Friday, April 22, 2016

KHUTBAH JUMAAT MASJID AL BUKHORI NURUL AMAN 22.4.2016
 OLEH USTAZ AHMAD IRFAN (UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG)

PERANG TABUK
Perang Tabuk merupakan salah satu peristiwa peperangan dalam Islam. Dalam sejarah Islam, peperangan ini merupakan skop peperangan terakhir bagi Nabi Muhammad SAW Perang ini telah berlaku pada bulan Rejab ketika tahun ke-9 Hijrah (Oktober 631 M). 

Keadaan cuaca pada ketika itu adalah terlalu panas terik. Tempat berlakunya peperangan itu adalah di Tabuk yang merupakan destinasi padang pasir yang terlalu jauh dan menyukarkan para musafir.


Tidak ada pertempuran berlaku apabila Nabi Muhammad sampai di Tabuk. Sebaliknya para pemimpin tempatan keluar dan minta berdamai. Yuhanna bin Ru'bah, ketua Ilya, keluar dahulu untuk membuat perjanjian perdamaian dan membayar jizyah.


 بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

MAJLIS ILMU KMPh 22.04.2016 
oleh Ustaz Shukri Mohd Ali (mantan Peg. Agama Istana Terengganu) bertempat di Dewan Mini Oxford Kolej Matrikulasi Pahang


KONSEP AZIMAH & RUKHSAH

Nota tangan penulis sepanjang ceramah:

-menurut Imam Shafie :utk dapatkan ilmu itu ada 6 perkara iaitu cerdik akal,berkehendak,bersungguh, berbelanja, mendampingi guru, meluangkan masa

-kenapa perlu bicang tajuk ini? kerana fardhu 'ain (surah al imran ayat 112)

-di mana kemuncak hidup kita? solat adalah amalan pertama yg dihisab

-cukup @ tidak solat kita selama ini : dengan perkiraan 17 rakaat(sehari) X 365 hari X tahun = ???

-hukum guna rukhsah bergantung pada situasi: wajib,sunat,harus,makhruh

-azimah(sihat) kewajiban ibadah & rukhsah(uzur) keringanan

Thursday, April 21, 2016

KE MANA ARAH BOLA SEPAK MALAYSIA?


Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia adalah pasukan bola sepak yang mewakili Malaysia dan ditadbir sepenuhnya oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia. Pasukan bola sepak Malaysia diiktiraf oleh FIFA sebagai pengganti kepada pasukan bola sepak Malaya yang telah dibubarkan. Pasukan ini ditubuhkan pada kejohanan Pestabola Merdeka 1963 sebulan sebelum terbentuknya Malaysia.Pasukan ini disegani pada tahun 1950-an hingga ke 1980-an tetapi jatuh merudum pada 1990-an dan awal 2000-an sehingga kini keadaannya semakin parah. 

Ternyata kedudukan Malaysia di peta bola sepak rantau Asia pun telah jauh ketinggalan berbanding dengan kuasa-kuasa terkini seperti Korea Selatan, Jepun, Aran Saudi, Iran. Sedangkan suatu ketika dulu kualiti Malaysia sama taraf dan lebih baik daripada mereka.


zaman kegemilangan bola sepak Malaysia

Wednesday, April 20, 2016

Tuesday, April 19, 2016

MASA DEPAN NEGARA,     
MASA DEPAN KITA                   


Memang mudah kita membuat andaian untuk mencapai kepuasan demi masa depan kita dalam kehidupan bernegara. Berapa banyak negara yang kita lihat hancur akibat persengketaan. Mesir, Libya, Iraq terus bergolak.Banyak negara menghadapi masalah dalaman yang sukar ditangani. Kuasa antara faktor yang menyebabkan manusia hilang pertimbangan. Semua perkara perlu diselesaikan dengan berhemah dan mengikut kedaulatan undang-undang negara.

Kita seluruh rakyat Malaysia perlu berganding bahu SEHATI SEJIWA bagi meneruskan kelangsungan negara bangsa tanpa menghadapi perpecahan dan perbalahan yang akhirnya merugikan kita semua. Gunakan saluran yang betul jika terdapat rasa tidak puas hati. 

Monday, April 18, 2016

MEMPERKASA MASYARAKAT ISLAM MELAYU         
                               
                                   
          

Siapa juara dalam isu dadah? Siapa yang ramai terlibat dalam isu rasuah? Siapa juara dalam isu lumba haram? Siapa juara dalam isu anak luar nikah?...isu keruntuhan akhlak, isu pergolakan rumahtangga..??? Semuanya menjadi isu dan masalah yang seperti tiada kesudahannya dalam masyarakat Islam Melayu. Sememangnya masyarakat Islam Melayu semakin terhimpit .

Saturday, April 16, 2016

LGBT

Seringkali kita mendengar tentang lesbian, gay, bisexual, dan transgender (LGBT) dengan jumlah peratusan dilihat semakin meningkat. Fenomena keruntuhan akhlak ini berlaku dalam masyarakat sama ada dalam Negara mahupun luar Negara tanpa mengira lapisan masyarakat. Perkara ini telah memberi ruang yang luas untuk bertapak kepada golongan mereka dimana telah diuar-uarkan bahawa penukaran gender diluluskan kepada lelaki atau perempuan. Banyak pihak yang menentang tentang isu ini, namun apabila diluluskan ia akan memberi hak dan kebebasan kepada mereka untuk penukaran gender. Kegiatan LGBT sangat terkenal di Negara Barat namun di Malaysia juga tidak kurangnya berlaku khususnya kepada golongan muda yang tidak mempunyai pegangan agama dan pendidikan yang secukupnya.

