Monday, March 8, 2021

 HADIAH: KUMPULAN SAJAK 

'SALAM BUAT SAHABAT

Hari ini bertemu bekas pelajar semester lepas bertanya khabar dan bercerita tentang pengalaman mereka belajar ketika era pandemik. Disamping itu sempat menyampaikan cenderahati buat NurFatehah Nasrun (TEHA NASRUN) berupa sebuah karya tulisan suka-suka saya Kumpulan Sajak ' SALAM BUAT SAHABAT'tanda terima kasih kepada Teha yang telah mereka logo untuk GRUPEMUISI Kolej Matrikulasi Pahang.

bersama bekas pelajar di Info Center KMPh


Sunday, March 7, 2021

 DI PENGHUJUNG PERHIDMATAN : ZAKARIA BIN JADI

Tuan Zakaria bin Jadi menamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awam pada 5 Mac 2021.Jawatan terakhir beliau sebagai Pengarah Kolej Matrikulasi Selangor. Sebelum itu beliau juga pernah menjadi Pengarah Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor dan Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang. Pernah berkhidmat bersama di Kolej Matrikulasi Pahang. Ketika itu beliau adalah sebagai Timbalan Pengarah.

Banyak pengalaman dikutip ketika sempat berkhidmat bersama terutama perkara berkaitan Pengurusan Hal Ehwal Pelajar sekitar 2014-2015 kerana beliau juga adalah merupakan bekas Pen. Pengarah HEP suatu ketika dahulu. Antaranya pasti yang menjadi pengalaman hidup adalah menangani disiplin pelajar melalui Akta 174.

Seorang pentadbir yang begitu cakna kepada disiplin pelajar. Sering bersama mengadakan sporcheck ke kolej kediaman bagi memastikan masalah ponteng kelas dapat disifarkan.

Karekter dan Jasamu pasti dirindui.

SELAMAT BERSARA TUAN


Sambutan KAKOM 2015

Kem Bina Negara, Maran...Program Transformasi Pelajar

Bengkel PRS


Thursday, March 4, 2021

 37 TAHUN MENGABDIKAN DIRI

CHEONG LAI WAH nama besar di Kolej Matrikulasi Pahang yang merupakan pensyarah kanan di Unit Bahasa Inggeris menamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awam pada tarikh 3 Mac 2021 yang lalu. Pengalaman sebagai seorang pendidik selama 37 tahun cukup bewarna-warni. Penuh dengan pengalaman. Sesuai dengan ucapan beliau ketika majlis persaraan, pengalaman itulah yang menyebabkan beliau terus bersemangat untuk meneruskan perjuangan dibidang pendidikan sehingga ke penghujung usia dalam perkhidmatan awam iaitu 60 tahun.

Berpengalaman sebagai seorang guru lepasan Sijil Perguruan dan mengajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Pangkalan Tentera, Kuantan. Pernah juga berkhidmat di SMK Seri Mahkota. Noktah perkhidmatannya adalah di Kolej Matrikulasi Pahang iaitu selama 17 tahun.

Dari keluarga  yang susah dari pekan Sungai Lembing . Beliau pernah menyambung pendidikan di United Kingdom.

Beliau adalah merupakan panel ketika saya menghadiri temu duga dalam permohonan untuk menjadi pensyarah di Kolej Matrikulasi pada tahun 2012.

SELAMAT BERSARA MISS CHEONG