Monday, March 17, 2014

SUKAN TAHUNAN SK WIRA 2014

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

SK WIRA,15 MAC 2014 - Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan SK Wira 2014 yang bertempat di padang sekolah.Kejohanan telah dirasmikan oleh ADUN Pulau Manis.Hari itu bermulalah hujan turun dengan izin Allah setelah hampir sebulan tak kelihatan.Alhamdulillah,kembali menghijau rumput yang selama ini kekeringan.

Acara perbarisan dimulakan oleh Rumah Kuning

YB,NYDP PIBG dan GB menerima tabik hormat dan menyaksikan acara lintas hormat semua kontigen

Ainnur Husna dari Rumah Kuning sedang berusaha untuk mengejar pelari Rumah Biru

Pelari Rumah Kuning memberi sokongan kepada rakan mereka dalam acara 
10 x 50 meter ulang alik Tahun 2 perempuan

Akhirnya pasukan Rumah Kuning berjaya mendapat pingat emas

Disamping melaksanakan tugas sebagai pegawai sukan, sempat juga untuk menghargai kejayaan anakanda yang menggondol pingat emas

Sedang menyaksikan acara sukan yang berlangsung

Pegawai sukan sedang sibuk di bawah khemah kepegawaian

MINDA CERDAS OTAK CERGAS DISAMPING SALING BEKERJASAMA BAGI MEMANTAPKAN SETIAP AKTIVITI AGAR MENCAPAI OBJEKTIF TERUTAMA BUAT KECERIAAN ANAK-ANAK

Sunday, March 16, 2014

AMALI SESI TEMU DUGA 
SEM 2-2013/2014

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

KMPh-Berdasarkan sukatan pelajaran subjek kemahiran dinamika di kolej matrikulasi,setiap pelajar perlu mengikuti tajuk temu duga samada secara teori,amali ataupun kedua-dua sekali.Yang jelas ilmu ini sangat penting ke arah persediaan semua pelajar demi masa depan.





Kelulusan akademik bukanlah satu-satunya faktor penentu seseorang berjaya dalam temu duga.Terdapat faktor dalaman seperti keyakinan diri dan faktor luaran seperti adab,komunikasi dan sebagainya.

PERLU DIINGAT:  kita mesti berusaha & bertawakal untuk berjaya di dalam setiap temu duga yang dilalui.............di mana ada kemahuan di situ ada jalan 



Saturday, March 15, 2014

MAJLIS SYARAHAN UMUM PROFESOR 2014 
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

12 Mac 2014,UMP-Kami dikalangan pensyarah Kolej Matrikulasi Pahang telah dijemput untuk menghadiri Majlis Syarahan Umum Profesor 2014 bertempat di Dewan Astaka,UMP jam 2-4.30 petang.Turut dihadiri oleh NC,TNC,para dif jemputan,para dekan,para pengarah,pensyarah,staf dan pelajar UMP.

Buku karya pemidato yang diterbitkan oleh UMP dihadiahkan penganjur buat semua tetamu jemputan sebagai cenderamata

 Selepas pengenalan pemidato oleh pengerusi syarahan,pemidato pada hari itu Prof. Dr. Abd. Jalil Bin Borham (Dekan Pusat Bahasa Moden & Sains Kemasyarakatan) memulakan sesi syarahan beliau bertajuk LEGASI ISLAM DI PAHANG

 Hadirin khusyuk mendengar syarahan tentang Islam di Pahang

Menikmati juadah minum petang bersama TNC,Prof. Abd. Jalil,Para dekan dan juga sahabat saya Nasrul Isyam Abdul Hamid (Setiausaha GPMS Pahang)

Pengalaman yang diperolehi amat berguna bagi kesinambungan tugas sebagai seorang pensyarah kemahiran dinamika

Saturday, January 4, 2014

TUGASAN KD:PENGANJURAN MAJLIS SEM.2 SESI 2013/2014 KMPh

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Tarikh 30 Disember hingga 3 Januari adalah merupakan tarikh yang amat bermakna kepada pelajarku kerana pada minggu ini mereka dikehendaki menganjurkan satu majlis rasmi untuk dinilai oleh pensyarah dalam masa 30-35 min.Ini adalah merupakan tugasan wajib yang pertama bagi pelajar subjek Kemahiran Dinamika di KMPh.Penilaiannya fokus kepada aspek protokol dalam majlis rasmi.

                                                             30 DISEMBER 2013                                                                
2M3S11a
1M1D1-2b
                                                              
                                                               31 DISEMBER 2013
2M3S15a
4M1S26 

2 JANUARI 2014
1M3S02b
2M1S16

3 JANUARI 2014
1M3S06a
2M3S09b

CONTOH KAD JEMPUTAN MAJLIS
         
CONTOH BROSUR/BUKU PROGRAM

CONTOH KERTAS KERJA MAJLIS

Melalui tugasan ini banyak perkara yang dapat dipelajari oleh mereka berkaitan persediaan sebelum,semasa dan selepas majlis rasmi.PROTOKOL amat penting kerana melaluinya kita dapat menjaga imej diri,imej organisasi dan imej tetamu jemputan.

