Sunday, August 30, 2020

Coretan Rasa Wargasetia

CORETAN RASA WARGASETIA


Kulewati sebuah daerah

Sejarah silamnya dijajah

Petualang ada dimana

Watan bukan pasrah

Juang keringat parah

Titisan darah merah


Ayuh Anak Merdeka

Utuh bebas bukan mudah

Daulatkan persada indah

Biar Negara kita sejahtera


Anakku celiklah sejarah

Biar hadam erti merdeka sebenar


cikguamat71

31Ogos2020

MENJIWAI MATRIKULASI DARI SUDUT PERLEMBAGAAN

BICARA KENEGARAAN : 

MENJIWAI MATRIKULASI DARI SUDUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN  

28 OGOS 2020 Diamanahkan untuk menyampaikan ceramah ringkas sempena bulan kemerdekaan untuk warga Kolej Matrikulasi Pahang. Pentingnya kita sebagai rakyat Malaysia untuk tahu & faham tentang sejarah negara. Fokus utama ceramah santai pada hari itu adalah menarik perhatian seluruh warga bersama memartabatkan Program Matrikulasi. Sebuah program khas yang diwujudkan untuk kelansungan pelajar terutama golongan bumiputera menyambung pelajaran di bidang sains dan profesional di universiti awam. Penjawat awam seharusnya bersyukur dengan anugerah sebagai penjawat awam yang bertugas di dalam Program Matrikulasi dengan mendapat kenaikan ' fast track' dalam perjawatan. Cukup istimewa

 'DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG'


turut bersama Ustaz Ubaidillah Abdul Latif 
& En Nasrul Isyam Abdul Hamid

En Mohd Izham Zakaria tekun mendengar pencerahan.

Ustaz Hasrol Che Hussin meneliti setiap bait fakta sejarah yang dilontarkan penceramah.



Tuesday, August 11, 2020

 YB CIKGU MUSLIMIN YAHAYA 

MELAWAT KOLEJ MATRIKULASI PAHANG

04 OGOS 2020 mencatat sejarah buat Kolej Matrikulasi Pahang apabila menerima kunjungan YB Muslimin merangkap Timbalan Menteri Pendidikan II. Kunjungan tersebut juga bertepatan dengan Hari Pendaftaran bagi  pelajar baharu untuk sesi 2020/2021. Antara lain lawatan tersebut berfokus kepada kepatuhan pihak kolej terhadap SOP pasca Covid 19 agar terlaksana.




En Mohd Arif Adam selaku Ketua Jabatan Sains sedang memberikan taklimat kepada YB Muslimin berkaitan SOP di makmal sains


YB Cikgu Muslimin juga sempat beramah mesra bersama pelajar-pelajar baharu Kolej Matrikulasi Pahang dengan memberi motivasi agar warga pendidik menyantuni pelajar demi kelangsungan masa depan mereka. Turut bersama dalam lawatan tersebut adalah Pengarah Pendidikan Negeri Pahang Tn Hj Zaimi Abu Bakar & Timbalan Pengarah BMKPM En Hasanuddin Yahaya. Sebagai tuan rumah Tuan Ahmad Tajuddin Gezai selaku Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang turut mengiringi lawatan YB tersebut bagi memberi gambaran situasi kolej yang terkini.