Sunday, December 31, 2017

OBSES GAJET: SATU ANCAMAN KEPADA MASA DEPAN REMAJA MALAYSIA

Gajet dengan golongan remaja mahupun orang dewasa tidak dapat dipisahkan. Tuntutan hidup zaman sekarang seperti memberi ruang kepada kehadiran gajet ini untuk menguasai hidup manusia seharian. Berapa jam masa diperuntukkan untuk mengadap gajet?

Cabaran inilah yang kini menular seperti menjadi satu ancaman buat golongan remaja. Masa banyak dihabiskan dengan perkara yang tidak berfaedah melalui gajet. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan mereka kehilangan masa yang berkualiti untuk menelaah pelajaran dan mencari ilmu berkaitan dengan pengisian kerohanian.

Maka lahir golongan remaja yang berjiwa kosong.
Tanpa gajet mereka tak mampu berfungsi sebagai pelajar, anak dan manusia yang berguna.

Saturday, December 30, 2017

KOTORNYA DUNIAKU : hentian lampu isyarat jadi tong sampah

Sekadar coretan untuk menginsafkan diri sendiri dan pembaca yang faham peri penting kebersihan dalam hidup kita.

Di saat melalui lalu lintas dan tiba di perhentian isyarat Gambang. Kebetulan lampu merah. Aku memberhentikan kereta biruku. Sambil mendengar celoteh dejay radio keretaku, pandangan aku terpaku pada persekitaran jalan di hentian tersebut. Kotornya....Macam-macam sampah ada. Paling banyak puntung rokok. Kotak minuman, tin minuman, bungkusan plastik. Kalau pelancong luar lihat, nampak sangat orang Malaysia ni memang pengotor.

Aku teruskan perjalanan sehingga ke hentian isyarat ke dua pula iaitu di Jaya Gading. Keadaan di situ tidak jauh bezanya dengan hentian pertama tadi. Kesimpulannya itu lah budaya rakyat Malaysia. Entah bila akan berubah.

Friday, December 29, 2017

REMAJA MALAYSIA 
SEMAKIN HILANG NILAI PATRIOTISME

Aku semakin keliru melihat remaja kita yang semakin hilang semangat cintakan negara. Seharusnya perkara yang membezakan antara kita sebagai warganegara dengan warga asing yang berada di negara kita adalah sikap yang sentiasa menghargai negara. Bersemangat untuk menyanyikan lagu 'Negaraku'. Sebab itulah pemupukan nilai2 murni dan penghayatan Rukun Negara perlu diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
#NegarakuTempatTumpahDarahku
MELAYU SEMAKIN LAYU

Adakah dari dulu sememangnya beginilah cara hidup orang melayu?...malas,suka membazir,bergaya,berhibur melampau,jauh drp agama....sehingga kini kita masih ketinggalan berbanding kaum lain di Malaysia terutamanya kaum cina dalam aspek ekonomi. Dalam senarai 10 orang terkaya di Malaysia pun hanya ada seorang melayu.

Kita boleh melihat cara hidup orang melayu berbanding dengan kaum lain. Cara orang melayu berbelanja begitu boros. Setiap kali perayaan merekalah juara shoping. Sedangkan kaum cina begitu cermat. Beli apa yang perlu sahaja. Mereka akan pastikan barangan yang dibeli berkualiti dengan harga yang murah.Yang penting tabungan demi masa depan generasi mereka.

Adakah zon selesa sebagai kaum bumiputera dan mempunyai keistimewaan menyebabkan Melayu semakin layu. Melayu kena berubah dan wajib untuk berubah.

Monday, December 25, 2017

KEHADIRAN MINUMAN MILO
 DALAM HIDUP RAKYAT MALAYSIA
GENERASI DEMI GENERASi

Mustahil jika ada rakyat Malaysia yang tidak mengenali minuman berjenama MILO. 

Dari kecil saya telah menikmati minuman istimewa ini. Paling menyeronokkan apabila kehadiran van Milo untuk memberikan minuman percuma kepada pelajar di sekolah. Walaupun terpaksa beratur panjang tapi kami puas bila dapat menimati segelas kecil minuman sejuk Milo. 

Kadang-kadang bila beli Milo dapat hadiah berupa mug, piring, botol air dll. Jadi tidak dapat dinafikan terdapat peminat yang obses menubuhkan Kelab Barangan Milo Malaysia(KBMM)

Sunday, December 24, 2017

ISTIMEWANYA MELAKA DI MATAKU......

