Monday, June 26, 2017

BERHARI RAYA DI 2 NEGERI

Tahun ni kami sekeluarga beraya Eidulfitri di 2 negeri Pahang dan Johor. Keadaan ini berbeza daripada kebiasaan hanya di satu negeri. Dah lama tak merasai beraya di rumah sendiri di Pahang.


Seronok pula rasanya di malam raya bersama isteri dan anak-anak. Selepas takbir raya sesudah solat Isya' kami 5 beranak berada di dapur bersama untuk memasak sambil menonton telemovie 'Mak Tak Bagi Balik' lakonan Khir Rahman dan Vanida Imran. Tema yang menusuk kalbu. Memberi keinsafan kepada kita erti puasa yang sebenarnya kerana ada orang yang selalu berlapar walaupun bukan di bulan Ramadan. 

Friday, June 16, 2017

                                              بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

KULIAH MULTIMEDIA
USTAZ YUSOF EMBONG (UYE)
MASJID AL BUKHORI NURUL AMAN (MABNA)
22 RAMADAN 1438

SYARAT AMAL DITERIMA OLEH ALLAH:
1. ISLAM -secara keseluruhan dlm hidup
2. BETUL - mengikut ajaran agama
3. IKHLAS - tiada unsur riya' dan takabbur


Monday, June 12, 2017

MESYUARAT AGUNG TRITAHUNAN KPPK
KE - 21 
CAWANGAN PAHANG


Tarikh: 11 Jun 2017
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Hotel Grand Darul Makmur Kuantan

Kali pertama mesyuarat berlangsung dalam bulan Ramadan. Disamping dapat menghadiri mesyuarat dan mengetahui isu-isu semasa pendidikan negara, dapat juga aku berjumpa dengan kenalan lama. Antara rakan dan kenalan yang aku temui Cikgu Azhar Daud (Pengetua SMK Sg Isap Murni), Cikgu Sakri Muda (JPN Pahang), Cikgu Nasrul Isyam Abd Hamid (Kolej Matrikulasi Pahang), Cikgu Saari, Cikgu Azhar Ariffin (Kaunselor SK Padang Garuda), Cikgu Mohd Suhaimi Mohd Nordin (Guru Besar SK Bkt Sagu 2), Cikgu Mustaza (SMK Alor Akar), Cikgu Mohd Asri Yusof (PPD Kuantan),Cikgu Mohd Amin Shamsuddin (PPD Kuantan),Cikgu Mohd Hayat(PPD Kuantan), Cikgu Mohd Fadhil dan Cikgu Mohd Yuslan (Kolej Matrikulasi Pahang), Cikgu Amir (SMK Pandan), Cikgu Normala (Kolej Matrikulasi Pahang) dll.

Pendaftaran dapat beg sandang dan kurma Safia. Bole jugak untuk berbuka puasa dengan famili.

Kali ini aku dilipilih pula untuk menjadi pengira kertas undi.

Tuesday, June 6, 2017

MASA IBARAT AIR SUNGAI YANG MENGALIR 


TERUS BERLALU DAN TIDAK MUNGKIN AKAN KITA TEMUI AIR YANG SAMA LAGI PADA TEMPAT YANG SAMA. 

Saturday, June 3, 2017

DANA WAQAF PAHANG

Dana Wakaf Pahang (sebelum ini dikenali sebagai Saham Wakaf Pahang) dilancarkan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang pada Disember 1998.  Dana Wakaf Pahang yang tidak lagi menggunakan Sijil Saham Wakaf telah diperkenalkan oleh pihak Majlis mulai Jun 2015 setelah Kaedah-Kaedah Dana Wakaf Pahang 2015 diluluskan oleh Majlis. Nilai minimum Dana Wakaf Pahang ialah RM5.00 dan pengeluaran Kupon Dana Wakaf dibolehkan melalui Kaedah-Kaedah Dana Wakaf Pahang 2015.


http://ewakaf.muip.gov.my

Friday, June 2, 2017

                                     بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)



Aku kurang pasti kenapa  masih ramai kurang bersungguh tentang pelaburan AHB, tapi kalau ASB laju nak simpan.

Walhal, perlu diingat AHB juga ada ciri-ciri yang penting yang tak ada pada ASB.

Pertama : Paling penting bagi aku adalah Patuh Syariah. Kalau ASB bukan semua mufti setuju yaaa.

Kedua : Sudah siap tolak zakat tidak seperti ASB (perlu diurus sendiri)

Ketiga : Dividen terus masuk a/c maybank. Kalau ASB kena ambik di pejabat pos dll dulu la.

Keempat : Pembayaran 2 kali setahun. Boleh jadi macam duit income gaji/pencen/bonus setiap tahun

Maka....apa tunggu lagi.....JOM SERTAI

Thursday, June 1, 2017


 بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

MEMORI 2011
 DI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUANTAN

Pelbagai kenangan manis dan pahit dilalui sepanjang berkhidmat di PPD Kuantan dari November 2010 hingga April 2013. Kenangan paling tidak dapat dilupakan apabila bandar Kuantan dilanda banjir kilat 2011. Tidak terlepas menerima kesan adalah pejabat lama PPD Kuantan tempat aku berkhidmat ketika itu. Ekoran daripada musibbah yang tidak diduga itu banyak peralatan pejabat,  dokumen dan buku-buku yang sepatutnya perlu dihantar ke sekolah habis musnah.

Hari bermulanya perkarangan PPD Kuantan dinaiki air. Kebetulan pada hari tersebut adalah Mesyuarat Tuan PPD bersama para pengetua SM daerah Kuantan.