Tuesday, June 28, 2016

 بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

SIRI TAZKIRAH SUBUH MABNA -28/6/2016
USTAZ SHAHRULNIZAM ABD HALIF



Berusaha untuk memaafkan seseorang yang pernah berbuat zalim terhadap kita. Sebagaimana kita berusaha memohon kemaafan setiap hari daripada Allah. Janji Allah akan mengampuni dosa orang yang memohon maaf denganNya dengan berdoa dan sebenar-benar taubat. Begitulah juga kita yang berlapang dada untuk memaafkan mereka yang pernah melakukan kezaliman kepada kita seperti memfitnah kita walaupun hakikatnya kita berhak untuk tidak memaafkan.
SILAPNYA GENERASI SEKARANG..........JANGAN DITERUSKAN UNTUK GENERASI AKAN DATANG




Perlunya ada aktiviti pencegahan sebelum masalah sosial ini terus bermaharajalela. Ini isu agama. Ini isu negara. Jika generasi sekarang tidak dibetulkan, tidak mustahil perkara ini terus menjadi budaya walaupun ianya berlaku dikalangan masyarakat Islam. Ini jelas menunjukkan bahawa sebahagian besar dikalangan kita berbangga sekadar Islam di surat beranak. Tanpa usaha bersepadu yang berterusan daripada semua pihak kita tidak akan temui generasi yang meletakkan agama sebagai teras. Kelak generasi yang bakal dibina itulah yang akan memimpin negara. Entah di mana hendak diletakkan IMEJ ISLAM di sebuah negara Islam jika perkara seperti ini terus berlaku.


Monday, June 27, 2016

SEMANGAT PATRIOTIK

Semangat patriotik itu adalah dengan meletakkan negara atau tanah air sebagai objek utamanya. Ini kerana negara adalah milik warganegara tanpa mengira kaum atau etnik, agama dan budaya. Hanya sebagai negara Islam segalanya perlu berteraskan kepada agama. Sebab itu di dalam Rukun Negara yang pertama ' kepercayaan kepada tuhan' telah menjelaskan bahawa setiap warga yang patriotik dikira sebagai warganegara yang sejati dengan mengutamakan negara selagi ianya tidak bercanggah dengan agama.

memijak

membakar

Salah satu semangat patriotik yang perlu di tanam dalam diri warga ialah dengan menyayangi bendera negara 'JALUR GEMILANG'. Perlakuan di dalam gambar di atas menunjukkan ceteknya ilmu warga tentang bagaimana cara untuk menyayangi negara.
Bagi mereka ini kemerdekaan negara seperti tiada nilainya.

Saturday, June 25, 2016

USTAZ NORAZLI MUSA
KHUTBAH JUMAAT
24 JUN 2016
MASJID AL BUKHORI NURUL AMAN, KUANTAN,PAHANG
(MABNA)


MENGAPA DI DALAM MASJID ORANG ISLAM MAMPU BERSATU TETAPI TIDAK DI LUAR?

Antara intipati khutbah Ustaz Norazli Musa adalah mengenai orang Islam yang dilihat mampu bersatu ketika berada di dalam masjid. Bersatu dengan solat berimamkan imam yang satu. Mengadap kiblat yang satu. Segalanya menjurus kepada Allah yang satu. Namun mengapa sebaliknya bila di luar masjid orang Islam tidak mampu bersatu.

Yang jelas kembalilah kepada Allah melalui panduanNya Al Quran. Berpeganglah secara keseluruhan dengan kitab Allah. 

Monday, June 13, 2016

MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BAHARU
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
SESI 2016/2017




Jawatankuasa Trafik (En Nasrul Isyam, En Azharuddin, En Zamzuri dan En Ahmad Noh)sempat berselfie pada hari pendaftaran pelajar pada 5/6/2016 



INTERAKSI 5 : PEMBANGUNAN KEROHANIAN

BERLANGSUNG PADA 9 JUN 2016 SELAMA 2 JAM.BERMULA 8 HINGGA 10 PAGI.

Pengisian sesi ini melibatkan 2 orang penceramah yang dijemput khas bagi memberi input yang terbaik kepada pelajar bukan Islam. Penceramah yang dimaksudkan adalah En Ahmad bin Noh dan En Nasrul Isyam bin Abdul Hamid yang merupakan Pensyarah Kemahiran Dinamika Kolej Matrikulasi Pahang dan merupakan Tenaga Penggerak BTN Pahang disamping merupakan aktivis pendidikan dan masyarakat.




En Ahmad Noh memulakan sesi dengan tajuk MASA DEPAN KITA MASA DEPAN NEGARA( pengisisan -membentuk nilai warga yang sayangkan kolej dan negara, sumbangan pelajar non muslim untuk aktiviti kolej, perpaduan dalam masyarakat majmuk, ancaman keselamatan negara 

 En Nasrul Isyam meneruskan kesinambungan dengan aktiviti pengukuhan APA MATLAMAT SAYA