Thursday, December 20, 2018

HAYATI PRINSIP :Image result for KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

Asasnya, prinsip ini menyatakan bahawa rakyat Malaysia berpegang teguh kepada kepercayaan kepada Tuhan. Ini bermakna Malaysia adalah negara yang menolak sebarang ideologi yang tidak mempercayai wujudnya Tuhan (atheisme).
Kepercayaan kepada Tuhan mampu menjadikan masyarakat berpegang teguh kepada nilai-nilai murni yang diajarkan oleh agama. Jika masyarakat berpegang teguh kepada ajaran agama masing-masing secara postif maka ia dapat membentuk kehidupan yang harmoni dan sejahtera.
Melalui ikatan keagamaan, manusia akan bertindak sebagai seorang yang bertanggungjawab dan sentiasa menjaga keamanan dan keharmonian negara. Rakyat juga akan sentiasa berasa bersyukur dalam kehidupannya.
Prinsip pertama Rukun Negara ini sebenarnya mendukung kebebasan dan pengamalan agama seperti yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan bagi Malaysia.
Perkara ini jelas dimaktubkan dalam Perlembagaan di bawah Perkara 3 (1) yang menyatakan bahawa: ”Ugama Islam ialah ugama bagi persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”.
Kebebasan beragama yang diamalkan di negara ini menuntut setiap orang menghormati agama yang dianuti oleh orang lain serta hak untuk mengamalkan. Walaupun Islam diletakkan sebagai agama rasmi tetapi ajaran Islam tidak memaksa mana-mana individu untuk memeluk Islam.
Hakikatnya, Malaysia mengamalkan kebebasan beragama dan ia seharusnya dapat membentuk masyarakat kita saling menghormati kepercayaan dan amalan ibadat setiap agama. Kepercayaan kepada Tuhan seharusnya dapat mengembangkan perbuatan yang luhur, yang mencerminkan sikap dan suasana interaksi masyarakat secara harmoni dan sekali gus dapat mengembangkan sikap adil terhadap sesama insan.
Maka dapatlah disimpulkan bahawa penghayatan pada prinsip yang pertama ini adalah asas kepada pembentukan kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang harmoni. Semua rakyat tidak mengira kaum perlu memainkan peranan bagi memastikan ianya terlaksana. Bukan hanya memikirkan tuntutan agama masing-masing sahaja. Fahami sejarah kerana sejarah itu akan menyatakan siapa kita.

Wednesday, December 12, 2018

BERSEDIAKAH ANDA UNTUK 
DI TEMUDUGA?


PERSIAPAN SEBELUM MENGHADAPI TEMU DUGA

Image result for PERSEDIAAN MENGHADAPI TEMU DUGA 

  • Bersedia dengan pakaian yang sesuai, kemas dan bersih. Memakai tali leher dan kot bagi lelaki.
  • Jangan pakai pakaian yang terlampau berwarna-warni dan menjolok mata, berselipar serta memakai minyak wangi yang baunya menyengat atau mengenakan solekan yang keterlaluan.
  • Rambut hendaklah pendek dan tersisir rapi bagi lelaki dan kemas bagi perempuan yang tidak bertudung. Pada yang bertudung jangan memakai tudung yang terlalu fesyenista. Cukup sekadar ala kadar dan kemas.
  • Kasut pula seeloknya mestilah bertutup bagi lelaki dan perempuan.
  • Jangan lupa membawa dokumen penting seperti surat panggilan temuduga, kad pengenalan, surat beranak, sijil-sijil asal, dokumen yang berkaitan untuk disemak oleh panel temuduga. Pastikan ianya tersusun kemas di dalam fail mengikut turutan tahap akademik.
  • Pastikan lebih awal dimana, bila dan pukul berapa temu duga akan diadakan. Pastikan anda sampai 10-15 minit lebih awal supaya anda boleh menenangkan diri tetapi jangan sampai terlalu awal nanti cemas pula. Jangan sesekali-kali datang lambat.
JANGAN LUPA YER........demi masa depan anda