Agama adalah panduan hidup bagi penganutnya dan dalam agama mempunyai tatacara hidup yang sempurna dan baik. Yang pasti sama ada Islam, Hindu, Buddha, Sikh dan agama-agam lain turut menolak LGBT ini. Mengapa? Kerana aktiviti LGBT ini amatlah dilarang dalam semua agama. Seperti yang telah diceritakan kisah kaum sadum yang dibinasakan oleh ALLAH akibat perbuatan jijik mereka, sudah cukup membuktikan bahawa Islam menentang dan melarang umatnya terlibat dengan LGBT.


Sebagai kesimpulannya, Islam menggalakkan, kebaikan dan mencegah kemungkaran. Sama-samalah kita memelihara diri, keluarga dan masyarakat daripada terjerumus ke dalam lembah kemaksiatan. Tindakan kita pada hari ini akan menentukan masa depan kita pada hari esok. Yakinilah bahawa setiap cabaran dan usaha ada penyelesaiannya.

Thursday, April 14, 2016

WAHAI SUAMI/AYAH.........
PENUHI HAK KITA TERHADAP INSAN DI BAWAH KEKUASAAN KITA


PASTIKAN PERKARA INI TIDAK BERLAKU TERHADAP ISTERI, ANAK & SAUDARA PEREMPUAN KITA. MOGA KITA DAPAT MEMBENTUK ETIKA BERPAKAIAN MUSLIM YANG SEBAIKNYA DEMI MEMARTABATKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA YANG SEMPURNA.


SUSAHNYA NAK NYATAKAN KEBENARAN

             
Sesuatu kebenaran yang hendak didedahkan sememangnya menghadapi banyak ujian dan rintangan. Cabaran seorang pendakwah lebih hebat.  

MENYESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA


Banyak kejadian kemalangan telah berlaku akibat kecuaian kita sendiri. Antaranya sikap penunggang motosikal yang sering menggunakan telefon bimbit sambil menunggang motosikal. Ini cukup membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain. 

Nampak remeh namun realitinya dah jadi budaya dalam masyarakat kita. Tak sayang nyawake....Atau dah banyak bekalan yang dibawa untuk mengadap Allah bila dah mati nanti.

Sama-samalah kita berpesan demi kebaikan masyarakat kita secara keseluruhannya.

Wednesday, April 13, 2016

Hidup ini UJIAN...  

        
Salawat dan salam  ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan para sahabat. Moga perjalanan hidup kita dengan Islam dirahmati oleh Allah s.w.t hendaknya.  

Mahu tak mahu dalam hidup ini kita hanya dapat mendambakan semua yang indah. Namun realitinya ujian itu datang juga menggamit kita. Ada insan kehilangan orang tersayang. Ada insan yang bertarung nyawa dengan penyakit kronik. Ada insan menghadapi kegagalan perniagaan. Ada pula insan terpaksa melayari hidup keseorangan lantaran gagal perkahwinan. Ada insan lain yang menghadapi seribu satu macam ujian yang tidak sama antara satu sama lain.

Hanya sebagai hamba kita redha dengan ketentuan ini kerana apa yang berlaku mungkin ada hikmahnya. Allah yang lebih mengerti.

Tuesday, April 12, 2016

MOTIVASIKAN DIRI SETIAP HARI

Buku 'Formula MEMPERKASAKAN JIWA'
(Dr. Jailani Idris)


Sebuah buku  yang sesuai untuk bacaan semua golongan yang mengharapkan kecemerlangan sentiasa berada di dalam diri mereka. Penulis buku ini berkongsi tentang usaha meraih kecemerlangan sebenarnya bermula dengan usaha memperkasakan jiwa. 

KEJAYAAN SEBENARNYA BERADA DI DALAM 
DIRIMU SENDIRI

Sunday, April 10, 2016

Cameron Highlands : dah lama tak berjumpa


petang di Tanah Rata

sempat ke MARDI makan ais krim strawberry



anak bongsuku bergambar bersama sekuntum bunga ros merah dengan berlatar belakangkan 
SK Convent Tanah Rata

terlihat foto Sultan Pahang di Time Tunnel Museum, Brinchang


bertemu ayam belanda yang menghalang perjalanan kenderaan kami di laluan tempat penginapan

KALI PERTAMA 1990. KALI KE 2 PADA 2012. KINI SAYA KEMBALI SEMULA KE CAMERON HIGHLANDS. RASA TERUJA SEBENARNYA EKORAN BANYAK PUBLISITI BERKAITAN DENGAN ISU ALAM SEKITAR DI KAWASAN PELANCONGAN DI PAPARAN MEDIA.

MELALUI SUNGAI KOYAN, BETAU & LEMBAH BERTAM CUKUP MEMBERIKAN PENGALAMAN YANG MENARIK KEPADA KAMI SEKELUARGA. JAM 2.30 PETANG KETIKA TIBA DI TANAH RATA KAMI DAPAT MERASAKAN BAHAWA TIADA BEZANYA SUHU DI KAWASAN TERSEBUT DENGAN KUANTAN. "Ayah kata sejuk......tak sejukpun...." keluh anak bongsuku AINNUR HUSNA.

APA YANG DAPAT SAYA PERHATIKAN PENEROKAAN BUKIT-BUKIT DI SEKELILING LALUAN KE KAWASAN ITU BEGITU BERLELUASA UNTUK DIJADIKAN LADANG TANAMAN SAYUR-SAYURAN DAN BUNGA-BUNGAAN.