Thursday, April 3, 2014

SANTAI TAPI SAMPAI

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


Di dalam aku melayari bahtera perjuangan sebagai seorang pendidik...aku teringat kepada satu kata hikmah yang menarik bagiku iaitu SANTAI TAPI SAMPAI

Ada ketikanya ketika aku mengadakan sesi tutorial untuk subjek ku,aku teringinkan sesi yang santai tanpa terlalu formal.Berlakunya sesi percambahan minda,sumbangsaran disertai humor dan gelak ketawa yang tidak keterlaluan.



Hanya kekadangnya sukar mendidik pelajar sekarang sebegitu kerana sering mengambil kesempatan untuk langsung tidak serius.

Pengakhirannya objektif pelajaran yang hendak diberi tidak sampai 
seperti hanya mencurah air di daun keladi.
Tapi tidaklah semua pelajar sebegitu.

Moga pelajarku faham apa maksudku ketika mendidik.Walaupun santai tapi sampai.Insyaallah

Tuesday, April 1, 2014

MAKSUD JAHIL         
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

     Menurut Ustaz Dr. Mansor Sulaiman(UMP & Timb. Pengerusi MABNA) - Jahil membawa dua maksud iaitu:

1. tidak tahu tentang pengabdian diri kepada Allah s.w.t walaupun mereka dikalangan orang yang bijak pandai dan hebat dalam pelbagai disiplin ilmu.....kisah Nabi Musa dan kaum Bani Israel

2. tidak akur kepada tuntutan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.....kisah Nabi Yusof dipenjara akibat konspirasi

Istilah jahilliyah ini akan terus ada dalam aspek amalan,pemikiran dan sebagainya di dunia Islam moden sekarang

Monday, March 31, 2014





BAHAGIA ITU MILIK SEMUA

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ  

Menurut seorang Ustaz/Motivator - jika kita menghadapi masalah jangan terlalu mengikutkan hati - cuba mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w untuk mencari ketenangan iaitu:

1. melihat dedaunan hijau
2. melihat dan mendengar bunyi air mengalir
3. sentiasa senyum
4. yang paling penting bermunajat kepada Allah s.w.t

******* hakikatnya kita mesti memahami fitrah manusia*******

Friday, March 28, 2014

menara kepimpinan

MENCUNGKIL 
CIRI KEPIMPINAN PELAJAR 
sem 2 : 2013/14 KMPh


بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Salah satu ciri penting yang perlu ada pada diri seorang pemimpin adalah mampu menyesuaikan diri dalam masyarakat yang berbilang kaum dan berbeza adat resam dan agama di Malaysia

Thursday, March 27, 2014

BELIA PENENTU KEJAYAAN AGAMA BANGSA DAN NEGARA

 بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

KUANTAN,13 Mac 2014 (Khamis)-Bagi membentuk generasi kepimpinan Islam dan negara yang berkualiti pada masa hadapan telah diadakan mesyuarat Program Wacana Pemikiran Islam yang difokuskan untuk para pelajar Tingkatan Enam,Matrikulasi dan IPT(UIAM) bertempat di Pejabat Majlis Belia Pahang Wisma Belia Indera Mahkota.   



Turut dihadiri oleh Setiausaha GPMS Pahang,En Nasrul Isyam Abd Hamid,En Ahmad Noh (pensyarah Kolej Matrikulasi Pahang),kaunselor SMKPB,wakil MPP UIAM Indera Mahkota dan wakil Majlis Belia Pahang

Wednesday, March 26, 2014

GOMO KELATE GOMO - SAWADIKAP

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


jale-jale cari make.....21-23 mac 2014
gi bazar bebas cukai,masjid beijing di rantau panjang &  ronda-ronda kat kota bharu



sambil melihat keunikan Masjid Beijing,dapat merasai akok yang dijual di gerai berhadapan masjid

tapi una demam pulak....jadi,doklah ceria holiday tersebut ...untuk memujuk belikan dia patung rabit dan beg pooh.....sebab yang beria ajak bercuti adalah dia

Tuesday, March 25, 2014

MAJLIS I.D.E.A.L KMPh 2014 
 bakat teristimewa

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

KMPh,21 Mac 2014(Jumaat)-Bertempat di Dewan Datuk Bahaman KMPh,Jabatan Sastera Ikhtisas yang diterajui oleh Ketua Jabatan yang baru iaitu Encik Mohamad Izham Zakaria telah menganjurkan Majlis IDEAL peringkat kolej.Majlis ini telah dihadiri oleh Yang Berbahagia Encik Shamsherbie b Narudin,Pengarah KMPh,para Ketua Jabatan,pensyarah kanan,ketua-ketua unit,pensyarah dan pelajar KMPh.


deklamasi sajak

Jawatankuasa sambutan dan protokol majlis yang dipimpin oleh 
En Ahmad Noh dan Pn Halimah Hanafiah

Jawatankuasa gimik - Aksi pelajar yang terlibat bersama penyelarasnya 
Pn Norhaida dan Pn Azlin Afzan


 Musical sketch mengakhiri persembahan mereka 

PRA I.D.E.A.L