Saturday, October 29, 2016


HOSPITAL SULTANAH AMINAH JOHOR BAHRU TERBAKAR

Enam pesakit terdiri dari empat wanita dan dua lelaki maut manakala seorang lagi terselamat dalam kebakaran di tingkat dua unit rawatan rapi (ICU) selatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) pagi tadi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor seramai 166 anggota bomba dan 10 jentera dikejarkan ke HSA sebaik sahaja panggilan diterima pada 8.56 pagi 25/10/2016.







Friday, October 28, 2016

BANTUAN UNTUK ANAK PAHANG

Anak-anak Pahang di Kolej Matrikulasi Pahang berbesar hati kerana mendapat perhatian daripada Menteri Besar Pahang melalui sumbangan makan tengah hari. Pelajar itu terdiri daripada anak-anak yatim dan golongan miskin. Sumbangan tersebut disalurkan melalui Pejabat Menteri Besar dan Amanah Saham Pahang dan seterusnya mendapat kerjasama pihak pengurusan KM Pahang. 

Menurut individu yang bertanggungjawab menguruskan sumbangan iaitu Saudara Nasrul Isyam Abd Hamid, sumbangan tersebut bagi mengurangkan beban kewangan pelajar disamping memperlihatkan keprihatinan pemimpin terhadap keperluan masyarakat.
Pengusaha kafe yang diberi peluang untuk menyediakan makanan adalah ZEN DELIMA Cafe.












Thursday, October 27, 2016

FORUM BICARA KENEGARAAN
'ISLAM & MELAYU 
DI SISI PERLEMBAGAAN'
ANJURAN : GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS) PAHANG
TARIKH & MASA : 22 OKTOBER 2016/ 9.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN UTAMA KOLEJ YAYASAN PAHANG, KUBANG BUAYA, KUANTAN

BERSAMA

PANEL I : EN MOHD NORHISHAM B MUSA
( PEGAWAI KHAS MENTERI KERJA RAYA)

PANEL II : EN WAN EMRIL NIZAM B WAN EMBONG
(PENGERUSI GPMS PAHANG)

MODERATOR : EN AHMAD B NOH
(PENSYARAH KOLEJ MATRIKULASI PAHANG)

Sesi Forum ini lebih berkisar kepada Amalan dan Cabaran Perkara 3: Islam Agama Persekutuan, Perkara 10: Kebebasan bersuara,berhimpun,berpersatuan, Perkara 152: Bahasa Melayu bahasa kebangsaan dan Perkara 153: keistimewaan orang melayu. Sesi ini dihadiri oleh para pelajar dari beberapa institusi pengajian tinggi di sekitar Kuantan dan juga para pelajar sekolah menengah.

bersarapan sebelum sesi forum bermula di Rimbunan Cafe


Moderator memulakan sesi forum

Para pelajar dan tetamu tekun mendengar penerangan ahli panel

penyampaian cenderahati oleh saudara Nasrul Isyam Abd Hamid, Setiausaha GPMS Pahang kepada moderator

sesi fotografi tanda kenangan di penghujung acara

Sunday, October 23, 2016

LAWATAN UNIT KD
KOLEJ MATRIKULASI MELAKA

Pada 14 Oktober yang lalu seramai 12 orang warga KMM telah mengadakan lawatan sambil mengadakan kursus profesionalisme di KMPh. Perkongsian ilmu terutamanya yang berkaitan dengan teknik pengajaran subjek Kemahiran Dinamika bagi memberi nilai tambah seterusnya dapat menarik perhatian untuk mengikuti, memahami dan mengamalkan dalam kehidupan seharian.  

