Saturday, January 27, 2018

Setiap masalah yang berlaku dalam hidup kita tidak akan kekal. Pasti ada jalan penyelesaiannya. Maka seharusnya kita bersikap positif. 
- Dr Tg Asmadi (Radio IKIM)-

Friday, January 26, 2018

KUNJUNGAN MINDA 
PENCETUS PERUBAHAN
(etiket di meja makan)

Pada Jumaat,26/1/2018 kira-kira jam 9.30 pagi 3 orang pensyarah Unit Kemahiran Dinamika Kolej Matrikulasi Pahang iaitu Pn Norhaida Yahaya(Pensyarah Kanan), En Nasrul Isyam Abd Hamid (Ketua Unit Kemahiran Dinamika) dan En Ahmad Noh melakukan kunjungan rasmi ke Jabatan Latihan Teknikal Kolej Yayasan Pahang(KYP) Kampus Kubang Buaya bagi berkongsi maklumat berkaitan dengan etiket di meja makan. Perkongsian pintar yang dilaksanakan dapat memberi nilai tambah kepada pelajar mahupun pensyarah.Kehadiran tersebut diraikan oleh Pn Nanimasnida, Ketua Jabatan Latihan teknikal KYP.
   
melihat sesi praktikal pelajar catering

sempat meninjau The Royal Azizah Studio Kitchen

 berbincang dengan Pn Nani tentang peluang pekerjaan bagi pelajar catering

 meneliti peralatan yang digunakan.

 Pn Nani menerangkan berkaitan sejarah kewujudan studio memasak Tengku Puan Pahang di KYP.
mengabadikan kenangan

Thursday, January 25, 2018

PRAKTIKAL PENGURUSAN MAJLIS RASMI 

Yang paling penting objektifnya supaya semua pelajar Kemahiran Dinamika, Kolej Matrikulasi Pahang Sem. II Sesi 2017/2018 mengetahui asas kepada Pengurusan Majlis rasmi.
Sesi Praktikal Kelas Praktikum 2M1S20 
(kelihatan Ibrahim Khalil, Ng Jia Sheng, Iklil Nadiah)



Kelas Tutoran 2M2D3b (Tuan Amni Basyirah  sedang menyampaikan ucapan)




Wednesday, January 24, 2018

KETUA/PEMIMPIN PERLU SABAR DENGAN KERENAH ANAK BUAH


Sebagai seorang ketua/pemimpin yang berkesan seseorang pemimpin perlu mempunyai beberapa sifat yang hebat seperti mempunyai visi yang jelas, perancangan, memotivasikan, bertanggungjawab, mengawal dan banyak lagi.

Namun ada yang perlu dititik beratkan juga iaitu seorang ketua/pemimpin perlu mempunyai sifat sabar. Analogi ini telah ditampilkan oleh Tan Sri P.Ramlee sejak dulu lagi. Walaupun anak muridnya setia dan tekun untuk belajar namun Pendekar Mustar terpaksa melalui fasa banyak bersabar dengan karenah mereka kerana matlamat utama mereka bersama adalah satu. Tiada istilah seorang ketua/pemimpin cepat melatah daripada sudut emosi ataupun tindakan.

Saturday, January 20, 2018

'DUIT' perlu dalam hidup

D - doa        ( harapkan yang terbaik dalam hidup)                     
U - usaha    (nak luar biasa berjaya,  usaha luar biasa)           
I - ikhtiar    (kreatif dalam selesai masalah sendiri)                   
T - tawakal(kepercayaan kepada tuhan atas rezeki yang diberi)

nasihat PN HAJAH ZAHARIDAH BT MANSOR 
(PENGETUA SMK SERI MAHKOTA, KUANTAN) buat semua pelajarnya.

Majlis Hari Penetapan Target PT3 & SPM 2018.
Tarikh : 19/1/2018
Tempat : Dewan SMKSM

Thursday, January 18, 2018

'Biar Tak Naik Pangkat
Asal Rezeki Sentiasa Berkat' : Dr Tg Asmadi
(MOTIVASI PAGI RADIO IKIM 7.30 PAGI 18/1/2018)
hayatilah bersama.........

Wednesday, January 17, 2018

JUALAN VCD CETAK ROMPAK 
BERMAHARAJALELA SEMULA

Rata-rata pasar malam di sekitar kawasan Jalan Gambang didapati terdapat sekurang-kurangnya seorang peniaga vcd cetak rompak. Aktiviti haram yang dulunya suram kembali aktif semula. Tambahan lagi sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai menyebabkan mereka semakin berani. Namun seperti tiada tindakan oleh pihak berkuasa. Kasihan karyawan terutama dalam negara yang hasil kerja mereka dicuri oleh lanun yang akhirnya bermewah-mewahan. 

Monday, January 15, 2018

HADAPI UJIAN

Tuan Hasanuddin Yahaya , Timbalan Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang mengingati para pelajar Kolej Matrikulasi Pahang untuk terus berjuang sebagai pelajar matrikulasi semasa berucap dalam Perhimpunan Kolej Bil 1/2018 di sini. Katanya ramai pelajar yang kecundang sebelum berjuang dalam peperiksaan apabila memohon untuk memilih haluan lain. 'Tahniah pada semua yang masih menyahut ujian ini' katanya lagi. Turut hadir Pn Yuniza Mohamed, En Hamizi Taib dan Pn Fauziah.

