Thursday, February 11, 2021

Kumpulan Sajak : Salam Buat Sahabat - sekadar koleksi peribadi



Alhamdulillah syukur kerana penat lelah mengumpul dan menyusun tulisan sajak yang terdapat di diari peribadi selesai juga akhirnya pada penghujung November 2020. Karya yang sempat aku catatkan dengan pen dihelaian muka surat kertas diari lama memapar pengalaman sepanjang 1990 - 2017. Di dalam terhampar cerita suka duka, gembira dan air mata pengalaman selama ini.

Cetusan idea hendak membukukan karya kecilku ini tercetus ketika melalui Perintah Kawalan Pergerakan Covid 19 berlangsung.

Namun setelah siap untuk dibukukan pelbagai rintangan berkaitan percetakan pula terpaksa ditempuhi. Apapun syukur akhirnya awal Januari 2021 karya ku yang berjudul Kumpulan Sajak Salam Buat Sahabat diabadikan ke dalam sebuah buku. Sekadar tanda minat terhadap kesusasteraan melayu khususnya penulisan puisi maka terhasillah karya penulisan yang mungkin tarafnya sekadar hingusan.

Tuesday, October 20, 2020

Webinar PSR:Sejarah Rakyat

 



Terdapat beberapa pendekatan kajian sejarah yang digunapakai oleh ahli-ahli akademik dan sejarawan. Namun, sejarah rakyat sebagai satu pendekatan tidak popular di Malaysia. Apakah itu sejarah rakyat dan bagaimana cara mendapatkannya? Bagaimana juga cara menafsirkannya? Ikuti webinar kami bersama intelektual tersohor dan penulis buku 'Sejarah Rakyat Malaysia: Khususnya Perkembangan Nasionalisme' (2017) dan terjemahannya dalam Bahasa Inggeris 'A People's History of Malaysia: with Emphasis on the Development of Nationalism' (2018). Dengan komentar daripada Prof. Jomo Kwame Sundaram setelah syarahan beliau, dan sesi soal jawab bersama kedua-kedua profesor tersebut.


Pembicara:

Prof. Dr. Syed Husin Ali 

Masa: 

8:00 hingga 9:00 malam

Tempat:

Google Meet (anda akan menerima undangan kepada pautan Google Meet secara emel setelah pendaftaran ini)

Aturcara:

07:50 PM - Kemasukan tetamu ke bilik webinar

08:00 PM - Pengenalan oleh moderator

08:05 PM - Syarahan daripada Prof. Dr. Syed Husin Ali: Apa itu Sejarah Rakyat?

08:25 PM - Komentar oleh Prof. Jomo Kwame Sundaram

08:35 PM - Soal jawab

08:55 PM - Penutup

09:00 PM - Selesai

Tuesday, September 15, 2020

Kolaborasi Pra U


SMK Astana telah mengadakan lawatan penanda aras ke Kolej Matrikulasi Pahang pada 14 Sept 2020 bagi memastikan kesiapsiagaan mereka ke arah menjadi Kolej Ting 6 sepenuhnya 2022/2023. Delegasi SMK Astana seramai 7 orang diterajui oleh Pn Hjh Shabariah Mohamed Zakwan, Pengetua SMKA. Kolej Matrikulasi Pahang pula diketuai oleh En Mohd Mahyuddin Mohd Noordin, Timbalan Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang. Perkongsian maklumat berkaitan kemudahan yang terdapat di Kolej Matrikulasi Pahang telah disampaikan oleh Ketua Jabatan Matematik. Delegasi ini kemudiannya dibawa melawat keseluruh kawasan kolej meliputi Pusat Sumber, Makmal Sains, Makmal Bahasa, Pusat Pelajar dan bilik kuliah. Semoga perkongsian ini memberi inspirasi kepada pengurusan SMK Astana untuk merancang sesuatu yang terbaik.







