Tuesday, November 2, 2021
Monday, August 16, 2021
Tuesday, April 27, 2021
ANTOLOGI PANTUN : SUARA GENERASI
KOLABORASI 20 ORANG PELAJAR YANG AKAN MENAMATKAN PENGAJIAN
Thursday, April 22, 2021
PENUBUHAN KELAB PEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
(GRUPEMUISI KMPh)
Sunday, April 18, 2021
PENGALAMAN MEMAYUNG HIDUP
Monday, March 8, 2021
HADIAH: KUMPULAN SAJAK
'SALAM BUAT SAHABAT
Hari ini bertemu bekas pelajar semester lepas bertanya khabar dan bercerita tentang pengalaman mereka belajar ketika era pandemik. Disamping itu sempat menyampaikan cenderahati buat NurFatehah Nasrun (TEHA NASRUN) berupa sebuah karya tulisan suka-suka saya Kumpulan Sajak ' SALAM BUAT SAHABAT'tanda terima kasih kepada Teha yang telah mereka logo untuk GRUPEMUISI Kolej Matrikulasi Pahang.
Sunday, March 7, 2021
DI PENGHUJUNG PERHIDMATAN : ZAKARIA BIN JADI
Tuan Zakaria bin Jadi menamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awam pada 5 Mac 2021.Jawatan terakhir beliau sebagai Pengarah Kolej Matrikulasi Selangor. Sebelum itu beliau juga pernah menjadi Pengarah Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor dan Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang. Pernah berkhidmat bersama di Kolej Matrikulasi Pahang. Ketika itu beliau adalah sebagai Timbalan Pengarah.
Banyak pengalaman dikutip ketika sempat berkhidmat bersama terutama perkara berkaitan Pengurusan Hal Ehwal Pelajar sekitar 2014-2015 kerana beliau juga adalah merupakan bekas Pen. Pengarah HEP suatu ketika dahulu. Antaranya pasti yang menjadi pengalaman hidup adalah menangani disiplin pelajar melalui Akta 174.
Seorang pentadbir yang begitu cakna kepada disiplin pelajar. Sering bersama mengadakan sporcheck ke kolej kediaman bagi memastikan masalah ponteng kelas dapat disifarkan.
Karekter dan Jasamu pasti dirindui.
SELAMAT BERSARA TUAN
Thursday, March 4, 2021
37 TAHUN MENGABDIKAN DIRI
CHEONG LAI WAH nama besar di Kolej Matrikulasi Pahang yang merupakan pensyarah kanan di Unit Bahasa Inggeris menamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awam pada tarikh 3 Mac 2021 yang lalu. Pengalaman sebagai seorang pendidik selama 37 tahun cukup bewarna-warni. Penuh dengan pengalaman. Sesuai dengan ucapan beliau ketika majlis persaraan, pengalaman itulah yang menyebabkan beliau terus bersemangat untuk meneruskan perjuangan dibidang pendidikan sehingga ke penghujung usia dalam perkhidmatan awam iaitu 60 tahun.
Berpengalaman sebagai seorang guru lepasan Sijil Perguruan dan mengajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Pangkalan Tentera, Kuantan. Pernah juga berkhidmat di SMK Seri Mahkota. Noktah perkhidmatannya adalah di Kolej Matrikulasi Pahang iaitu selama 17 tahun.
Dari keluarga yang susah dari pekan Sungai Lembing . Beliau pernah menyambung pendidikan di United Kingdom.
Beliau adalah merupakan panel ketika saya menghadiri temu duga dalam permohonan untuk menjadi pensyarah di Kolej Matrikulasi pada tahun 2012.
SELAMAT BERSARA MISS CHEONG
Monday, February 22, 2021
21.02.2021 BANDARAYA KUANTAN
Majlis Pemasyhuran Bandaraya Kuantan bakal disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Turut dijadualkan berangkat, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Pengisytiharan itu turut menyaksikan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan, Datuk Hamdan Hussin dilantik sebagai Datuk Bandar Kuantan pertama.
Melalui majlis ini juga, turut diadakan Pelancaran Menara 188 yang menjadi mercu tanda baharu di Pantai Timur serta pelancaran jambatan baru dari Tanjung Lumpur ke Kemunting yang merentasi Sungai Kuantan.
Thursday, February 18, 2021
MENYULUH YANG KABUR
*SULUH YANG KABUR KOLEJ MATRIKULASI*
Program pencerahan pengajian di Kolej Matrikulasi oleh *TUAN AHMAD BIN NOH*PENYELARAS JAWATANKUASA HUBUNGAN LUAR & PROMOSI,KOLEJ MATRIKULASI PAHANG.Khas buatmu anak-anak murid *Frontliner SPM 2021 dan Tingkatan 4 2021* ALIRAN SAINS TULEN DAN TEKNIKAL melalui capaian Google Meet.
