Tuesday, April 27, 2021

ANTOLOGI PANTUN : SUARA GENERASI

KOLABORASI 20 ORANG PELAJAR YANG AKAN MENAMATKAN PENGAJIAN


Alhamdulillah kerana sempat menyelenggarakan sebuah Antologi Pantun terbitan GRUPEMUISI KMPh. Ma 2021 menjadi bukti lahirnya karya kedua daripada GRUPEMUISI KMPh.

Sekalung tahniah kepada 20 orang pelajar yang terlibat menampilkan karya pantun masing-masing mewarnai dunia kesusasteraan melayu. Di dalam antologi ini terdapat 240 rangkap pantun ciptaan para pelajar. Tahniah juga kerana pada merekalah warisan ini diteruskan untuk bersaing dengan badai bahasa di dunia yang semakin mencabar.

Naskhah ini juga merupakan kenangan kepada mereka sepanjang mengabadikan diri sebagai pelajar di Kolej Matrikulasi Pahang. Mungkin kenangan ini amat besar maknanya bagi saya dan 20 pelajar tersebut.


Thursday, April 22, 2021

 PENUBUHAN KELAB PEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG

(GRUPEMUISI KMPh)


Alhamdulillah...Tanggal 17 Mac 2021 mencatat sejarah perjuangan puisi bangsa...Secara rasmi tertubuhnya KELAB PEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG(Grupemuisi KMPh) & pelancaran ANTOLOGI PUISI ' DI BAWAH AWAN PERJUANGAN' terbitan Grupemusi KMPh hasil kolaborasi karya pensyarah2 & pelajar2

Antara pensyarah yang terlibat adalah En Muhamad Izham Zakaria, En Nasrul Isyam Abdul Hamid, Dr. Saiful Anuar Alias dan saya sendiri.

Warisan puisi Melayu juga perlu diperkasakan dan ditebarkan kepada jiwa anak-anak muda...Kerna di balik wajah puisi tersebut pasti ada pengalaman yang mematangkan....Di situ juga ada nilai kelembutan....Generasi muda inilah pucuk kan menjadi daun menyuburkan puisi dipersada masyarakat..

Terima kasih Tuan Ahmad Tajuddin Gezai (Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang) dan En Mohd Muhamad Izham Zakaria (Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas & Sains Sosial yang menyokong usaha ini



Sunday, April 18, 2021

PENGALAMAN MEMAYUNG HIDUP

 


Kenangan 5 April 2012. Satu daripada perjalanan pengalaman aku sebagai pendidik. Tika ini aku bertugas di Unit Akademik Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan. Memantau perjalanan urusan di sekolah adalah merupakan salah satu tugas yang diamanahkan. Di atas adalah kenangan ketika memantau perlaksanaan ujian saringan bagi Program LINUS NKRA bagi pelajar Tahun 3 di SK Sungai Soi,Kuantan. 

Pengalaman itu cukup memberi aku memahami denyut nadi warga pendidik terutama apabila berlakunya pemantauan oleh pihak atasan. Ada yang yang mengalu-alukan, ada yang terpaksa, ada yang cemas, ada yang bersikap terbuka, ada yang melahirkan banyak kekurangan yang perlu dicari cara penyelesaiannya. Yang penting setiap dariapada kita tahu akan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan sistem pendidikan di negara kita berada pada landasan yang terbaik.

Monday, March 8, 2021

 HADIAH: KUMPULAN SAJAK 

'SALAM BUAT SAHABAT

Hari ini bertemu bekas pelajar semester lepas bertanya khabar dan bercerita tentang pengalaman mereka belajar ketika era pandemik. Disamping itu sempat menyampaikan cenderahati buat NurFatehah Nasrun (TEHA NASRUN) berupa sebuah karya tulisan suka-suka saya Kumpulan Sajak ' SALAM BUAT SAHABAT'tanda terima kasih kepada Teha yang telah mereka logo untuk GRUPEMUISI Kolej Matrikulasi Pahang.

bersama bekas pelajar di Info Center KMPh


Sunday, March 7, 2021

 DI PENGHUJUNG PERHIDMATAN : ZAKARIA BIN JADI

Tuan Zakaria bin Jadi menamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awam pada 5 Mac 2021.Jawatan terakhir beliau sebagai Pengarah Kolej Matrikulasi Selangor. Sebelum itu beliau juga pernah menjadi Pengarah Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor dan Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang. Pernah berkhidmat bersama di Kolej Matrikulasi Pahang. Ketika itu beliau adalah sebagai Timbalan Pengarah.

Banyak pengalaman dikutip ketika sempat berkhidmat bersama terutama perkara berkaitan Pengurusan Hal Ehwal Pelajar sekitar 2014-2015 kerana beliau juga adalah merupakan bekas Pen. Pengarah HEP suatu ketika dahulu. Antaranya pasti yang menjadi pengalaman hidup adalah menangani disiplin pelajar melalui Akta 174.

