SMK Astana telah mengadakan lawatan penanda aras ke Kolej Matrikulasi Pahang pada 14 Sept 2020 bagi memastikan kesiapsiagaan mereka ke arah menjadi Kolej Ting 6 sepenuhnya 2022/2023. Delegasi SMK Astana seramai 7 orang diterajui oleh Pn Hjh Shabariah Mohamed Zakwan, Pengetua SMKA. Kolej Matrikulasi Pahang pula diketuai oleh En Mohd Mahyuddin Mohd Noordin, Timbalan Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang. Perkongsian maklumat berkaitan kemudahan yang terdapat di Kolej Matrikulasi Pahang telah disampaikan oleh Ketua Jabatan Matematik. Delegasi ini kemudiannya dibawa melawat keseluruh kawasan kolej meliputi Pusat Sumber, Makmal Sains, Makmal Bahasa, Pusat Pelajar dan bilik kuliah. Semoga perkongsian ini memberi inspirasi kepada pengurusan SMK Astana untuk merancang sesuatu yang terbaik.
Tuesday, September 15, 2020
Bicara Kenegaraan
BICARA CENDIKIAWAN MULIA UMP SIRI KE 10.
UMP kampus Pekan....bersama menimba ilmu drp pakar perlembagaan negara Prof Shamrahayu Abd Aziz...'Perlembagaan Malaysia bercambah dari bumi & bukan turun dr langit.
Turut bersama hadir Naib Cancelor UMP,Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang Tuan Ahmad Tajuddin Gezai,Ustaz Ubaidillah Abd Latif,En Nasrul Isyam Abdul Hamid,En Onn Ibrahim Othman,Pn Faralisa Abu Samah,Pn Siti Aisyah.
Sunday, August 30, 2020
Coretan Rasa Wargasetia
CORETAN RASA WARGASETIA
Kulewati sebuah daerah
Sejarah silamnya dijajah
Petualang ada dimana
Watan bukan pasrah
Juang keringat parah
Titisan darah merah
Ayuh Anak Merdeka
Utuh bebas bukan mudah
Daulatkan persada indah
Biar Negara kita sejahtera
Anakku celiklah sejarah
Biar hadam erti merdeka sebenar
cikguamat71
31Ogos2020
MENJIWAI MATRIKULASI DARI SUDUT PERLEMBAGAAN
BICARA KENEGARAAN :
MENJIWAI MATRIKULASI DARI SUDUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
28 OGOS 2020 Diamanahkan untuk menyampaikan ceramah ringkas sempena bulan kemerdekaan untuk warga Kolej Matrikulasi Pahang. Pentingnya kita sebagai rakyat Malaysia untuk tahu & faham tentang sejarah negara. Fokus utama ceramah santai pada hari itu adalah menarik perhatian seluruh warga bersama memartabatkan Program Matrikulasi. Sebuah program khas yang diwujudkan untuk kelansungan pelajar terutama golongan bumiputera menyambung pelajaran di bidang sains dan profesional di universiti awam. Penjawat awam seharusnya bersyukur dengan anugerah sebagai penjawat awam yang bertugas di dalam Program Matrikulasi dengan mendapat kenaikan ' fast track' dalam perjawatan. Cukup istimewa
'DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG'
Tuesday, August 11, 2020
YB CIKGU MUSLIMIN YAHAYA
MELAWAT KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
04 OGOS 2020 mencatat sejarah buat Kolej Matrikulasi Pahang apabila menerima kunjungan YB Muslimin merangkap Timbalan Menteri Pendidikan II. Kunjungan tersebut juga bertepatan dengan Hari Pendaftaran bagi pelajar baharu untuk sesi 2020/2021. Antara lain lawatan tersebut berfokus kepada kepatuhan pihak kolej terhadap SOP pasca Covid 19 agar terlaksana.
YB Cikgu Muslimin juga sempat beramah mesra bersama pelajar-pelajar baharu Kolej Matrikulasi Pahang dengan memberi motivasi agar warga pendidik menyantuni pelajar demi kelangsungan masa depan mereka. Turut bersama dalam lawatan tersebut adalah Pengarah Pendidikan Negeri Pahang Tn Hj Zaimi Abu Bakar & Timbalan Pengarah BMKPM En Hasanuddin Yahaya. Sebagai tuan rumah Tuan Ahmad Tajuddin Gezai selaku Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang turut mengiringi lawatan YB tersebut bagi memberi gambaran situasi kolej yang terkini.
Friday, July 10, 2020
Hari ini bertugas sebagai pengacara majlis dalam program yang berlangsung selama 2 hari bermula 9-10 Julai 2020 bersama penceramah jemputan Puan Khalipah Mastura bt Khalid dari Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah. Santai namun banyak perkongsian. Memang seorang insan yang hebat sesuai dengan status sebagai Pensyarah Cemerlang. Beliau berkongsi pengalaman selama ini sebagai seorang guru cemerlang di sekolah hingga kini sebagai seorang pensyarah bahasa inggeris yang cemerlang. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Beliau telah berkongsi teknik dan juga persiapan dari sudut sistem fail sebelum permohonan dilakukan. Puan Khalipah Mastura yang dijemput khas atas inisiatif Tuan Pengarah yang ingin melihat ramai dikalangan tenaga pendidik di Kolej Matrikulasi Pahang menyahut cabaran untuk menjadi seorang pensyarah cemerlang. Ini kerana ruang dan peluang yang ada begitu terbuka luas.
Wednesday, July 1, 2020

Kembali semula bertugas dalam norma baharu setelah wabak Covid 19 melanda negara sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimulakan pada 18 Mac 2020 hingga kini....Keadaan yang cukup memeritkan dan memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia. Berapa ramai yang hilang pekerjaan disebabkan oleh penutupan banyak sektor pekerjaan. Kerajaan teroaksa melakukan sesuatu demi kelangsungan hidup rakyat keseluruhannya.
#kitajagakita






