Ini juga membuktikan bahawa jika diberi tanggungjawab pelajar ini akan berusaha untuk membuat yang terbaik bagi menonjol kebolehan diri,kreativiti,semangat berpasukan,sifat kepimpinan,tidak bersifat individulistik dan seterusnya mengutip pengalaman yang amat berguna sebelum mereka bergerak ke IPT dan dunia pekerjaan suatu hari nanti.

Ada kesilapan yang dilakukan namun anggap itu sebagai proses pendidikan.
Ingat ilmu dan pengalaman itu sesuatu yang amat berharga dan tidak ternilai harganya.Harapan agar anda semua menjadi pewaris yang bermakna kepada agama dan negara.SYABAS PELAJARKU

Jadikan pengalaman ini sebagai suatu pengajaran agar dapat meremajakan dan seterusnya mendewasakan anda selari dengan kehendak agama

Friday, January 3, 2014

tujuan manusia diciptakan


بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


Ini ringkasan daripada khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Ustaz Shahrulnizam di Masjid Al Bukhori Nurul Aman pada 3 Jan 2014


Berdasarkan firman Al Quran  berdasarkan beberapa ayat terdapat 4 tujuan manusia diciptakan di muka bumi ini iaitu:

Untuk beribadat kepada Allah
(sebagaimana lafaz kita melalui doa iftitah dalam solat-sesungguhnya sembahyangku,ibadatku,hidupku dan matiku kerana Allah)

Untuk menjadi khalifah
(pemimpin sama ada pemimpin individu,keluarga,masyarakat ataupun negara yang membela dan menegakkan Islam)

Untuk membawa amanah Al Quran sebagai panduan hidup
(memastikan apa sahaja perintah Allah di dalam Al Quran dilaksanakan)

Untuk berdakwah
(menyeru kepada kebaikan dan meninggalkan kemungkaran)

berusahalah kita sekeluarga untuk sentiasa mengikut syiar Islam

Thursday, January 2, 2014

PUTERI-PUTERIKU SEKOLAH SEMULA(2014)

  بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

        
Pagi-pagi lagi ibu bapa/penjaga mulai sibuk menguruskan anak masing-masing untuk ke sekolah setelah hampir 2 bulan bercuti.Memang sukar nak mengubah gaya hidup mereka berbanding semasa cuti.Masa cuti nak bangun pagi pun memang liat.Bangunpun sebab terpaksa solat subuh.

Kebetulan bagiku dan isteri tahun ini taklah sesibuk mana di awal pagi berbanding tahun sebelumnya kerana seorang PUTERIKU tinggal di asrama dan 2 orang lagi bersekolah pada sesi petang.Hanya si adik perlu ke kelas SAR/KAFA bermula pukul 8 pagi.

Namun apa yang boleh dikongsi bersama adalah:

1.   Perbelanjaan persediaan awal persekolahan-semua sedia maklum bahawa perbelanjaan bagi persediaan persekolahan amatlah tinggi.Untuk seorang anak sahaja sekurang-kurangnya RM400 perlu disediakan ibu bapa.bagi memastikan semua berjalan lancar dan tidak ganggu.Bagaimana bagi mereka dari golongan  berpendapatan rendah.Pasti ini satu bebanan yang amat berat.Tambahan lagi bilangan anak mereka 4,5 @ 6 orang yang bersekolah.Kita yang dalam kumpulan sederhana pendapatan pun mengeluh.Ditambah lagi dengan golongan yang menjadi mangsa banjir baru-baru ini.

2.   Peraturan lalu lintas sekolah - setiap sekolah mempunyai peraturan terutama yang tidak membenarkan kenderaan ibu bapa memasuki kawasan sekolah sesuka hati.Rasionalnya adalah berkaitan faktor keselamatan anak-anak kita juga bagi mengelak berlakunya perkara yang tidak diingini.Kita lihat peraturan ini terpakai tanpa mengira latar belakang ibu bapa.Tak kiralah ibu bapa pakai kereta besar ataupun kecil.Seharusnyaibu bapa memahami kerana di depan tuhan pun kita tiada bezanya.Janganlah darjat dijadikan ukuran untuk kita mengambil kesempatan memudahkan urusan kita sedangkan orang lain menghadapi kesulitan.

Muhasabah diri :
  kita ini bersaudara dan pastikan kita tidak mementingkan diri kita sendiri

Wednesday, January 1, 2014

2014: AZAM JANGAN TINGGAL AZAM

   
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

                                Cara buat azam tahun baru 2014

Setiap kali memasuki tahun baru kita sentiasa tekad berazam.Pastinya azam tersebut cita-cita,semangat dan kecekalan untuk mencapai sesuatu yang lebih baik daripada keadaan sekarang.Daripada kurang baik kepada baik,daripada baik kepada yang lebih baik lagi.



Ada orang berazam tentang nak tambah anak,ada yang nak sambung belajar,ada yang nak beli rumah baru,ada yang nak tambah pendapatan,ada yang nak lebih mendekatkan diri kepada Yang Esa,ada yang nak mendidik diri sentiasa bersedekah setiap hari,ada yang nak ................Yang penting segala yang kita nak adalah azam.Maka jangan lupa kita memastikan supaya azam kita selari dengan kehendak agama dan tidak bercanggah dengan apa yang ditentukan oleh Allah s.w.t


Muhasabah diri :
  BERUSAHA UNTUK SESUATU YANG LEBIH BAIK