Wednesday, July 13, 2016

BENGKEL PLC KEMAHIRAN DINAMIKA
14 - 16 JULAI 2016
BILIK AUDIO VISUAL
PERPUSTAKAAN 
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG



Tuesday, July 12, 2016

KOPERASI PENGGUNA PAHANG BERHAD
29 MEI 2016
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-38

KPPB telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan 
Kali Ke-38 di Dewan Utama Wisma Belia, Kuantan.
Mesyuarat Agung Tahun ini dirasmikan oleh 
YBhg.Dato' Haji Abdul Fattah bin Haji Abdullah, 
Presiden ANGKASA. Mesyuarat Agung Tahunan ini 
dihadiri oleh seramai 816 orang anggota.

UCAPAN PERASMIAN

MENGAMBIL PELUANG UNTUK SESI PENGUNDIAN PEMILIHAN ALK 
YANG TAMAT TEMPOH

Yang paling penting pada penghujung sesi mesyuarat adalah pengagihan elaun kehadiran mesyuarat sebanyak RM200 bagi setiap ahli. Alhamdulillah.
NOSTALGIA ...AKU KEMBALI MENDIDIK 
SEM. II SESI 2015/2016 (JAN - APR)

Setelah hampir 1 tahun 6 bulan bertugas sebagai Pen. Pengarah Hal Ehwal Pelajar, aku kembali bertugas sebagai seorang pendidik bermula 13 Januari 2016. Teruja rasanya.


2M3D1b

3M1S23

2M1S14

2M1D2

Rasa lebih bermanafaat aku curahkan ilmu kepada pelajar melalui proses pengajaran n pembelajaran.

Saturday, July 9, 2016

diari FAMILIKU 
EIDUL FITRI 1437 Hijrah (2016)
Tahun ini seperti biasa aku beraya bersama keluarga di Kampung Api-Api Pontian. Kami bergerak pulang ke kampung sekitar jam 10 pagi Selasa 5 Jun 2016. Segala barangan termasuk kuih-muih raya dan lemang tidak dilupakan. Kami bertolak agak lewat sebab nak hantar Temok dan Mel ke hotel penginapannya di Taman UDA. Namun apabila pergi kami dapati hotel masih tutup walaupun telah berjanji dengan pemiliknya. Hampir satu jam menunggu akhirnya dengan kecewa kami buat keputusan untuk tinggalkan saja kucing kesayangan kami itu di rumah dengan bekalan makanan dan minuman untuk 4 hari.

Alhamdulillah sepanjang perjalanan kami tiada kesesakan lalulintas yang menghalan ke Johor berbanding dari arah selatan nak ke timur. Setiba di Labis kami singgah sebentar di Pejabat Pos Labis untuk mendapatkan cap First Day Cover(FDC) namun hampa sebab kata staf tersebut cap telah dihantar semula. Kami teruskan perjalanan sehingga tiba di Pontian saya mengambil keputusan untuk singgah di Pejabat Pos Pontian pula. Sekali lagi saya hampa sebab terlupa bahawa kebanyakan pejabat beroperasi setengah hari saja. Kami akhirnya tiba di kampung jam 2.45 petang. Alhamdulillah.

Rutinku setiap tahun akan ke Masjid Kg Api-Api untuk solat Isya' dan bertakbir raya. Aktiviti di situ juga adalah majlis tahlil pada malam raya. Pagi raya aku, isteri dan anak-anak akan bersiap untuk bersolat sunat Eidulfitri di masjid sama. Pagi tu hujan turun begitu lebat sekali beserta angin yang kencang. Alhamdulillah kami sekeluarga masih diberi kesempatan untuk bersolat dan mendengar khutbah yang bertajuk 'PERPADUAN UMAT ISLAM'.

Anak bongsuku begitu gembira kerana setiap kali pulang dari solat sunat hari raya dia akan bercerita yang ada orang memberikannya duit raya di masjid. Itulah telatahnya setiap tahun. "Jangan adik pergi solat sebab nak dapat duit raya" pesanku. 

Aktiviti raya pertama kami mulakan dengan berkunjung ke rumah auntie tata di Simpang Renggam. Sedapnya makan nasi beriani gam. Selepas itu ke rumah Pak Wai dan seterusnya ke rumah Pak Non. Pada petang kami sekeluarga bersama mak dan Azmah ke rumah Abang As pula di Taman Srio Aman di Pontian. Dari lepas Asar kami pergi hingga pukul 9 malam baru balik. Raya sakan.

Saturday, July 2, 2016

REZEKI & SUMBANGAN RAMADAN


Murahnya rezeki di bulan Ramadan. Ketika mendapatkan air gau bacaan 30 juzuk Al Quran di MABNA dapat pula rezeki bubur lambuk yang diberikan oleh AJK Masjid. Di bekas tertampal label sumbangan daripada PERSATUAN AMAL ISTERI-ISTERI WAKIL RAKYAT PAHANG. Alhamdulillah. Syukur, moga diberkati Allah amalan mereka. Masa berbuka anak-anak suka sangat.


                                                                              بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


KULIAH SUBUH MABNA
2 JULAI 2016
USTAZ DR MANSOR SULAIMAN (UMP)



BUKAN MUDAH UNTUK IKHLAS

Setiap amalan diterima atau tidak bergantung kepada niat. Jika ada amalan kebaikan yang dilakukan selain daripada Allah maka terhapus amalan tersebut dari diterima oleh Allah s.w.t. Sebab itu perlu usaha dilakukan agar ikhlas seperti dengan melazimi membaca doa sebelum melakukan sesuatu. Contohnya : berdoa selepas berwudhu' - bagi memperbaharui syahadah - segalanya kerana Allah
SIRI TAZKIRAH SUBUH M.A.B.N.A
29 Jun 2016
USTAZ SHAHRULNIZAM ABD HALIF



GOLONGAN KAFIR

Terdapat 3 jenis golongan kafir iaitu:

1. Golongan yang tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Rasul Allah
    - golongan ini terdiri daripada mereka yang tidak mempercayai wujudnya Allah sebagai       tuhan yang menjadikan manusia.

2. Golongan yang beriman kepada Allah tetapi tidak kepada Rasul Allah
    - golongan ini pula adalah golongan yang berpegang kepada kitab-kitab Allah tetapi tidak
       berpegang kepada Hadis Nabi sebagai panduan. Contohnya golongan anti Hadis.

3. Golongan yang tidak beriman Allah tetapi beriman kepada Rasul Allah
    - antaranya orang Yahudi dan Nasrani yang tidak dapat menerima Nabi Muhammad sedangkan mereka dapat menerima Nabi Musa (Yahudi) dan Nabi Isa (Nasrani)