Wednesday, August 29, 2018

PELAN INTEGRITI NASIONAL(PIN) 
oleh Ust Hamdan Yusi Yusof  
               di Kolej Matrikulasi Pahang                                                                                                                                                          

Sesi ceramah integriti telah dijalankan pd 27 Ogos 2018. Tujuannya bagi meningkatan rasa tanggungjawab penjawat awam terhadap tugasan masing-masing. Majlis itu dipengerusikan oleh Ust Ismail Jusoh. Turut hadir Tuan Timbalan Pengarah En Hasanudin Yahaya.  

 Penyampaian cenderahati oleh Tuan Timbalan Pengarah kepada penceramah.

Sunday, August 26, 2018

MENDAKI PUNCAK ALAM      
                         

Tanggal indah 26 Ogos 2018.....ku atur langkah....mencari permata di puncak menara.....tetap tekad membara ....yakin cita warisku dakap erat ....4 musim kan perah keringat ....moga Yang Esa hulurkan berkat...kakaklah idola adik....kakaklah pencetus semangat adik....biar ayah ibu menangis ceria....2022 kami tunggu juga      
                
 (ku dedikasikan buat puteri sulungku Ainnur Afzan)

Wednesday, August 22, 2018

HAYATI ERTI PENGORBANAN  
                  
Walau siapapun kita, status apapun kita, namun kita tidak dapat lari daripada melakukan pengorbanan. Berkorban masa, berkorban tenaga, berkorban wang demi memastikan yang terbaik dalam hidup.....SALAM EIDULADHA

Saturday, August 18, 2018

MAHKOTA DEWA: Tanaman ubatan berkhasiat


Buahnya boleh dipotong halus dan dikeringkan. Selepas itu boleh direndam bagi menghasilkan minuman yang baik untuk kesihatan dalaman. Selamat mencuba.          

FOTO: sumber fb rohaya mohamad
        JETI SHAHBANDAR KUANTAN         
   

Terletak berhadapan dengan Hospital Tg Mpuan Afzan (HTAA) Kuantan dan berhampiran bangunan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK). Tempat rekreasi santai yang penuh dengan kehijauan menjadi tumpuan orang tempatan dan juga luar. Jeti tersebut adalah bagi mereka yang berminat untuk menyelusuri Sungai Kuantan dengan menaiki bot yang disediakan.Tambah menarik terdapat kemudahan restoran makanan segera MC D 24 jam di situ. Berhujung minggu bersama keluarga di kawasan tersebut amat sesuai sekali. Jom kunjungi....Petang ini sempat bersantai bersama keluarga di tepian jeti melihat tenangnya alir air di Sungai Kuantan.Melihat dan mendengar deruan enjin bot nelayan yang baru pulang dari mencari rezeki di Laut China Selatan. Panoramanya cukup menenangkan terutama bagi mereka yang mendambakan sekelumit ketenangan selepas penat bekerja.

Tuesday, August 14, 2018

LGBT : Tiada tempat di Malaysia......



Sesi diskusi intelektual (forum) telah berlangsung bagi membicara isu dan cabaran kepada keamanan dan kemakmuran negara. Pelajar-pelajar ini telah mengambil peluang atas isu semasa yang sedang hangat diperkatakan di dalam negara bagi melengkapkan tugasan mereka untuk kursus Pengajian Am Matrikulasi Semester I Sesi 2018/2019. Tajuk pilihan mereka tersebut adalah LGBT : Tiada tempat di Malaysia. Bersama moderatornya Saudari Anis Natrah Ibrahim. Segala persoalan telah dijelaskan dan dikupas dengan begitu mendalam dan menarik oleh 2 orang ahli panel iaitu Saudara Muhammad Arif Mohd Zawawi dan Saudari Nur Sabrina Alia Mohd Asri. Perkongsian idea dan informasi daripada suara anak muda dapat memberikan sumber inspirasi kepada pihak tertentu untuk memainkan peranan yang lebih efisien dalam menangangi segala permasalahan dalam negara.