muhamad Muhsin Ahmad Zahari, yang antara lain percaya bahawa budaya merotan akan memberi kesan psikologi dalam tempoh jangka panjang.
Bagi tujuan mendisiplinkan kanak-kanak, hukuman rotan yang dikenakan berjaya menimbulkan rasa kegerunan di kalangan kanak-kanak daripada melakukan kesalahan yang sama namun ia turut memberi kesan negatif.
Beliau berkata kanak-kanak yang kerap dirotan oleh ibu bapa mereka akan mengalami perasaan takut dan trauma apabila berdepan dengan ibu bapa mereka kerana ia dianggap bersifat hukuman dan bukan pengajaran.

Saturday, January 24, 2015

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ 

saham akhirat : wakaf van jenazah

Sempena sambutan Maulidur Rasul 1436 Hijrah baru-baru ini, pihak JK Masjid Al Bukhari Nurul Aman Taman Sri Mahkota Aman Batu 11 Jalan Gambang 26070 Kuantan telahpun melancarkan Skim Wakaf Van Jenazah bagi kegunaan masyarakat setempat.

Sehubungan dengan itu sesiapa yang berminat untuk berwakaf boleh menghubungi Ustaz Shahrulnizam (Pengerusi Masjid), Ustaz Dr Mansor (Timb Pengerusi), Hj Hisham (Bendahari) atau mana-mana AJK Masjid.

Menurut Pengerusi Masjid, van jenazah ini akan dibeli secara tunai dengan nilai RM120K. Oleh itu rebutlah peluang ini untuk mendapatkan sijil wakaf @ secara tunai melalui tabung khas di masjid dan juga tabung yang diletakkan di Pasar Malam Taman Sri Mahkota Aman.

                           

Bersama-samalah kita menyumbang demi agama dan masyarakat Islam keseluruhannya.

Friday, January 23, 2015

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ 


K-POP : KEHADIRAN MENCEMARKAN
 IMEJ ISLAM


Foto: Sinar Harian

Isu aksi melampau peminat K-Pop baru-baru ini dilihat sebagai satu kegagalan kita dalam memantau dan mengawal bentuk hiburan yang dibawa dari luar untuk menjadi tontonan remaja negara ini. Hakikat yang terpaksa kita tanggung apabila imej Islam itu sendiri tercemar ekoran daripada peristiwa tersebut.

Maka selepas ini perlu ada langkah yang drastik dikalangan pihak yang bertanggungjawab bagi memastikan perkara seperti ini berterusan. Yang jelas JAKIM perlu memainkan peranan selepas ini kerana orang melayu terlalu kuat berhibur dan terpengaruh dengan budaya songsang terkini.

Saturday, January 17, 2015

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ 

BANTUAN BANJIR:
       TANDA SIMPATI TERHADAP MANGSA

                     

  
                        

Pelbagai Jabatan kerajaan, NGO dan masyarakat juga telah memainkan peranan untuk terus membantu bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa bencana alam luar biasa ini.Qariah Masjid Al Bukhari Nurul Aman juga telah memainkan peranan dengan menyalurkan tenaga dan barangan keperluan untuk membantu mangsa di Daerah Maran. Disamping itu kelihatan Amal Pahang mengutip sumbangan dan mengerakkan bantuan. Terdapat juga Agensi Dadah Kebangsaan menggerakkan misi mengumpul bantuan untuk ke Jerantut, Kuala Lipis dan Temerloh. 

 Tidak ketinggalan tanggungjawab sosial yang digerakkan oleh warga Kolej Matrikulasi Pahang. Bermula dengan kumpulan terawal yang bergerak ke Kelantan pada 1 Januari 2015 yang disertai oleh Ustaz Hasrol Che Hussin, Ustaz Norazmi, En Zahari Mat Diran. Kumpulan kedua pula bergerak untuk misi bantuan di kawasan Temerloh dibawah penyelarasan En Nasrul Isyam Abd Hamid dan En Suhaimi Yunus yang turut disertai oleh Encik Zakaria b Jadi (Timbalan Pengarah), pensyarah, staf dan para pelajar Kolej Matrikulasi Pahang. Kumpulan ke tiga pula bergerak ke Kolej Matrikulasi Kelantan bagi menyalurkan bantuan melalui 'MATRIKULASI PRIHATIN' yang diketuai oleh Pengerusi Kelab Cares KMPh En Izzat.


MOGA SEGALA SUMBANGAN DAPAT MERINGANKAN BEBAN MANGSA DAN SEGALA URUSAN DIPERMUDAHKAN DAN DIBERKATI YANG ESA