Wednesday, November 11, 2015

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
 WANG KERTAS RM1 MALAYSIA


RM1 siri pertama Malaysia, dikeluarkan tahun 1967 - 1972 dengan tandatangan Gabenor Tun Ismail Md Ali dengan ejaan lama DI-PERLAKUKAN dan GABENOR.


RM1 siri ke 2 keluaran tahun 1972 - 1976 dengan perubahan ejaan DIPERLAKUKAN dan GABENOR.

RM1 siri ke 3 dengan perubahan bahagian sudut bawah sebelah kiri. Masih lagi menggunakan Tandatangan Tun ismail Md Ali.


RM1 siri ke 4, sama dengan siri ke 3 tetapi dengan tandatangan Gabenor Tan Sri Dato' Aziz Taha


RM1 siri ke 5 dengan reka bentuk baru masih mengekalkan potret Yang Dipertuan Agong yang pertama tetapi bahagian belakang memaparkan monumen bersejarah di malaysia iaitu Tugu Peringatan Negara. Masih lagi dicetak oleh Bradbury and Wilkinson. Ditandatangani oleh Gabenor Tan Sri Dato' Aziz Taha.

RM1 Siri ke 5 tetapi dicetak oleh Thomas De La Rue.

RM1 siri ke 6 dikeluarkan tahun 1986 - 1987 dengan tandatangan Gebenor Tan Sri Jaffar Husin mengekalkan reka bentuk yang sama dengan siri ke 5.

RM1 Siri ke 7 yang dikeluarkan tahun 2000 dengan siri no. CR72xxxxx yang amat sedikit kerana persaraan Gabenor Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman. Masih lagi menggunakan potret Yang Dipertuan Agong yang pertama tetapi dengan reka bentuk yang berlainan.



RM1 siri ke 8 dikeluarkan tahun 2000 dengan tandatangan Gabenor Zeti Akhtar Aziz.
 



بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
 Just For Muslim (Tazkirah)


USTAZ ISMAIL B JUSOH
Actions
To:
 All warga kmph 
Friday, October 16, 2015 7:55 AM

Daripada Abu Qotadah ra , katanya , saya mendengar Rasullullah saw bersabda, , “Sesiapa yang menyenangkan hatinya, Allah  menyelamatkannya dari beberapa kesusahan pada hari kiamat, maka hendaklah ia memberi waktu untuk mengembalikan hutang kepada orang yang di dalam kekurangan (kesusahan), orang-orang miskin atau melupuskan kesemua hutangnya itu”.  (Muslim)

Pengajaran Hadis

1. Orang yang menolong dan melepaskan kesusahan orang lain sama ada dari segi hutang dan sebagainya nescaya Allah akan melepaskan dosanya di akhirat nanti.
2. Orang yang menolong orang lain walau dalam bentuk apa sekalipun merupakan sifat yang mulia dan mendapat balasan baik daripada Allah sama ada di dunia atau akhirat.
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
 SASTERAWAN NEGARA 
Sasterawan Negara Malaysia merupakan anugerah yang diberikan kepada mereka yang menyumbang dalam bidang sastera bahasa Melayu di Malaysia. Anugerah Sastera Negara yang pertama diadakan pada tahun 1981 hasil gesaan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Hussein Onn yang menginginkan sebuah hadiah sastera yang berprestij demi mengangkat martabat sastera di negara kita.
 
Anugerah Sastera Negara dipilih oleh Urusetia Panel Anugerah Sastera Negara yang ditunjangi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, di bawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pemenang akan menerima wang tunai RM30,000 dan pelbagai kemudahan menjalani kehidupan dan berkarya. Sejak tahun 2003, nilai hadiah ini telah ditambah menjadi RM60,000 di samping kemudahan menerbitkan karya sehingga mencecah RM500,000.

Senarai penerima anugerah Sasterawan Negara Malaysia

  1. 1981 : (Dr) Kamaludin Muhammad atau Keris Mas
  2. 1982 : Prof. Emeritus Dato' Dr. Shahnon Ahmad
  3. 1983 : Datuk (Dr.) Usman Awang
  4. 1985 : Datuk (Dr.) A. Samad Said
  5. 1987 : (Dr.) Muhammad Dahlan Abdul Biang atau Arena Wati
  6. 1991 : Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh
  7. 1993 : Datuk Noordin Hassan
  8. 1996 : Datuk Abdullah Hussain
  9. 2003 : Prof. Madya Dr. Syed Othman Syed Omar atau S. Othman Kelantan
  10. 2009 : Dato' Dr. Anwar Ridhwan
  11. 2011 : Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah atau Kemala
  12. 2013 : Datuk Baha Zain
  13. 2015 : Datuk Dr. Zurinah Hassan

Tuesday, November 10, 2015

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

MILIK SIAPAKAH HATI INI?

hari-hari sederap 
bersama waktu 
adakala gembira
adakala duka
milik siapa hati ini?

dalam pencarian
mungkin ada yang ditemui
gagal juga barang pasti

tak mampu
beri tafsiran sebuah mimpi
yang datang
belum pasti yang ditemui

milik siapakah hati ini?
berserah diri
terkadang terlupa
dalam bicara 
dalam mengata

hanya Yang Esa
memimpin hati ke jalan lurus 
walau tersasar
namun mesti kembali 

8.00 pm - 10.11.2015
KMPh
 KENANGAN 
MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BAHARU SESI 2015/2016 KOLEJ MATRIKULASI PAHANG 2015

Program tahunan ini telah dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya tanpa sebarang masalah besar dengan kerjasama daripada semua pihak termasuk Pengurusan Tertinggi, staf akademik, staf sokongan, para pelajar dan ibu bapa.

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

PROGRAM JELAJAH PPPM 2013-2025 KPT
DI ZENITH HOTEL KUANTAN BERSAMA 
DATO' SRI IDRIS JUSOH MENTERI PENGAJIAN TINGGI






Sunday, November 8, 2015

AKU DAN kehidupan

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
 
hitungan hari memakan usia
dalam langkahan semakin perlahan
terokai hidup
ranjau duka menggamit
melihat cahaya mata semakin remaja
melihat sang peneman setia bersama

sebuah kehidupan
masih gagal ku selusuri
ke mana arahnya
ke kanan belum tentu bahagia
ke kiri janji belum tentu terlaksana
ke hadapan gelora 
ke belakang sang saksi segala

aku masih ada Nya
yang tahu bila
yang tahu mengapa
yang tahu kenapa
demi menghurai sebuah langkah
kehidupan di dunia bukan akhirnya
kita jumpa di sana

aku dan kehidupan
layari atas kehendak kematangan insan

  
08.55 pagi - 08 NOV 2015 
KuANTAN