Saturday, October 31, 2015

 بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

telahpun diadakan di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah bagi menjelaskan kepada pelajar dan masyarakat umum berkaitan tentang kekeliruan tentang kefahaman berkaitan dengan perlembagaan negara Sebagai rakyat yang mengaku sebagai warganegara maka kita seharusnya cuba memahami apa yang terkandung dalam perlembagaan bagi memastikan kelangsungan hidup bernegara dapat dicapai dalam keadaan yang tenteram dan harmoni memandangkan negara kita ini terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Melalui kefahaman tersebut akan menjadikan kita rakyat yang tahu menghargai dan mampu bertolak ansur bagi memastikan hubungan antara kaum berlangsung tanpa prasangka yang jika tidak ditangani kemungkinan boleh menimbulkan kekacauan dan persengketaan.


Sunday, October 25, 2015

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Ulang Tahun 
Hari Keputeraan Sultan Pahang 
2015
ya Allah yang maha kuasa
lanjutkan usia duli yang maha mulia
dirgahayu
darul makmur
aman dan bahagia sentiasa
ya Allah selamat 
duli tuanku raja kami

Saturday, October 24, 2015

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

MEL.....SI COMEL PENYERI RUMAH KAMI SEKELUARGA

Kehadirannya tanpa dirancang bila dibawa oleh anakku Ainnur Husna yang menjumpainya merayau di sekolah KAFA nya.

Sejak itu Mel terus kami pelihara disamping TEMOK yang masih setia bersama kami. 

Kesihatan kedua-duanya menjadi keutamaan kami dengan membawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan.





Tuesday, October 20, 2015

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Program kembara bicara siswa bersama 
mantan presiden MJPP Matrikulasi pertama 
Saudara Abd Kadir Shah 
di Dewan Mat Kilau KMPh 
pada 10 Oktober 2015


Ucapan selamat datang buat saudara Abd Kadir Shah ke KMPh bagi memberi motivasi buat semua pelajar menjelang peperiksaan akhir semester 1/3

Turut serta pada malam itu Pn Sharifah Badariah, En Abd Halim Mat Desa dan Pn Asma' Ahmad

Sempat bergambar kenang-kenangan Saudara Abd Kadir Shah bersama kepimpinan JPP sesi 2015/2016


Live Update : KMPh (dari fb kadir)

Alhamdulillah selamat tiba di Kolej Matrikulasi Pahang yang mengambil masa hampir 5 jam perjalanan dari Kelantan. Pengalaman saya di sini pertama kali saya rasa nervous tahap gaban sebab pertama kali dalam jelajah matrikulasi tahun ini, saya berhadapan dengan lebih 2000 pelajar KMPh. Tapi once dapat microphone, susah nak berhenti bercakap.
Saya mulakan bicara saya bersama mereka pada malam ini, dengan menekankan bahawa semua pelajar matrikulasi perlu ada impian dan cita-cita biarpun impiannya ingin berkahwin. Kerana apa? kerana semua manusia perlu menjadikan hidup mereka ini berharga dan bermanfaat. Biarpun bergelar seorang pelajar, namun status tu bukan penghalang untuk dia mengejar impian yang luar daripada bidang akademik.
Memang lumrah setiap pelajar menghadap buku hampir setiap masa. Tapi perlunya ada satu cerita menarik dalam life mereka ini. Hidupkan cerita ini dengan memori indah. Sebagai manusia, penting untuk kita terokai alam ini dan usahakan untuk mencari kawan. Susah bersama senang bersama. Inilah yang akan menghidupkan diari hidup kita. Tapi bukanlah bermaksud kita kena abaikan belajar.

Sunday, October 18, 2015

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

GABENOR BANK NEGARA

HARI-HARI TENGOK DUIT SEJAK KECIL. ADAKAH KITA MENGENALI SIAPA NAMA GABENOR BANK NEGARA YANG TERCATAT TANDA TANGAN MEREKA PADA WANG KERTAS YANG KITA GUNAKAN?

MEH KITA TENGOK CONTOH TANDA TANGAN DAN EMPUNYA TANDA TANGAN TERSEBUT.


Saturday, October 17, 2015

 بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

PROGRAM PROMOSI MATRIKULASI
 JELAJAH SEK MENENGAH AGAMA TINGGI (SMART)
PADA 1/10/2015 DI SMA TG AMPUAN AFZAN JERANTUT 
PADA 2/10/2015 DI SMK AGAMA PERSEKUTUAN BENTONG


Pasukan promosi kali ini hanya melibatkan sya sendiri Ahmad Noh dan saudara Abd Halim Mat Desa, Banyak input berguna tentang kelebihan Program Matrikulasi KPM telah disampaikan semasa sesi taklimat dan sesi penerangan di kiost Matrikulasi untuk pelajar. 


Di samping Matrikulasi terdapat juga IPTA dan IPTS lain yang turut dijemput bagi menjayakan program tersebut. Antaranya Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Kolej Komuniti, Kolej Islam Selangor dll.

Monday, October 12, 2015

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
JEREBU
SUMBANGAN 800 TOPENG 
OLEH KUMPULAN PERUBATAN JOHOR(KPJ) KUANTAN 
DGN KERJA SAMA 
GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS) PAHANG 
DI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG

TARIKH: 5 OKTOBER 2015
TEMPAT : KOLEJ MATRIKULASI PAHANG


PENYERAHAN SUMBANGAN OLEH WAKIL PENGURUS BESAR KPJ KUANTAN KEPADA WAKIL KOLEJ MATRIKULASI PAHANG EN AHMAD NOH. TURUT SAMA SETIAUSAHA GPMS PAHANG EN NASRUL ISYAM, PN ALWANI KAUNSELOR KMPh, USTAZ ISMAIL PENSYARAH KANAN KMPh DAN BARISAN KEPIMPINAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR KMPh 2015/2016



TEKNIK MEMAKAI TOPENG DENGAN CARA YG BETUL


EN WAN EMRIL - PENGERUSI GPMS PAHANG JUGA SEMPAT BERSAMA KETIKA SESI SUMBANGAN TERSEBUT