MAJLIS BERSAMA Y.B ADUN PULAU MANIS DENGAN PESERTA TANAH BELIA KAMPUNG SERI DAMAI
Majlis yang diadakan di hadapan Bilik Gerakan N20 Pulau Manis di Kg Seri Damai telah dihadiri oleh Dato' Khairuddin Mahmud ADUN Pulau Manis. Pertemuan ringkas namun cukup bermakna buat kami anak-anak Kg Seri Damai yang berusia antara 35 hingga 50 tahun kini. Majlis ini cukup menguja saya kerana saya adalah seorang insan yang Kg Seri Damai ini adalah merupakan 'tanah tumpah darahku'
Amanat YB Dato' supaya semua peserta menghargai 'tanah anugerah' ini. Jangan sesekali dijual demi kelangsungan harta orang melayu untuk generasi seterusnya. Tanah ini boleh diusahakan secara sendirian ataupun bersama. Disamping itu beliau berjanji untuk berusaha agar kemudahan jalan berturap dapat dibuat menjelang PRU 14 nanti.
Dikesempatan yang susah diperolehi ini saya dapat bertemu semula dengan rakan sekolah dan sepermainan ketika di kampung dulu. Di situ saya bertemu Nik Zaidi, Rosdi, Hj Zainal, Nasir, Cikgu Asnol, Cikgu Fakri, Nik Zaimi, Abang (Zul), Zul (Pos), Khairy dan ramai lagi.
Terima kasih kepada Y.B Dato', sahabatku En Saadun (Kama) & isterinya Cikgu Mariana dan seluruh AJK yang bertungkus lumus membantu bagi menjayakan permohonan ini.
MARTABATKAN MELAYU DENGAN PEMILIKAN ASET YANG SEMEMANGNYA HAK KITA.