*Tarikh : 19 Februari 2021**Hari : Jumaat**Masa : 9.00 pagi*
Link akan diberikan 30 minit sebelum taklimat bermula.
Wednesday, February 17, 2021
MENYEMAI JIWA MATRIKULASI ATAS TALIAN BERSAMA ANAK2 SMK GELIGA,KEMAMAN
Alhamdulillah...16/02/2021 sempat berkongsi JIWA MATRIKULASI dgn Pengetua,kaunselor dan pelajar SMK Geliga,Kemaman utk taklimat Program Matrikulasi di google meet...Di hadapan anak2 yang akan berjuang menduduki SPM2020 ini aku titipkan semangat supaya berjuang berhabis-habisan agar matlamat untuk mendapat keputusan cemerlang tercapai. Sesungguhnya calon ini cukup tercabar persiapannya utk hadapi peperiksaan. Gunakan ruang & peluang yg ada nanti utk menyambung pengajian di Program Matrikulasi yg sedia membela nasib golongan bumiputera.
Terima kasih kpd cikgu Siti Nurul Amirah Ishak yg turut sama bercerita pengalaman & budaya sebagai pelajar cemerlang matrikulasi suatu ketika dulu ( kini merupakan pensyarah matematik di Kolej Matrikulasi Pahang)
#JomMasukMatrik
#matrikpilihanno1 #jkpromosikolejmatrikulasipahang
Thursday, February 11, 2021
HIKMAH CORONA
Kemunculan coronavirus @ covid19 secara tidak langsung telah mengubah landskap kehidupan seluruh rakyat Malaysia. Bahaya virus ini yang boleh menyebabkan kematian telah menyebabkan kerajaan terpaksa mengambil langkah membendungnya melalui Perintah Kawalsn Pergerakan (PKP). Usaha yang dilakukan oleh semua pihak terutama pasukan barisan hadapan seharusnya diberikan penghargaan. Setidak-tidaknya tanda terima kasih kita adalah dengan mematuhi SOO yg telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Namun dibalik musibah besar itu ada juga hikmahnya. Kebanjiran warga asing terutama PATI mula mendapat perhatian kerajaan. Ekoran PKP telah membolehkan operasi oleh pihak Jabatan Imigresen berjalan dgn lancar kerana mereka ini diantara penyumbang kepada masalah jangkitan virus tersebut. Maka peluang pekerjaan yg ditinggalkan oleh mereka boleh dimanfaatkan warga tempatan yg semakin ramai hilang punca pendapatan ekoran banyak sektor ditutup.
SELAMAT TAHUN BAHARU CINA 2021 DI ERA COVID19
Buat tahun kedua sambutan Tahun Baharu Cina disambut dalam keadaan sederhana lantaran Perintah Kawalan Pergerakan 2.0(PKP). Tiada lagi kemeriahan seperti kebiasaan di pasaraya bagi menarik perhatian pelanggan untuk membeli belah dengan tawaran harga istimewa.
Di Kolej Matrikulasi Pahang, pelajar kaum Cina terpaksa menyambutnya di kolej kediaman kerana tidak dibenarkan untuk balik ke rumah masing2 untuk menyambutnya. Tahniah kepada pihak pengurusan terutamanya kepada Tuan Ahmad Tajuddin Gezai, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang yang cakna untuk menyatuni mereka sempena musim perayaan. Terima kasih juga kepada wakil NGO PKN Kuantan yang sempat meluang masa datang dan memberi sumbangan limau mandarin dan minuman untuk mereka. Semoga anak-anak ini terus tabah.
Kumpulan Sajak : Salam Buat Sahabat - sekadar koleksi peribadi
Alhamdulillah syukur kerana penat lelah mengumpul dan menyusun tulisan sajak yang terdapat di diari peribadi selesai juga akhirnya pada penghujung November 2020. Karya yang sempat aku catatkan dengan pen dihelaian muka surat kertas diari lama memapar pengalaman sepanjang 1990 - 2017. Di dalam terhampar cerita suka duka, gembira dan air mata pengalaman selama ini.
Cetusan idea hendak membukukan karya kecilku ini tercetus ketika melalui Perintah Kawalan Pergerakan Covid 19 berlangsung.
Namun setelah siap untuk dibukukan pelbagai rintangan berkaitan percetakan pula terpaksa ditempuhi. Apapun syukur akhirnya awal Januari 2021 karya ku yang berjudul Kumpulan Sajak Salam Buat Sahabat diabadikan ke dalam sebuah buku. Sekadar tanda minat terhadap kesusasteraan melayu khususnya penulisan puisi maka terhasillah karya penulisan yang mungkin tarafnya sekadar hingusan.