Saturday, January 13, 2018

IKLIM KINI LUAR BIASA...

Biasanya kita berada dalam cuaca yang begitu selesa. Panas dan lembap sepanjang tahun. Begitulah iklim di negara kita. Namun muncul juga iklim yang agak panas dan di luar daripada kebiasaan kita. Akhir-akhir ini musim tengkujuh pula bukan sahaja bumi dibasahi dengan hujan yang seterusnya melimpahkan air sungai ke daratan, namun suhu di Malaysia agak sejuk daripada kebiasaan. Terasa macam berada di Genting Highland pula. Ada yang suhunya mencecah sehingga ke 19 darjah celcius.

Teringat pula zaman kanak-kanak ketika di kampung sebagai perbandingan. Rasa ok saja bila mandi air telaga pada waktu subuh untuk ke sekolah. Terpaksa bangun awal pagi sebab jarak rumah ke sekolah agak jauh dan hanya berjalan kaki atau naik basikal. Sejuk bukan satu masalah besarpun ketika tahun 70an itu. Zaman telah berubah.

Thursday, January 11, 2018

APA YANG KAMU MAHU CARI.....

Hidup ini untuk berbakti bukan untuk menyakiti apatah lagi sentiasa beriri hati.Janganlah selalu mementingkan diri. Membangga diri 'akulah yang perlu dihormati dan hebat sekali'.Yang akhirnya menyerlahkan kekurangan diri.Hayati kehidupan seorang hamba yang hakiki. Apa yang kamu mahu cari....??????

Monday, January 8, 2018

JADILAH AGEN PERUBAHAN 
BUKAN AGEN PERPECAHAN

Segalanya dilakukan dalam hidup seharian ke arah satu matlamat demi kebaikan agama, bangsa dan negara yang tercinta.In sha Allah kita pasti akan semakin bersatu dalam soladariti yang kukuh.


Saturday, January 6, 2018

ADAKAH DUIT SEGALA-GALANYA?

Isu penipuan pakej pelancongan, skim cepat kaya, judi online, pemerdagangan manusia, rasuah, pecah amanah, sindiket peminta sedekah, sindiket derma rumah anak yatim dan pelbagai lagi salah laku yang semuanya dilakukan demi benda yang dinamakan duit. 

Mungkin juga terdapat segelintir manusia yang tidak mampu berfikir dengan waras demi mendapatkan duit dengan cara yang mudah. Ingat setiap kesalahan pasti ada hukuman.

Thursday, January 4, 2018

CERITA KAUNTER:
 TELATAH YANG MERIMASKAN

Aku pergi ke sebuah pasar raya untuk membeli barang-barang keperluan. Tiba masa beratur di kaunter untuk membuat bayaran. Orang di hadapan nampak macam tak banyak barang je...mungkin cepat ni...dia letak barangnya atas meja kemudian dia pesan pada adik cashier tu untuk tunggu sekejap sebab ada barang yang terlupa nak ambil katanya. Bukan sekejap...aduhhh.... Di belakang aku lihat dah ramai orang beratur. Masing-masing hanya mampu memandang antara satu sama lain. Macam-macam sikap manusia ni.....

Wednesday, January 3, 2018

TEMU DUGA :
 CARA KITA PROMOSIKAN DIRI

Temu duga adalah satu sesi penilaian oleh panel temu duga untuk memilih calon yang terbaik. Satu proses komunikasi yang berlaku untuk tujuan mencari dan mengenal pasti calon yang sesuai. Di dalamnya berlaku pendedahan maklumat calon. Maka calon sewajarnya membuat persiapan untuk menyakinkan panel penemu duga bahawa mereka adalah calon yang paling layak.

Setiap calon perlu promosikan keterampilan diri dalam pelbagai aspek untuk menarik perhatian panel temuduga. Jadilah seorang yang mempunyai:
- etika berpakaian yang betul
- adab yang santun
- komunikasi yang lancar
- penampilan yang yakin
- fikiran yang positif
- ilmu yang mantap

Monday, January 1, 2018

HIDUP INI SATU PERATURAN

Hidup dan peraturan tidak dapat dipisahkan. Peraturan itu sendiri perlu ada dalam hidup bagi memastikan hidup dilalui dengan garis peraturan yang ditetapkan. Tidak kisah lah sama ada peraturan ini ciptaan manusia, apatah lagi peraturan yang diwujudkan oleh Yang Maha Pencipta. Ke mana pun kita pergi pasti peraturan itu bersama kita sama ada kita suka ataupun tidak.

Peraturan ada bersama kita dalam hidup bagi memastikan kita berusaha ke arah sesuatu yang lebih baik. Atau dengan kata lain untuk memandu,membimbing,membantu,menyantuni kita ke arah matlamat hidup yang lebih positif.

 Namun perlu diingat. Setiap peraturan tersebut jika tidak dipatuhi maka dihujungnya adalah hukuman@tindakan bagi memberi pengajaran sipelakunya. Seperkara yang perlu diingat bahawa peraturan itu bukan satu kongkongan dalam hidup manusia.

Sama-sama lah kita tekad berusaha bermula 2018 ini untuk menjadi manusia yang lebih mengikut peraturan dalam kehidupan seharian.