Tuesday, September 15, 2020

Bicara Kenegaraan

BICARA CENDIKIAWAN MULIA UMP SIRI KE 10. 

UMP kampus Pekan....bersama menimba ilmu drp pakar perlembagaan negara Prof Shamrahayu Abd Aziz...'Perlembagaan Malaysia bercambah dari bumi & bukan turun dr langit.

Turut bersama hadir Naib Cancelor UMP,Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang Tuan Ahmad Tajuddin Gezai,Ustaz Ubaidillah Abd Latif,En Nasrul Isyam Abdul Hamid,En Onn Ibrahim Othman,Pn Faralisa Abu Samah,Pn Siti Aisyah.









Sunday, August 30, 2020

Coretan Rasa Wargasetia

CORETAN RASA WARGASETIA


Kulewati sebuah daerah

Sejarah silamnya dijajah

Petualang ada dimana

Watan bukan pasrah

Juang keringat parah

Titisan darah merah


Ayuh Anak Merdeka

Utuh bebas bukan mudah

Daulatkan persada indah

Biar Negara kita sejahtera


Anakku celiklah sejarah

Biar hadam erti merdeka sebenar


cikguamat71

31Ogos2020

MENJIWAI MATRIKULASI DARI SUDUT PERLEMBAGAAN

BICARA KENEGARAAN : 

MENJIWAI MATRIKULASI DARI SUDUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN  

28 OGOS 2020 Diamanahkan untuk menyampaikan ceramah ringkas sempena bulan kemerdekaan untuk warga Kolej Matrikulasi Pahang. Pentingnya kita sebagai rakyat Malaysia untuk tahu & faham tentang sejarah negara. Fokus utama ceramah santai pada hari itu adalah menarik perhatian seluruh warga bersama memartabatkan Program Matrikulasi. Sebuah program khas yang diwujudkan untuk kelansungan pelajar terutama golongan bumiputera menyambung pelajaran di bidang sains dan profesional di universiti awam. Penjawat awam seharusnya bersyukur dengan anugerah sebagai penjawat awam yang bertugas di dalam Program Matrikulasi dengan mendapat kenaikan ' fast track' dalam perjawatan. Cukup istimewa

 'DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG'


turut bersama Ustaz Ubaidillah Abdul Latif 
& En Nasrul Isyam Abdul Hamid

En Mohd Izham Zakaria tekun mendengar pencerahan.

Ustaz Hasrol Che Hussin meneliti setiap bait fakta sejarah yang dilontarkan penceramah.



Tuesday, August 11, 2020

 YB CIKGU MUSLIMIN YAHAYA 

MELAWAT KOLEJ MATRIKULASI PAHANG

04 OGOS 2020 mencatat sejarah buat Kolej Matrikulasi Pahang apabila menerima kunjungan YB Muslimin merangkap Timbalan Menteri Pendidikan II. Kunjungan tersebut juga bertepatan dengan Hari Pendaftaran bagi  pelajar baharu untuk sesi 2020/2021. Antara lain lawatan tersebut berfokus kepada kepatuhan pihak kolej terhadap SOP pasca Covid 19 agar terlaksana.




En Mohd Arif Adam selaku Ketua Jabatan Sains sedang memberikan taklimat kepada YB Muslimin berkaitan SOP di makmal sains


YB Cikgu Muslimin juga sempat beramah mesra bersama pelajar-pelajar baharu Kolej Matrikulasi Pahang dengan memberi motivasi agar warga pendidik menyantuni pelajar demi kelangsungan masa depan mereka. Turut bersama dalam lawatan tersebut adalah Pengarah Pendidikan Negeri Pahang Tn Hj Zaimi Abu Bakar & Timbalan Pengarah BMKPM En Hasanuddin Yahaya. Sebagai tuan rumah Tuan Ahmad Tajuddin Gezai selaku Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang turut mengiringi lawatan YB tersebut bagi memberi gambaran situasi kolej yang terkini.

Friday, July 10, 2020

Program Sharing Session Laluan Pensyarah Cemerlang Kolej Matrikulasi Pahang 2020

Hari ini bertugas sebagai pengacara majlis dalam program yang berlangsung selama 2 hari bermula 9-10 Julai 2020 bersama penceramah jemputan Puan Khalipah Mastura bt Khalid dari Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah. Santai namun banyak perkongsian. Memang seorang insan yang hebat sesuai dengan status sebagai Pensyarah Cemerlang. Beliau berkongsi pengalaman selama ini sebagai seorang guru cemerlang di sekolah hingga kini sebagai seorang pensyarah bahasa inggeris yang cemerlang. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Beliau telah berkongsi teknik dan juga persiapan dari sudut sistem fail sebelum permohonan dilakukan. Puan Khalipah Mastura yang dijemput khas atas inisiatif Tuan Pengarah yang ingin melihat ramai dikalangan tenaga pendidik di Kolej Matrikulasi Pahang menyahut cabaran untuk menjadi seorang pensyarah cemerlang. Ini kerana ruang dan peluang yang ada begitu terbuka luas.





Majlis Penutup disempurnakan oleh Tuan Ahmad Tajuddin bin Gezai, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang

Wednesday, July 1, 2020

PANDEMIK COVID 19
COVID-19 (SARS-CoV-2) – Asia Pacific Society of Infection Control ...
Kembali semula bertugas dalam norma baharu setelah wabak Covid 19 melanda negara sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimulakan pada 18 Mac 2020 hingga kini....Keadaan yang cukup memeritkan dan memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia. Berapa ramai yang hilang pekerjaan disebabkan oleh penutupan banyak sektor pekerjaan. Kerajaan teroaksa melakukan sesuatu demi kelangsungan hidup rakyat keseluruhannya.
Pemberian moratorium cukup melegakan dan dapat mengurangkan tekanan hidup mereka.

Namun yang cukup mengecewakan adalah suara-suara sumbang politikus yang masih sibuk berebut kuasa tanpa memikirkan nasib rakyat jelata.

#kitajagakita

Wednesday, April 15, 2020

BERTEMU BEKAS PELAJARKU 
TENGKU HASANAL

Pada tanggal  22.02.2020 dalam sibuk bertugas untuk mempromosikan Program Matrikulasi aku begitu teruja dapat bertemu semula dengan bekas pelajarku pada 2005 di SK St Thomas, Kuantan.Setelah 15 tahun aku dapat bertentang mata semula dengan Tuanku yang kini tokoh yang mendapat perhatian masyarakat terutama bagi rakyat negeri Pahang. Dulu hari2 jumpa Tuanku di sekolah.....

"Assalamualaikum, Tengku.....Saya Cikgu Ahmad"

"Oooo....cikgu matematik saya dulukan....."

                 


DAULAT TUANKU