Bicara Kenegaraan

BICARA CENDIKIAWAN MULIA UMP SIRI KE 10. 

UMP kampus Pekan....bersama menimba ilmu drp pakar perlembagaan negara Prof Shamrahayu Abd Aziz...'Perlembagaan Malaysia bercambah dari bumi & bukan turun dr langit.

Turut bersama hadir Naib Cancelor UMP,Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang Tuan Ahmad Tajuddin Gezai,Ustaz Ubaidillah Abd Latif,En Nasrul Isyam Abdul Hamid,En Onn Ibrahim Othman,Pn Faralisa Abu Samah,Pn Siti Aisyah.









Sunday, August 30, 2020

Coretan Rasa Wargasetia

CORETAN RASA WARGASETIA


Kulewati sebuah daerah

Sejarah silamnya dijajah

Petualang ada dimana

Watan bukan pasrah

Juang keringat parah

Titisan darah merah


Ayuh Anak Merdeka

Utuh bebas bukan mudah

Daulatkan persada indah

Biar Negara kita sejahtera


Anakku celiklah sejarah

Biar hadam erti merdeka sebenar


cikguamat71

31Ogos2020

MENJIWAI MATRIKULASI DARI SUDUT PERLEMBAGAAN

BICARA KENEGARAAN : 

MENJIWAI MATRIKULASI DARI SUDUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN  

28 OGOS 2020 Diamanahkan untuk menyampaikan ceramah ringkas sempena bulan kemerdekaan untuk warga Kolej Matrikulasi Pahang. Pentingnya kita sebagai rakyat Malaysia untuk tahu & faham tentang sejarah negara. Fokus utama ceramah santai pada hari itu adalah menarik perhatian seluruh warga bersama memartabatkan Program Matrikulasi. Sebuah program khas yang diwujudkan untuk kelansungan pelajar terutama golongan bumiputera menyambung pelajaran di bidang sains dan profesional di universiti awam. Penjawat awam seharusnya bersyukur dengan anugerah sebagai penjawat awam yang bertugas di dalam Program Matrikulasi dengan mendapat kenaikan ' fast track' dalam perjawatan. Cukup istimewa

 'DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG'


turut bersama Ustaz Ubaidillah Abdul Latif 
& En Nasrul Isyam Abdul Hamid

En Mohd Izham Zakaria tekun mendengar pencerahan.

Ustaz Hasrol Che Hussin meneliti setiap bait fakta sejarah yang dilontarkan penceramah.



Tuesday, August 11, 2020

 YB CIKGU MUSLIMIN YAHAYA 

MELAWAT KOLEJ MATRIKULASI PAHANG

04 OGOS 2020 mencatat sejarah buat Kolej Matrikulasi Pahang apabila menerima kunjungan YB Muslimin merangkap Timbalan Menteri Pendidikan II. Kunjungan tersebut juga bertepatan dengan Hari Pendaftaran bagi  pelajar baharu untuk sesi 2020/2021. Antara lain lawatan tersebut berfokus kepada kepatuhan pihak kolej terhadap SOP pasca Covid 19 agar terlaksana.




En Mohd Arif Adam selaku Ketua Jabatan Sains sedang memberikan taklimat kepada YB Muslimin berkaitan SOP di makmal sains


YB Cikgu Muslimin juga sempat beramah mesra bersama pelajar-pelajar baharu Kolej Matrikulasi Pahang dengan memberi motivasi agar warga pendidik menyantuni pelajar demi kelangsungan masa depan mereka. Turut bersama dalam lawatan tersebut adalah Pengarah Pendidikan Negeri Pahang Tn Hj Zaimi Abu Bakar & Timbalan Pengarah BMKPM En Hasanuddin Yahaya. Sebagai tuan rumah Tuan Ahmad Tajuddin Gezai selaku Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang turut mengiringi lawatan YB tersebut bagi memberi gambaran situasi kolej yang terkini.