Seorang pentadbir yang begitu cakna kepada disiplin pelajar. Sering bersama mengadakan sporcheck ke kolej kediaman bagi memastikan masalah ponteng kelas dapat disifarkan.

Karekter dan Jasamu pasti dirindui.

SELAMAT BERSARA TUAN


Sambutan KAKOM 2015

Kem Bina Negara, Maran...Program Transformasi Pelajar

Bengkel PRS


Thursday, March 4, 2021

 37 TAHUN MENGABDIKAN DIRI

CHEONG LAI WAH nama besar di Kolej Matrikulasi Pahang yang merupakan pensyarah kanan di Unit Bahasa Inggeris menamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awam pada tarikh 3 Mac 2021 yang lalu. Pengalaman sebagai seorang pendidik selama 37 tahun cukup bewarna-warni. Penuh dengan pengalaman. Sesuai dengan ucapan beliau ketika majlis persaraan, pengalaman itulah yang menyebabkan beliau terus bersemangat untuk meneruskan perjuangan dibidang pendidikan sehingga ke penghujung usia dalam perkhidmatan awam iaitu 60 tahun.

Berpengalaman sebagai seorang guru lepasan Sijil Perguruan dan mengajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Pangkalan Tentera, Kuantan. Pernah juga berkhidmat di SMK Seri Mahkota. Noktah perkhidmatannya adalah di Kolej Matrikulasi Pahang iaitu selama 17 tahun.

Dari keluarga  yang susah dari pekan Sungai Lembing . Beliau pernah menyambung pendidikan di United Kingdom.

Beliau adalah merupakan panel ketika saya menghadiri temu duga dalam permohonan untuk menjadi pensyarah di Kolej Matrikulasi pada tahun 2012.

SELAMAT BERSARA MISS CHEONG






Monday, February 22, 2021

 21.02.2021 BANDARAYA KUANTAN


Pada tanggal 21 Februari 2021 maka secara rasminya bandar Kuantan telah diistiharkan sebagai sebuah bandaraya. Sebuah bandar yang terletak di tepi Sungai Kuantan adalah merupakan ibu negeri kepada negeri Pahang yang merupakan negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia.

Majlis Pemasyhuran Bandaraya Kuantan bakal disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Turut dijadualkan berangkat, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pengisytiharan itu turut menyaksikan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan, Datuk Hamdan Hussin dilantik sebagai Datuk Bandar Kuantan pertama.



Melalui majlis ini juga, turut diadakan Pelancaran Menara 188 yang menjadi mercu tanda baharu di Pantai Timur serta pelancaran jambatan baru dari Tanjung Lumpur ke Kemunting yang merentasi Sungai Kuantan.

Thursday, February 18, 2021

 MENYULUH YANG KABUR



Alhamdulillah...selesai juga sesi perkongsian maklumat Program Matrikulasi secara atas talian bersama kaunselor,guru & anak2 pelajar Ting 4 & 5 SMK Lanchang & SMK Paya Pulai,Temerloh

*SULUH YANG KABUR KOLEJ MATRIKULASI*

 Program pencerahan pengajian di Kolej Matrikulasi oleh  *TUAN AHMAD BIN NOH*PENYELARAS JAWATANKUASA HUBUNGAN LUAR & PROMOSI,KOLEJ MATRIKULASI PAHANG.Khas buatmu anak-anak murid *Frontliner SPM 2021 dan Tingkatan 4 2021* ALIRAN SAINS TULEN DAN TEKNIKAL melalui capaian Google Meet.

*Tarikh : 19 Februari 2021**Hari : Jumaat**Masa : 9.00 pagi*

Link akan diberikan 30 minit sebelum taklimat bermula.


Turut sama memberi penerangan En Asnirul Azrulhaini Ahmad, Pensyarah Kokurikulum Kolej Matrikulasi Pahang yg menjelaskan tentang keistimewaan program matrikulasi, 10% markah koku & karnival pendidikan.


Sesi soal jawab antara guru dan pegawai kmph berkaitan tentang jurusan.


BICARA MATRIKULASI BERSAMA ANAK-ANAK BUMI DARUL IMAN

Terbang helang di waktu petang
Hinggap tinggi di atas dahan
Peluang pendidikan luas terbentang
Jadikan Matrikulasi program pilihan

Alhamdulillah...17/2/2021 berkongsi lagi ruang & peluang pendidikan Program Mattikulasi KPM: Peluang Pendidikan untuk pelajar lepasan SPM2020 bersama kaunselor2,guru2 & anak2 pel :
SMK Kijal,SMK Kerteh & SMK Geliga,Kemaman

Dalam sesi tersebut saya sempat menekankan kepada pelajar berkaitan keistimewaan Program Matrikulasi



