KELEBIHAN BULAN SYAABAN
Monday, May 16, 2016
Tuesday, May 10, 2016
TRAGEDI HELIKOPTER TERHEMPAS DI SARAWAK
05.05.2016 - helikopter membawa 5 penumpang dan seorang juruterbang telah dipercayai terhempas di Batang Lupar. Antara mangsa yang terkorban adalah Datuk Noriah Kasnon, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan & Komoditi. Ketika itu mereka dalam perjalanan pulang ke Kuching selepas kempen sempena PRN Sarawak yang ke 11.
Mayat terakhir yang ditemui adalah mayat juruterbang warga Filipina kira-kira jam 10.15 pagi semalam.
TAMAN GELORA
Seawal 7.15 pagi 9 MEI 2016 kawasan ini telah dipenuhi oleh masyarakat yang mementingkan kesihatan. Kebetulan pada pagi tersebut aku rasa teringin untuk beriadah dengan berjalan kaki di kawasan tersebut selepas selesai menghantar anakku Ainnur Afzan di SMART.Tambahan aku bercuti pada hari tersebut. Setibanya ternyata kawasan rekreasi itu jadi tumpuan masyarakat sekitarnya untuk senaman pagi. Trek pejalan kaki dipenuhi. Yang seronoknya aku lihat sambil berjalan dan berlari mereka masih sempat bertegur sapa tidak kira dengan siapa. Tapi yang saya rasa pelik apabila melihat majoriti yang hadir adalah masyarakat Cina. Adalah 5% Melayu dan 5% lain-lain.
JOMLAH MASA LAPANG BOLEH KITA KE TAMAN GELORA UNTUK MENGHILANGKAN GELORA DALAM DIRI SELEPAS PENAT BEKERJA
Saturday, May 7, 2016
HARGA RUMAH TAK MAMPU MILIK
Di Kuantan semakin sukar untuk mencari harga rumah di bawah RM200K kini.
Ketika aku membeli rumah pada 2003 harga rumah yang aku duduki sekarang berharga RM78K. Namun kini jika dengan keluasan yang sama harga yang ditawarkan sekitar RM225K hingga RM250K. Bagi harga rumah 'second hand' dengan keluasan yang sama pun boleh mencapai RM200K - RM215K.
Harga rumah sebenarnya tak mampu milik tetapi terpaksa untuk memilikinya demi kelangsungan hidup dalam persekiran yang begitu mencabar.
Subscribe to:
Posts (Atom)















