Thursday, December 20, 2018

HAYATI PRINSIP :Image result for KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

Asasnya, prinsip ini menyatakan bahawa rakyat Malaysia berpegang teguh kepada kepercayaan kepada Tuhan. Ini bermakna Malaysia adalah negara yang menolak sebarang ideologi yang tidak mempercayai wujudnya Tuhan (atheisme).
Kepercayaan kepada Tuhan mampu menjadikan masyarakat berpegang teguh kepada nilai-nilai murni yang diajarkan oleh agama. Jika masyarakat berpegang teguh kepada ajaran agama masing-masing secara postif maka ia dapat membentuk kehidupan yang harmoni dan sejahtera.
Melalui ikatan keagamaan, manusia akan bertindak sebagai seorang yang bertanggungjawab dan sentiasa menjaga keamanan dan keharmonian negara. Rakyat juga akan sentiasa berasa bersyukur dalam kehidupannya.
Prinsip pertama Rukun Negara ini sebenarnya mendukung kebebasan dan pengamalan agama seperti yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan bagi Malaysia.
Perkara ini jelas dimaktubkan dalam Perlembagaan di bawah Perkara 3 (1) yang menyatakan bahawa: ”Ugama Islam ialah ugama bagi persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”.
Kebebasan beragama yang diamalkan di negara ini menuntut setiap orang menghormati agama yang dianuti oleh orang lain serta hak untuk mengamalkan. Walaupun Islam diletakkan sebagai agama rasmi tetapi ajaran Islam tidak memaksa mana-mana individu untuk memeluk Islam.
Hakikatnya, Malaysia mengamalkan kebebasan beragama dan ia seharusnya dapat membentuk masyarakat kita saling menghormati kepercayaan dan amalan ibadat setiap agama. Kepercayaan kepada Tuhan seharusnya dapat mengembangkan perbuatan yang luhur, yang mencerminkan sikap dan suasana interaksi masyarakat secara harmoni dan sekali gus dapat mengembangkan sikap adil terhadap sesama insan.
Maka dapatlah disimpulkan bahawa penghayatan pada prinsip yang pertama ini adalah asas kepada pembentukan kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang harmoni. Semua rakyat tidak mengira kaum perlu memainkan peranan bagi memastikan ianya terlaksana. Bukan hanya memikirkan tuntutan agama masing-masing sahaja. Fahami sejarah kerana sejarah itu akan menyatakan siapa kita.

Wednesday, December 12, 2018

BERSEDIAKAH ANDA UNTUK 
DI TEMUDUGA?


PERSIAPAN SEBELUM MENGHADAPI TEMU DUGA

Image result for PERSEDIAAN MENGHADAPI TEMU DUGA 

  • Bersedia dengan pakaian yang sesuai, kemas dan bersih. Memakai tali leher dan kot bagi lelaki.
  • Jangan pakai pakaian yang terlampau berwarna-warni dan menjolok mata, berselipar serta memakai minyak wangi yang baunya menyengat atau mengenakan solekan yang keterlaluan.
  • Rambut hendaklah pendek dan tersisir rapi bagi lelaki dan kemas bagi perempuan yang tidak bertudung. Pada yang bertudung jangan memakai tudung yang terlalu fesyenista. Cukup sekadar ala kadar dan kemas.
  • Kasut pula seeloknya mestilah bertutup bagi lelaki dan perempuan.
  • Jangan lupa membawa dokumen penting seperti surat panggilan temuduga, kad pengenalan, surat beranak, sijil-sijil asal, dokumen yang berkaitan untuk disemak oleh panel temuduga. Pastikan ianya tersusun kemas di dalam fail mengikut turutan tahap akademik.
  • Pastikan lebih awal dimana, bila dan pukul berapa temu duga akan diadakan. Pastikan anda sampai 10-15 minit lebih awal supaya anda boleh menenangkan diri tetapi jangan sampai terlalu awal nanti cemas pula. Jangan sesekali-kali datang lambat.
JANGAN LUPA YER........demi masa depan anda

Wednesday, November 28, 2018

segulung ijazah bukan jaminan masa depan: APA PERANAN KEMAHIRAN INSANIAH?


Kemahiran insaniah merupakan kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh para pelajar hari ini untuk membantu mereka melangkah ke alam pekerjaan kelak. Penerapan kemahiran insaniah ini dilihat telah dijalankan semenjak pelajar berada di sekolah  dan seterusnya digilap di peringkat yang lebih tinggi di institusi pengajian tinggi. Kesinambungan aktiviti di sekolah menengah dan universiti sangat penting untuk menjamin perkembangan kemahiran insaniah dalam diri pelajar. 