Diselit kisah benar pencetus motivasi buat semua pelajar disampaikan cikgu Nur Fadilah Zulkiefli ( bekas pelajar program matrikulasi - kini pensyarah kimia di KMPh). Nur Fadilah pernah menuntut di Universiti Manchaster, United Kingdom...semoga bermanfaat




#JomMasukMatrik 
#matrikpilihanno1 
#jkpromosikolejmatrikulasipahang



 

Wednesday, February 17, 2021

MENYEMAI JIWA MATRIKULASI ATAS TALIAN BERSAMA ANAK2 SMK GELIGA,KEMAMAN



Alhamdulillah...16/02/2021 sempat berkongsi JIWA MATRIKULASI dgn Pengetua,kaunselor dan pelajar SMK Geliga,Kemaman utk taklimat Program Matrikulasi di google meet...Di hadapan anak2 yang akan berjuang menduduki SPM2020 ini aku titipkan semangat supaya berjuang berhabis-habisan agar matlamat untuk mendapat keputusan cemerlang tercapai. Sesungguhnya calon ini cukup tercabar persiapannya utk hadapi peperiksaan. Gunakan ruang & peluang yg ada nanti utk menyambung pengajian di Program Matrikulasi yg sedia membela nasib golongan bumiputera.

Terima kasih kpd cikgu Siti Nurul Amirah Ishak yg turut sama bercerita pengalaman & budaya sebagai pelajar cemerlang matrikulasi suatu ketika dulu ( kini merupakan pensyarah matematik di Kolej Matrikulasi Pahang)

#JomMasukMatrik

 #matrikpilihanno1 #jkpromosikolejmatrikulasipahang

Thursday, February 11, 2021

 HIKMAH CORONA



Kemunculan coronavirus @ covid19 secara tidak langsung telah mengubah landskap kehidupan seluruh rakyat Malaysia. Bahaya virus ini yang boleh menyebabkan kematian telah menyebabkan kerajaan terpaksa mengambil langkah membendungnya melalui Perintah Kawalsn Pergerakan (PKP). Usaha yang dilakukan oleh semua pihak terutama pasukan barisan hadapan seharusnya diberikan penghargaan. Setidak-tidaknya tanda terima kasih kita adalah dengan mematuhi SOO yg telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Namun dibalik musibah besar itu ada juga hikmahnya. Kebanjiran warga asing terutama PATI mula mendapat perhatian kerajaan. Ekoran PKP telah membolehkan operasi oleh pihak  Jabatan Imigresen berjalan dgn lancar kerana mereka ini diantara penyumbang kepada masalah jangkitan virus tersebut. Maka peluang pekerjaan yg ditinggalkan oleh mereka boleh dimanfaatkan warga tempatan yg semakin ramai hilang punca pendapatan ekoran banyak sektor ditutup.







SELAMAT TAHUN BAHARU CINA 2021 DI ERA COVID19




Buat tahun kedua sambutan Tahun Baharu Cina disambut dalam keadaan sederhana lantaran Perintah Kawalan Pergerakan 2.0(PKP). Tiada lagi kemeriahan seperti kebiasaan di pasaraya bagi menarik perhatian pelanggan untuk membeli belah dengan tawaran harga istimewa.

Di Kolej Matrikulasi Pahang, pelajar kaum Cina terpaksa menyambutnya di kolej kediaman kerana tidak dibenarkan untuk balik ke rumah masing2 untuk menyambutnya. Tahniah kepada pihak pengurusan terutamanya kepada Tuan Ahmad Tajuddin Gezai, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang yang cakna untuk menyatuni mereka sempena musim perayaan. Terima kasih juga kepada wakil NGO PKN Kuantan yang sempat meluang masa datang dan memberi sumbangan limau mandarin dan minuman untuk mereka. Semoga anak-anak ini terus tabah.

Kumpulan Sajak : Salam Buat Sahabat - sekadar koleksi peribadi



Alhamdulillah syukur kerana penat lelah mengumpul dan menyusun tulisan sajak yang terdapat di diari peribadi selesai juga akhirnya pada penghujung November 2020. Karya yang sempat aku catatkan dengan pen dihelaian muka surat kertas diari lama memapar pengalaman sepanjang 1990 - 2017. Di dalam terhampar cerita suka duka, gembira dan air mata pengalaman selama ini.

Cetusan idea hendak membukukan karya kecilku ini tercetus ketika melalui Perintah Kawalan Pergerakan Covid 19 berlangsung.

Namun setelah siap untuk dibukukan pelbagai rintangan berkaitan percetakan pula terpaksa ditempuhi. Apapun syukur akhirnya awal Januari 2021 karya ku yang berjudul Kumpulan Sajak Salam Buat Sahabat diabadikan ke dalam sebuah buku. Sekadar tanda minat terhadap kesusasteraan melayu khususnya penulisan puisi maka terhasillah karya penulisan yang mungkin tarafnya sekadar hingusan.