Tuesday, April 27, 2021

ANTOLOGI PANTUN : SUARA GENERASI

KOLABORASI 20 ORANG PELAJAR YANG AKAN MENAMATKAN PENGAJIAN


Alhamdulillah kerana sempat menyelenggarakan sebuah Antologi Pantun terbitan GRUPEMUISI KMPh. Ma 2021 menjadi bukti lahirnya karya kedua daripada GRUPEMUISI KMPh.

Sekalung tahniah kepada 20 orang pelajar yang terlibat menampilkan karya pantun masing-masing mewarnai dunia kesusasteraan melayu. Di dalam antologi ini terdapat 240 rangkap pantun ciptaan para pelajar. Tahniah juga kerana pada merekalah warisan ini diteruskan untuk bersaing dengan badai bahasa di dunia yang semakin mencabar.

Naskhah ini juga merupakan kenangan kepada mereka sepanjang mengabadikan diri sebagai pelajar di Kolej Matrikulasi Pahang. Mungkin kenangan ini amat besar maknanya bagi saya dan 20 pelajar tersebut.


Thursday, April 22, 2021

 PENUBUHAN KELAB PEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG

(GRUPEMUISI KMPh)


Alhamdulillah...Tanggal 17 Mac 2021 mencatat sejarah perjuangan puisi bangsa...Secara rasmi tertubuhnya KELAB PEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG(Grupemuisi KMPh) & pelancaran ANTOLOGI PUISI ' DI BAWAH AWAN PERJUANGAN' terbitan Grupemusi KMPh hasil kolaborasi karya pensyarah2 & pelajar2

Antara pensyarah yang terlibat adalah En Muhamad Izham Zakaria, En Nasrul Isyam Abdul Hamid, Dr. Saiful Anuar Alias dan saya sendiri.

Warisan puisi Melayu juga perlu diperkasakan dan ditebarkan kepada jiwa anak-anak muda...Kerna di balik wajah puisi tersebut pasti ada pengalaman yang mematangkan....Di situ juga ada nilai kelembutan....Generasi muda inilah pucuk kan menjadi daun menyuburkan puisi dipersada masyarakat..

Terima kasih Tuan Ahmad Tajuddin Gezai (Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang) dan En Mohd Muhamad Izham Zakaria (Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas & Sains Sosial yang menyokong usaha ini



Sunday, April 18, 2021

PENGALAMAN MEMAYUNG HIDUP

 


Kenangan 5 April 2012. Satu daripada perjalanan pengalaman aku sebagai pendidik. Tika ini aku bertugas di Unit Akademik Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan. Memantau perjalanan urusan di sekolah adalah merupakan salah satu tugas yang diamanahkan. Di atas adalah kenangan ketika memantau perlaksanaan ujian saringan bagi Program LINUS NKRA bagi pelajar Tahun 3 di SK Sungai Soi,Kuantan. 

Pengalaman itu cukup memberi aku memahami denyut nadi warga pendidik terutama apabila berlakunya pemantauan oleh pihak atasan. Ada yang yang mengalu-alukan, ada yang terpaksa, ada yang cemas, ada yang bersikap terbuka, ada yang melahirkan banyak kekurangan yang perlu dicari cara penyelesaiannya. Yang penting setiap dariapada kita tahu akan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan sistem pendidikan di negara kita berada pada landasan yang terbaik.