Atur cara :

Sarapan pagi
Sesi I : Ucapan Aluan Pengarah KMPh
Sesi II : Ceramah bertajuk 'kepentingan soft skill'
Sesi III : Ceramah bertajuk 'pembelajaran Abad ke 21'
Penyampaian cenderahati
Lawatan
Makan tengah hari









Lensa sepanjang aktiviti berlangsung



JANGAN SAMPAI 
BERSIH 5.0 MENCETUS 'ARAB SPRING'

Sejarah hitam di Tanah Arab pada 2010 kembali menggamit memori apabila ketika itu Mohamed Bouazizi yang merupakan seorang warga Tunisia bertindak membakar diri sehingga tercetus gelombang revolusi di bumi Arab. Satu persatu negara Arab menuju kehancuran. Libya, Mesir, Tunisia, Yaman, Jordan bergolak. Sehingga kini Syria menjadi bukti hidup betapa revolusi itu merupakan agenda yang meragut keamanan dan banyak nyawa.


Ternyata sejarah itu ulangan kepada Revolusi Arab pada 1916 antara Raja wilayah Hijaz dengan kerajaan Turki Uthmaniyyah yang akhirnya menyebabkan dunia Arab berkecai.

Semua sejarah itu biarlah jadi pengajaran kepada rakyat Malaysia. Setelah 59 merdeka , mengapa perlunya Bersih 5.0 jika mudaratnya lebih banyak daripada kebaikan? Ikhlaskah mereka yang terlibat dengan agenda ini untuk membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang terjamin keamanannya. 


Thursday, October 20, 2016

KENALI MELL GIBSON
JEJAKA PERASAN 
DALAM KELUARGA KAMI


WALAUPUN NAMANYA SEPERTI PELAKON HOLLYWOOD NAMUN KETAMPANANNYA JAUH MENGATASI PELAKON TERSEBUT. DIHIASI DENGAN BULU KEMBANG DAN BERSIH SERTA MATA BULAT DAN BESAR. TERNYATA MELL KAMI INI LEBIH HEBAT.





 MEOOOOWWWWWWWWWWWWWWWWWWW...........

SI DEGIL YANG KUAT MAKAN , KUAT TIDUR DAN KUAT BERAK. TAPI KAMI SEKELUARGA SUNYI JIKA TAK LIHAT TELATAHNYA SETIAP HARI. SERING BERLARI KE HULU KE HILIR DI DALAM RUMAH. TIDUR BAWAH KERUSI. NAK KE TANDAS MELL SERING MEMANGGIL IBU DENGAN CARANYA TERSENDIRI.



Friday, October 14, 2016

PENGALAMAN MEMATANGKAN DIRI

Pengalaman berkhidmat di 8 buah sekolah di Pahang dan Johor, di Pejabat Pelajaran Daerah dan di Kolej Matrikulasi memberi ruang kepadaku untuk menimba lebih banyak pengalaman. Pengalaman berurusan dengan pelbagai ragam dan latar belakang manusia diharap menjadi bekal kepadaku bagi memantapkan jati diri bagi menangani pelbagai situasi dan cabaran yang mendatang sama ada dalam perkhidmatan ataupun dalam sosial.Yang paling penting segalanya yang aku lakukan demi agama,bangsa dan negara.
kenangan semasa berkhidmat sebagai Pegawai Akademik 
di PPD Kuantan ( tahun 2010 hingga 2013)

#21tahunperkhidmatan


Wednesday, October 12, 2016

 بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

HATI-HATI DGN ISLAM LIBERAL



DAESH: SATU ANCAMAN  
              KESELAMATAN NEGARA


hargai keamanan negara dengan tidak melibatkan diri dengan kumpulan pengganas

Saturday, October 1, 2016

 بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

PROMOSI PROGRAM MATRIKULASI SEMPENA LAWATAN
 SM IMTIAZ KUALA TERENGGANU 
KE KMPh PADA 6 SEPT 2016

Saya telah diamanahkan untuk menyampaikan taklimat Program Matrikulasi kepada semua guru dan pelajar yang hadir.


Taklimat sedang disampaikan


Mewakili pihak kolej untuk menyampaikan cenderahati kepada 2 orang guru pengiring

Menerima cenderahati dari pihak SM Imtiaz