Jalan-jalan makan angin di Melaka dengan famili hujung tahun ini memberi satu pengalaman yang berguna. Kami ke Food Court di Air Keroh untuk menjamu selera. Tempatnya begitu selesa dan luas sekali berbanding dengan Food Court di Kuantan. Sedangkan keluasan tanah di Pahang tak perlu dipertikaikan lagi...hehe. Kami bungkus makanan. Di Kuantan sepenuhnya masih menggunakan polisterin sedangkan di Melaka telah beberapa tahun menggunakan bekas plastik yang lebih selamat. Kami ke Aeon Big pula untuk membeli barang keperluan dengan membawa bakul tetapi pasaraya tidak membekalkan langsung dengan plastik bungkusan. Mujurlah ada seorang auntie yang beri kami troli.Terima kasih auntie.
Tahniah Melaka Bandaraya Bersejarah kerana menjaga alam dan kesihatan.

Saturday, December 23, 2017

TAUFAN TEMBIN datang

Akhbar di Malaysia 24 Disember 2017 melaporkan kira 133 orang terkorban akibat ribut tropika tersebut yang membadai Filipina yang juga mengakibatkan banjir dan tanah runtuh.



Takziah buat mangsa-mangsa di negara jiran Filipina. Syukur kerana rakyat negara kita tidak diuji tuhan bencana alam seperti ini. 


ISU BAITULMAQDIS: 
SOLIDARITI SAUDARA ISLAM

Marilah bersama kita sebagai umat Islam bersatu hati menentang sekeras-kerasnya keputusan 
Donald Trump untuk menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara haram Israel. 

PENGUMUMAN Presiden Donald Trump mengenai Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, pada 6 Disember 2017 lalu sudah mencapai tahap krisis dunia terbesar, mengatasi kritis pengumuman Trump terhadap Korea Utara November lalu.


foto; myMETRO

ANTARA peserta yang hadir pada Himpunan Putih Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis di Dataran Masjid Putra, Putrajaya. 

Tuesday, December 19, 2017

MAHAL NYERRRRR.....DURIAN




tahun 2017 ni aku rasakan harga buah durian memang melampau...kadang-kadang harga durian kampung pun boleh mencapai RM20 sekilo....tak masuk akal....durian jenis lain jangan cerita la....sebiji boleh menjejak nilai RM70-80...pehhhh....kena fikir panjang kalau nok beli tuuu....nak tanya pada penjaja pun segan....adussss

dulu kat kampung pagi2 kutip je...berebut dengan adik-beradik,sape yang dapat dulu..makan la banyak mana nak...tapi sekarang semua kena beli...maklumlah mintak tanah kerajaan tak dapat-dapat...kalau ada tanah boleh juga lah bercucuk tanam pokok buah-buahan sebatang dua untuk sendiri di hujung minggu...apa boleh buat...macam menumpang di negara sendiri pulak rasanya...hanya mungkin tanah kubur yang kita dapat.

Saturday, December 9, 2017

PIALA MALAYSIA:DI SINI JUARA BERMULA 


Piala Malaysia merupakan satu kejohanan bola sepak teragung di negara Malaysia dan antara kejohanan paling tua di rantau asia. Namun kualiti bolasepak Malaysia semakin merundum berbanding negara-negara yang kemudian membangunkan liga mereka.

Kita sudah semakin tertinggal dengan negara jiran serantau Asia Tenggara seperti Thailand. Apatah lagi jurang antara kualiti bola sepak Malaysia dengan Korea Selatan, Jepun dan negara-negara Asia Barat seperti Iran. 

Apakah jalan penyelesaiannya kepada sukan no 1 rakyat Malaysia dan masyarakat dunia ini? Seharusnya di medan ini lahirnya pemain dan bermulanya Malaysia sebagai sebuah pasukan digeruni dan bakal menjadi JUARA. Segala usaha perlu digembeling ke arah memastikan maruah bola sepak Malaysia berada pada tahap yang dibanggakan seperti satu ketika dulu.
#kamijuara

Tuesday, December 5, 2017

Jenis tanjak/tengkolok/destar Sultan Melayu



Tengkolok "Solek Dendam Tak Sudah" yang dipakai oleh Yang di-Pertuan Agong dalam istiadat pertabalan.

Antaranya yang lain adalah seperti:

1. TENGKOLOK AYAM PATAH KEPAK (Sultan Perak)

2. SETANJAK BALUNG RAJA (Sultan Selangor)

3. DESTAR KETAM BUDU (Sultan Kelantan)

4. TANJAK LANG MENYONGSONG ANGIN (Sultan Pahang)

5. TANJAK BELALAI GAJAH (Sultan Terengganu)

6. TENGKOLOK PUTERA KAYANGAN (Raja Perlis)

Monday, December 4, 2017


MUZIUM KAPAL SELAM, MELAKA


Terdapat informasi dan tayangan video di bahagian bawah kapal selam.
Pengunjung berkesempatan untuk masuk ke dalam dan melihat sendiri ruang sebenar dalam kapal selam ini. Antara yang menarik adalah ruang untuk tidur bagi crew.


Saturday, December 2, 2017