Monday, April 30, 2018

PERSONALITI : mewarnai PRU14










3.6 juta rakyat Malaysia belum daftar sebagai pemilih - SPR



16 Januari 2018 4:41 PM
PUTRAJAYA 16 Jan. - Sejumlah 3.6 juta rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas masih belum mendaftar sebagai pemilih setakat September tahun lepas, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh.

© Utusan Melayu (M) Bhd 

KUASA RAKYAT JADI PENENTU:
11 hari waktu berkempen PRU 14


Bermula selesai penamaan calon maka kesemua parti yang menawarkan diri untuk bertanding di dalam Pilihanraya Umum Malaysia ke 14 akan menggerakkan jentera masing-masing untuk berkempen. SPR telah menetapkan selama 11 hari untuk berkempen. Peluang ini seharusnya digunakan oleh semua calon dan parti yang bertanding bagi menjelaskan manifesto bagi menarik perhatian pengundi penjelang tarikh penggundian pada 09 Mei 2018 nanti. 

Yang paling penting semua yang terlibat perlu jalankan hari-hari berkempen ini dengan penuh berhemah tanpa menimbulkan kekecohan dan seterusnya boleh menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara secara keseluruhan. Undang-undang perlu dipatuhi.

Friday, April 13, 2018

PERKONGSIAN PINTAR:
TAKLIMAT e-Cert 
di Kolej Matrikulasi Labuan

En Masrul Ehsan bersama Tuan Yusnizi dan Dr Abd Halim

Sesi penerangan

Acara penyampaian cenderahati disampaikan oleh Tuan Pengarah KML

Pasukan dari Kolej Matrikulasi Pahang yang menjadi pelopor penggunaan Sistem e-Cert diketuai oleh En Masrul Ehsan yang merupakan Pegawai Teknologi Maklumat dan Tuan Yusnizi (pensyarah).

Tuesday, April 10, 2018

SESI PENGUCAPAN AWAM : 
PERANAN REMAJA SELAKU WARGANEGARA CEMERLANG

Pelajar memperlihatkan kebolehan masing-masing dalam penyampaian Pengucapan Awam. Kebolehan berkomunikasi dengan baik di depan khalayak adalah merupakan nilai tambah kepada kelebihan yang ada pada diri individu pelajar. Pelbagai genre pengucapan awam telah ditampilkan. Ada yang menggunakan ucapan, taklimat, syarahan,berita. Yang menariknya ada yang menyelitkan juga pantun dan deklamasi sajak dalam variasi penyampaian dengan penuh semangat dan penghayatan dalam tajuk kenegaraan.

 

 

 

 

Saturday, April 7, 2018

CITRA BUDAYA MATRIX PAHANG 2018: MENYANTUNI KEPELBAGAIAN KAUM & BUDAYA DALAM NEGARA

PM BUBAR PARLIMEN UTK PRU 14

7 April 2018 menjadi tarikh penting dalam sejarah negara apabila Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak telah mendapat perkenan daripada YDPA Sultan Muhammad ke V untuk mengumumkan pembubaran parlimen. Maka dengan pembubaran itu untuk memberi ruang diadakan PRU ke 14 seterusnya bagi parti yang menang untuk mendapat mandat memerintah negara untuk 5 tahun berikutnya. 

Namun perlu diingat sebagai meningkatkan kefahaman kita terhadap ilmu kenegaraan menjelang keputusan PRU ke 14 ini, badan eksekutif yang sedia ada iaitu Perdana Menteri dan Jemaah Menteri masih bertanggungjawab sebagai kerajaan sementara dalam urusan negara atas perkenan YDPA berdasarkan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

Wednesday, April 4, 2018

BEST OF THE BEST:ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG 2017


Bagi menghargai kakitangan perkhidmatan awam seperti lazim setiap tahun telah diadakan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Kolej Matrikulasi Pahang juga tidak ketinggalan. 

Antara penerimanya adalah Yuniza bt Mohamed, Riduan b Ali, Ismail Jusoh, Khamde Ghazali, Sharif Ibrahim, Asnirul, Subirina, Ahmad Noh, Norzahana Zainol dll. Acara penyampaian telah disempurnakan oleh En Ramly Ahmad, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang.



Tahniah kepada semua penerima APC 2017