Tuesday, October 20, 2020
Webinar PSR:Sejarah Rakyat
Terdapat beberapa pendekatan kajian sejarah yang digunapakai oleh ahli-ahli akademik dan sejarawan. Namun, sejarah rakyat sebagai satu pendekatan tidak popular di Malaysia. Apakah itu sejarah rakyat dan bagaimana cara mendapatkannya? Bagaimana juga cara menafsirkannya? Ikuti webinar kami bersama intelektual tersohor dan penulis buku 'Sejarah Rakyat Malaysia: Khususnya Perkembangan Nasionalisme' (2017) dan terjemahannya dalam Bahasa Inggeris 'A People's History of Malaysia: with Emphasis on the Development of Nationalism' (2018). Dengan komentar daripada Prof. Jomo Kwame Sundaram setelah syarahan beliau, dan sesi soal jawab bersama kedua-kedua profesor tersebut.
Pembicara:
Prof. Dr. Syed Husin Ali
Masa:
8:00 hingga 9:00 malam
Tempat:
Google Meet (anda akan menerima undangan kepada pautan Google Meet secara emel setelah pendaftaran ini)
Aturcara:
07:50 PM - Kemasukan tetamu ke bilik webinar
08:00 PM - Pengenalan oleh moderator
08:05 PM - Syarahan daripada Prof. Dr. Syed Husin Ali: Apa itu Sejarah Rakyat?
08:25 PM - Komentar oleh Prof. Jomo Kwame Sundaram
08:35 PM - Soal jawab
08:55 PM - Penutup
09:00 PM - Selesai
Tuesday, September 15, 2020
Kolaborasi Pra U
SMK Astana telah mengadakan lawatan penanda aras ke Kolej Matrikulasi Pahang pada 14 Sept 2020 bagi memastikan kesiapsiagaan mereka ke arah menjadi Kolej Ting 6 sepenuhnya 2022/2023. Delegasi SMK Astana seramai 7 orang diterajui oleh Pn Hjh Shabariah Mohamed Zakwan, Pengetua SMKA. Kolej Matrikulasi Pahang pula diketuai oleh En Mohd Mahyuddin Mohd Noordin, Timbalan Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang. Perkongsian maklumat berkaitan kemudahan yang terdapat di Kolej Matrikulasi Pahang telah disampaikan oleh Ketua Jabatan Matematik. Delegasi ini kemudiannya dibawa melawat keseluruh kawasan kolej meliputi Pusat Sumber, Makmal Sains, Makmal Bahasa, Pusat Pelajar dan bilik kuliah. Semoga perkongsian ini memberi inspirasi kepada pengurusan SMK Astana untuk merancang sesuatu yang terbaik.
Bicara Kenegaraan
BICARA CENDIKIAWAN MULIA UMP SIRI KE 10.
UMP kampus Pekan....bersama menimba ilmu drp pakar perlembagaan negara Prof Shamrahayu Abd Aziz...'Perlembagaan Malaysia bercambah dari bumi & bukan turun dr langit.
Turut bersama hadir Naib Cancelor UMP,Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang Tuan Ahmad Tajuddin Gezai,Ustaz Ubaidillah Abd Latif,En Nasrul Isyam Abdul Hamid,En Onn Ibrahim Othman,Pn Faralisa Abu Samah,Pn Siti Aisyah.
Sunday, August 30, 2020
Coretan Rasa Wargasetia
CORETAN RASA WARGASETIA
Kulewati sebuah daerah
Sejarah silamnya dijajah
Petualang ada dimana
Watan bukan pasrah
Juang keringat parah
Titisan darah merah
Ayuh Anak Merdeka
Utuh bebas bukan mudah
Daulatkan persada indah
Biar Negara kita sejahtera
Anakku celiklah sejarah
Biar hadam erti merdeka sebenar
cikguamat71
31Ogos2020
MENJIWAI MATRIKULASI DARI SUDUT PERLEMBAGAAN
BICARA KENEGARAAN :
MENJIWAI MATRIKULASI DARI SUDUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
28 OGOS 2020 Diamanahkan untuk menyampaikan ceramah ringkas sempena bulan kemerdekaan untuk warga Kolej Matrikulasi Pahang. Pentingnya kita sebagai rakyat Malaysia untuk tahu & faham tentang sejarah negara. Fokus utama ceramah santai pada hari itu adalah menarik perhatian seluruh warga bersama memartabatkan Program Matrikulasi. Sebuah program khas yang diwujudkan untuk kelansungan pelajar terutama golongan bumiputera menyambung pelajaran di bidang sains dan profesional di universiti awam. Penjawat awam seharusnya bersyukur dengan anugerah sebagai penjawat awam yang bertugas di dalam Program Matrikulasi dengan mendapat kenaikan ' fast track' dalam perjawatan. Cukup istimewa
'DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG'










































