Wednesday, June 27, 2018

GABENOR BNM YANG BARU



Ucapan tahniah kepada Bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM),Datuk Nor
Shamsiah Mohd Yunus yang telah dilantik sebagai Gabenor Bank 
Negara Malaysia yang baharu dari 1 Julai 2018 sehingga 30 Jun 2023.

Sunday, June 24, 2018

ETIKA PAKAIAN TEMUDUGA

Antara perkara penting yang juga perlu diambil berat oleh calon-calon temu duga adalah berkaitan dengan etika berpakaian yang paling sesuai ketika menghadiri sesi temu duga. Contoh-contoh etika berpakaian lelaki dan wanita adalah seperti di bawah:


Wednesday, June 13, 2018

WARGA KOTA MULA KEMBALI KE DESA UNTUK AIDILFITRI 2018

Menjelang sambutan perayaan Aidilfitri yang berbaki beberapa hari lagi,  kebanyakan warga kota khususnya telah mengatur perjalanan untuk pulang ke kampung masing-masing.

Harapan penulis agar risiko kemalangan di jalan raya dapat diatasi sepanjang musim perayaan ini dengan pemanduan yang berhemah kerana masing-masing mahu pulang bertemu keluarga tersayang untuk meraikan hari yang gembira.


Friday, June 8, 2018

GABENOR BNM LETAK JAWATAN

Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Dr Mahathir Mohamad mengesahkan menerima surat peletakan jawatan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Muhammad Ibrahim, hari ini 6 Jun 2018, hanya 2 tahun selepas beliau dilantik ke jawatan itu.

Monday, June 4, 2018

AMANAH ITU BERAT

Amanah sangat berat. Apatah lagi amanah sebagai khalifah di muka bumi ini. Hatta tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah di dunia ini. Akan tetapi, manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga ramai manusia yang masuk ke neraka kerana gagal menyempurnakan amanah.  

Kadang-kadang, amanah juga menyebabkan mata terpaksa bersengkang, amanah menyebabkan jasad kepenatan. Amanah menyebabkan siangnya seperti malam dan malamnya seperti siang. Allahu Akbar. Beratnya amanah. 

Sesungguhnya, tatkala amanah yang dipikul berjaya disempurnakan, ibarat diri keluar dari bilik yang sempit ke padang yang terbentang luas.

Sunday, June 3, 2018

PERSEDIAAN MENGHADAPI TEMU DUGA : DOKUMEN
Dokumen asal yang perlu dibawa ke pusat temuduga ialah:
* Resume
* Kad Pengenalan 
* Sijil Kelahiran
* Sijil Kewarganegaraan (jika berkaitan)
* Sijil Berhenti Sekolah
* Sijil SPM asal
* Sijil STPM asal (jika ada)
* Diploma asal (jika ada)
* Transkrip diploma asal (jika ada)
* Ijazah sarjana muda asal.
* Transkrip sarjana muda asal.
*  Ijazah sarjana asal (jika ada)
* Transkrip sarjana asal (jika ada)
* Surat Pengiktirafan Kelayakan JPA (bagi ijazah Luar Negar
* Sijil/Surat Keterangan Koko (mulai Tingkatan 4 hingga ke Universiti
* Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.
(Sijil akademik dan koko semasa sekolah rendah, tingkatan 1 hingga PMR tak perlu bawa. Penemuduga hanya akan menilai sijil selepas tingkatan 3 sahaja)

Sebaik-baiknya semua dokumen di atas dimasukkan ke dalam "CLEAR FOLDER" dan disusun mengikut senarai di atas. Pastikan semuanya sudah tersusun bila sampai ke pusat temuduga. 
Pastikan juga sediakan salinan jika diminta oleh pihak yang berkenaan. Setiap salinan perlu disahkan oleh pihak yang berkelayakan.