ERA GOOGLEISME
Era berbeda menyebabkan sumber untuk mendapatkan maklumat juga berbeda. Jika dulu sumber media cetak adalah sumber utama diikuti dengan sumber media elektronik seperti radio. Masa berubah lagi apabila televisyen muncul. Ketika itu masyarakat mengharapkan sumber yang terhad bagi mendapatkan maklumat.
Namun di era kini segalanya telah berubah. Sumber maklumat boleh diperolehi dengan sekelip mata dengan menggunakan pelbagai saluran media sosial. Semua hanya dihujung jari kita. Kepelbagaian media sosial yang terdapat dalam internet memberi nafas baru kepada masyarakat dalam mendapatkan maklumat.
Tetapi perlu diingat bahawa capaian maklumat yang mudah itu memungkin banyak perkara seperti maklumat palsu akan wujud. Tekan sahaja google maka kita akan memperolehi maklumat.Jika maklumat dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab maka itulah yang kita percaya. Perkara yang paling membimbangkan adalah tiada lagi wujud masyarakat cuba mendapatkan kesahihan sesuatu perkara daripada individu yang berilmu dalam bidang masing-masing.
Yang penting berhati-hatilah kita dalam menggapai sumber di internet.
DI MANA TEMPAT YANG AMAN? Kes tembakan di Christchurch,NZ
Dalam kejadian Jumaat 15 Mac 2019 lalu, umat Islam di Masjid Al-Noor, Hagley Park dan Masjid Linwood, New Zealand dikejutkan dengan kejadian tembakan secara rambang oleh seorang lelaki bukan Islam warga Australia. Insiden tersebut menyebabkan 50 maut manakala 48 cedera parah.
Seharusnya kejadian tersebut membuka mata masyarakat dunia yang anti kepada Islam bahawa keganasan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang tidak bertanggungjawab dan tiada nilai kemanusiaan.
UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 baru diumumkan pada 14 Mac 2019. Ada pelajar yang menangis gembira,ada yang menangis berduka dan ada yang seperti biasa-biase je....Bermula saat itu maka ramailah lepasan SPM yang mencari peluang untuk sambung pelajaran mengikut keputusan masing-masing. Ada juga yang mula berkira-kira untuk memasuki alam pekerjaan.
Namun apa yang boleh dikongsikan adalah bagaimana setiap lepasan SPM ini merebut ruang dan peluang ada di sekeliling mereka. Maka ketika ini muncul mereka yang memilih peluang tanpa mengambil kira kemampuan terutama dari sudut kewangan. Berpusu-pusu mereka memilih untuk sambung belajar dalam bidang tertentu ikut minat dan kehendak hati semata-mata walaupun mereka terpaksa berhutang dengan institusi tertentu. Nilai hutang itu memang agak besar. Sedangkan ada di sudut lain menyediakan peluang yang setaraf dengan kos yang lebih rendah.
Anak-anak pelajar seharusnya bijak dalam mendepani cabaran hidup ini agar tidak mengundang kesusahan di hari kemudian. Kasihankanlah ibu bapa anda yang terpaksa bersusah payah demi melihat anda berjaya. Fikir-fikirkanlah.
BUAT KERJA 'LAST MINUTE'
Kehidupan sebagai pelajar seperti sukar untuk untuk dipisahkan dengan amalan suka menangguh-nangguhkan kerja yang diberikan oleh pensyarah. Atau dengan kata lain sikap suka buat kerja 'last minute'.
Hakikat sebenar yang perlu diamalkan oleh seorang pelajar adalah melakukan sesuatu tugasan yang diamanahkan oleh para pensyarah masing-masing berpandukan kepada perancangan yang teliti. Antara perancangan yang perlu dilakukan adalah membuat jadual perlaksanaan bagi memastikan setiap kerja dibuat mengikut jadual yang ditetapkan. Cara ini akan membolehkan kita mempunyai ruang untuk membaiki@membetulkan jika terdapat sebarang kelemahan dan kesilapan dalam pembikinan tugasan tersebut. Disamping itu juga kita adapat menghidari daripada masalah teknikal seperti kehilangan data, kerosakan laptop di saat-saat akhir.Yang akhirnya kita dapat memastikan hasil yang dihantar adalah yang terbaik dan mampu memberi pulangan markah yang menggembirakan.