Monday, December 16, 2019

Jenama 
UJANG & APO 
kembali semula
Image result for majalah ujang kalender 2020

Masih ingat tak lagi dengan jenama kartun terkenal suatu masa dulu UJANG..Zaman aku belajar lagi ni...

Majalah Ujang ialah majalah kartun humor di Malaysia. Ia lahir setelah pelukis dan kartunis Ibrahim Anon yang lebih dikenali dengan nama penanya Ujang menerbitkan sendiri pada tahun 1993 di bawah syarikat Kharisma Publications, Kuala Lumpur. Majalah Ujang pada awal penerbitannya yang pertama kelihatan sebuah himpunan buku lakaran pelukisnya, dengan lakaran konsep majalah itu untuk isu seterusnya.
Melalui majalah ini, beberapa orang pelukis kartun telah berjaya dikadetkan oleh Ujang dan munculnya beberapa orang kartunis yang menggunakan nama sayur dan buah-buahan seperti petai, kobis bunga, padi, ciku, lengkuas dan lain-lain. Itu uniknya kartunis-kartunis yang berada di bawah satu bumbung Kharisma Publications Sdn Bhd pada waktu itu.
Dengan moto, Majalah Lawak Antarabangsa majalah UJANG berjaya menjadi sebuah majalah humor yang diminati ramai dan watak-watak seperti Mat Despatch, Tok Moh, Pakcik Kordi Dan Lembu Beliau, Katok O katok dan lain-lain lagi. Kartunis Ujang telah menggunakan nama pena itu sejak 20 tahun lalu, sebelum beliau menyertai MOY Publications Sdn Bhd. UJANG berada di bawah MOY setelah Datuk Md Othman Hj Yusof (MOY), bekas penerbit Usop Sontorian memiliki pegangan yang penuh terhadap Kharisma Publications Sdn Bhd. Majalah UJANG diterajui oleh kartunis-kartunis seperti Lengkuas, Nik, Bacang, Bawang, Manggis, Lepat, Ciku, Lalang, Papan, Buloh, Sukun, Bijan dan Qayyum, Aie dan Ubi.
Penerbitan majalah Ujang dan majalah kembarnya, Apo? dihentikan secara rasmi setelah penutupan MOY Publications Sdn Bhd pada 5 Ogos 2015.

TERKINI.........DIA KEMBALI........Apa yang bestnya kali ini, dengan pembelian Bumper New-Stalgia UJANG & APO? korang akan menerima kalendar eksklusif 2020.

Wednesday, December 4, 2019


Image result for batmobile 2019 caltex

TAMBAH KOLEKSI : BATMAN

Sesetengah kolektor tegar sanggup tunggu jam 12.00 tengah malam bagi memiliki koleksi sempena ulang tahun ke 80 tahun adiwira BATMAN.....takut kehabisan sebab bilangannya begitu terhad...bermula 1 November hingga 31 Disember 2019.....Laku keras. Dalam keterujaan para pengumpul itu menyebabkan aku turut terpanggil mengunjungi Stesen Minyak Caltex untuk mendapatkan koleksi ini sebagai kenangan2an.

Monday, December 2, 2019


Image result for stres

ANDA STRES ? Tangani segera

Mana ada manusia yang hidup seharian tanpa ada stres....di rumah stres, di pejabat kita stres, masa shooping pun kita stres....Oleh itu untuk memastikan stres tidak mendatangkan mudarat kepada kita maka kita perlu menanganinya dengan bijaksana.

Stres selalunya disebabkan oleh cara kita cuba untuk mengawal sesuatu yang di luar kawalan. Contohnya apabila kita dapat bos yang cerewet maka kita stres....Kita tidak mampu untuk mengawal bos kerana perilaku bos tersebut adalah di luar kawalan kita....  tapi kita boleh mengawal diri kita....Kita perlu positif dengan menyiapkan kerja..buat kerja dengan sebaik mungkin...positif kerana kita adalah pekerja...dengan itu stres mampu dikawal.