Tuesday, June 6, 2017

MASA IBARAT AIR SUNGAI YANG MENGALIR 


TERUS BERLALU DAN TIDAK MUNGKIN AKAN KITA TEMUI AIR YANG SAMA LAGI PADA TEMPAT YANG SAMA. 

Saturday, June 3, 2017

DANA WAQAF PAHANG

Dana Wakaf Pahang (sebelum ini dikenali sebagai Saham Wakaf Pahang) dilancarkan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang pada Disember 1998.  Dana Wakaf Pahang yang tidak lagi menggunakan Sijil Saham Wakaf telah diperkenalkan oleh pihak Majlis mulai Jun 2015 setelah Kaedah-Kaedah Dana Wakaf Pahang 2015 diluluskan oleh Majlis. Nilai minimum Dana Wakaf Pahang ialah RM5.00 dan pengeluaran Kupon Dana Wakaf dibolehkan melalui Kaedah-Kaedah Dana Wakaf Pahang 2015.


http://ewakaf.muip.gov.my

Friday, June 2, 2017

                                     بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)



Aku kurang pasti kenapa  masih ramai kurang bersungguh tentang pelaburan AHB, tapi kalau ASB laju nak simpan.

Walhal, perlu diingat AHB juga ada ciri-ciri yang penting yang tak ada pada ASB.

Pertama : Paling penting bagi aku adalah Patuh Syariah. Kalau ASB bukan semua mufti setuju yaaa.

Kedua : Sudah siap tolak zakat tidak seperti ASB (perlu diurus sendiri)

Ketiga : Dividen terus masuk a/c maybank. Kalau ASB kena ambik di pejabat pos dll dulu la.

Keempat : Pembayaran 2 kali setahun. Boleh jadi macam duit income gaji/pencen/bonus setiap tahun

Maka....apa tunggu lagi.....JOM SERTAI

Thursday, June 1, 2017


 بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

MEMORI 2011
 DI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUANTAN

Pelbagai kenangan manis dan pahit dilalui sepanjang berkhidmat di PPD Kuantan dari November 2010 hingga April 2013. Kenangan paling tidak dapat dilupakan apabila bandar Kuantan dilanda banjir kilat 2011. Tidak terlepas menerima kesan adalah pejabat lama PPD Kuantan tempat aku berkhidmat ketika itu. Ekoran daripada musibbah yang tidak diduga itu banyak peralatan pejabat,  dokumen dan buku-buku yang sepatutnya perlu dihantar ke sekolah habis musnah.

Hari bermulanya perkarangan PPD Kuantan dinaiki air. Kebetulan pada hari tersebut adalah Mesyuarat Tuan PPD bersama para pengetua SM daerah Kuantan.






Wednesday, May 31, 2017


                                       بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


CAR BOOT SALE 
TAMAN TAS KUANTAN

Diadakan pada hari Jumaat,Sabtu dan Ahad antara jam 7 malam hingga 12 pagi. Melibatkan sebahagian besar peniaga bumuputera melayu bagi menjana pendapatan. Pelbagai barangan dijual seperti makanan, pakaian,tanaman hiasan, permainan, aksesori kereta, perabot dll.





Terletak di laluan berhampiran Maybank Taman Tas berhadapan jalan utama.

 بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

HARI-HARI TERAKHIR BERSAMA KALIAN batch Sesi 2016/17 
DI KMPh

Terima kasih kepada yang sudi makan bersama-sama pada hari terakhir sesi kelas. Tak sangka ada yang sponsor kek Secret Rcsipe pulak. Ruang itu dapat memberi peluang kepada saya untuk lebih santai bersama kamu semua.







Kesempatan untuk mengabadikan kenangan ini dengan sesi bergambar. Semoga semuanya beroleh kejayaan selepas ini di dunia dan di akhirat. Tahniah kerana anda akan bakal menjadi pelajar MENARA GADING.









                                      بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


Memenuhi Undangan Walimatulurus drp Tuan Nasrul Isyam Abd Hamid

Sempat menghadirkan diri bersama keluarga ke Majlis Perkahwinan adik ipar Tuan Nasrul Isyam yang telah diadakan pada 13 Mei 2017 di Perkarangan SK Semambu. Datang awal-awal sikit supaya senang parkir. Alhamdulillah jumpa pulok menu opor. Pehhhh....berselera