Persaingan yang hebat dalam mendapatkan peluang pekerjaan menyebabkan setiap individu pelajar wajib untuk meningkatkan kemahiran insaniah mereka.
Image result for KEMAHIRAN INSANIAH
sumber : UPM

Tuesday, November 27, 2018



MASA DI TANGAN KITA : PENGURUSAN MASA YANG BETUL
Image result for JAM TANGAN
Saya percaya anda sudah tahu, pengurusan masa adalah satu perkara yang sangat penting buat pelajar. Ini kerana, pelajar selalunya sibuk dengan aktiviti-aktiviti kolej dan juga aktiviti-aktiviti luar.
Dalam Program Matrikulasi pelajar juga perlu kuasai banyak kursus dalam masa yang agak singkat. Jadi, tanpa pengurusan masa yang betul, pelajar tidak akan mampu menyiapkan semua tugasan mereka dan tidak mampu belajar sesuatu dengan baik dalam masa yang telah ditetapkan.
Persoalannya, adakah anda tahu apa itu pengurusan masa? Perkara utama yang penting dalam pengurusan masa yang baik adalah kesanggupan setiap individu mempunyai jadual harian.
Sebenarnya, jika anda ada jadual harian, tidak semestinya jadual itu diikuti sepenuhnya. Jadual harian sebenarnya hanyalah bertindak sebagai panduan tentang apa yang patut dilakukan. Anda akan lebih fokus tentang apa yang patut anda lakukan jika anda ada jadual anda sendiri.

REVOLUSI INDUSTRI 4.0

Image result for revolusi industri ke 4 dalam pendidikan
Apakah yang dimaksudkan dengan Revolusi Indutri 4.0 ?
Menurut pengasas Forum Ekonomi Dunia, Klaus Schwab dalam bukunya The Fourth Industrial Revolution menjelaskan Revolusi Industri Keempat ini ditandai dengan kemunculan superkomputer, robot pintar, kenderaan tanpa pengemudi, suntingan genetik dan perkembangan neuroteknologi yang memungkinkan manusia untuk lebih mengoptimalkan fungsi otak.
Dalam erti kata lain, hidup manusia akan dipermudahkan dengan bantuan robot yang bakal menjadi ”kawan” yang akan menguruskan hal ehwal dan tugasan harian.
Mungkin sukar untuk digambarkan logik akalnya apabila melihat pesanan piza yang kita lakukan melalui pesanan telefon, akan dihantar dengan menggunakan perkhidmatan dron sampai di depan pintu rumah.
Selain itu, segala urusan rumah seperti mencuci baju, memberi makanan haiwan kesayangan dan mematikan alat pendingin hawa hanya perlu menekan butang di telefon pintar masing-masing tanpa perlu lagi bersusah payah mengambil perkhidmatan pembantu rumah.
Untuk ke pejabat pula, kita tidak perlu lagi untuk menghidupkan enjin dan memandu di tengah-tengah jalan raya yang sesak.
Semuanya akan selesai dengan hanya menekan butang kekunci, penumpang boleh menyambung tidur dalam kereta masing-masing dan segala urusan pemanduan akan dikawal sepenuhnya melalui satelit sampai ke tempat yang ingin dituju dengan selamat.
Senario tersebut walaupun pelik, namun secara perlahan-lahan telah mula berkembang dan berevolusi menjadi satu bentuk norma yang biasa pada masa akan datang.
Dengan menggunakan akronim Revolusi Industri 4.0 ini, segala urusan harian manusia akan dikongsi bersama robot yang dicipta khusus untuk mengoptimumkan keperluan dan keselesaan manusia.
Walaupun teknologi-teknologi ini masih dalam peringkat pengujian di peringkat global, banyak aplikasi yang digunakan telah pun kita nikmati. Sebagai contoh, penggunaan aplikasi navigasi seperti Waze atau Google Maps yang menyediakan pemandu tentang maklumat laluan serta perjalanan adalah antara bibit-bibit awal kepada pengenalan dunia yang dipanggil Internet of Things (IoT).
 Sumber : www.kosmo.com.my 

Thursday, November 22, 2018

Apa itu ICERD?


Image result for icerd Isu yang sedang hangat diperkatakan.Barangkali ramai dalam kalangan kita sendiri tidak tahu dan mungkin tidak faham apa itu ratifikasi ICERD. Apatah lagi istilah yang digunakan dilihat agak janggal dan tidak sensitif bagi kebanyakan rakyat. Apatah lagi istilah tersebut kelihatan begitu akademik atau ilmiah.

Ratifikasi bermaksud mengesahkan, manakala ICERD pula adalah singkatan daripada International Convention For Elimination of All Forms of Racial Discrimination atau dalam bahasa Melayu bermaksud Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum. ICERD adalah salah satu daripada konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tentang Hak Asasi Manusia.

Menurut Dr Asyraf Wajdi Dasuki berpandangan bahawa ICERD jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan tentang Hak Istimewa orang-orang Melayu, Bumiputera, kedudukan agama Islam dan institusi Raja-Raja Melayu.

Sunday, November 11, 2018

MESYUARAT
 JK KARNIVAL PENDIDIKAN KERJAYA KOLEJ MATRIKULASI PAHANG 2018   
 
                                        

  Bersama En Hasanuddin Yahaya (Timbalan Pengarah KMPh) , Pn Yuniza Mohamed, En Mohd Azeli Abd Latif, En Hamizi Taib,En Khairuzaman (kaunselor KMPh). Turut serta En Ubaidillah Abd Latif,Tn Hj Ismail Jusoh, En Mohd Yuslan,En Wahidul Hafiz,Pn Normala,Pn Mili Malina,Pn Anita Mohamed, Pn Aminah Nordin dll. Sederap dalam menjana masa depan pelajar KMPh yang gemilang.