Saturday, February 25, 2017

Hadiri Mesyuarat Agung 
Coop Bank Persatuan kawasan Kuantan 2017

TARIKH: 25 FEB 2017
TEMPAT : DEWAN ATABARA BANDAR I.M KUANTAN







Thursday, February 23, 2017

NEKAD KE PEJABAT POS K.L UNTUK DAPATKAN SETEM & FDC DEFINITIF M'SIA (ORKID)

7.30 pagi 21 FEB 2017 kami sekeluarga dah bergerak menuju ke KL semata-mata untuk dapatkan FDC disamping keterujaan anak-anakku untuk ke Galeri Setem. Setibanya parkir agak terhad. Namun atas ehsan anggota Polis Bantuan POS kami diberikan parkir khas bila aku menyatakan bahawa kami dari Kuantan. Untuk ke kaunter khas tersebut juga kami dipandu oleh staf yang begitu baik dan berdedikasi sekali. Tahniah POS MALAYSIA.

Kaunter jualan FDC telah dipenuhi dengan para peminat filateli.Dapat membeli 4 FDC beserta set setem dan lembaran mini. Hajat hati untuk membeli setem-setem lama untuk menarik minat anak-anak tak kesampaian sebab setem dalam koleksi agak terhad. Dapatlah aku membeli bebrapa keping setem definitif Johor dan Perak keluaran 2016, set setem Penang Free School dll. 

Yang istimewanya di Pejabat Pos KL, FDC kita tersebut dicap oleh staf yang bertugas. Yang paling aku rasa berbaloi apabila boleh mendapatkan tandatangan designer setem tersebut iaitu En KY Lim.


Sebelum pulang aku dapatkan poster filateli keluaran tersebut disamping poster keluaran 1/2017 Ayam Serama. Sempat juga berbual dengan 2 orang wanita keturunan Cina dan seorang lelaki Melayu berkongsi tentang pengalaman dan minat yang sama.

Selepas hampir 2 jam kami di situ, kami sekeluarga ke Central Market, ke Jalan TAR dan seterusnya balik ke Kuantan.

Tuesday, February 7, 2017

TUGASAN KUMPULAN : PENGURUSAN MAJLIS RASMI
KEMAHIRAN DINAMIKA
SEM II SESI 2016/2017
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG