Tuesday, April 27, 2021

ANTOLOGI PANTUN : SUARA GENERASI

KOLABORASI 20 ORANG PELAJAR YANG AKAN MENAMATKAN PENGAJIAN


Alhamdulillah kerana sempat menyelenggarakan sebuah Antologi Pantun terbitan GRUPEMUISI KMPh. Ma 2021 menjadi bukti lahirnya karya kedua daripada GRUPEMUISI KMPh.

Sekalung tahniah kepada 20 orang pelajar yang terlibat menampilkan karya pantun masing-masing mewarnai dunia kesusasteraan melayu. Di dalam antologi ini terdapat 240 rangkap pantun ciptaan para pelajar. Tahniah juga kerana pada merekalah warisan ini diteruskan untuk bersaing dengan badai bahasa di dunia yang semakin mencabar.

Naskhah ini juga merupakan kenangan kepada mereka sepanjang mengabadikan diri sebagai pelajar di Kolej Matrikulasi Pahang. Mungkin kenangan ini amat besar maknanya bagi saya dan 20 pelajar tersebut.


Thursday, April 22, 2021

 PENUBUHAN KELAB PEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG

(GRUPEMUISI KMPh)


Alhamdulillah...Tanggal 17 Mac 2021 mencatat sejarah perjuangan puisi bangsa...Secara rasmi tertubuhnya KELAB PEMUISI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG(Grupemuisi KMPh) & pelancaran ANTOLOGI PUISI ' DI BAWAH AWAN PERJUANGAN' terbitan Grupemusi KMPh hasil kolaborasi karya pensyarah2 & pelajar2

Antara pensyarah yang terlibat adalah En Muhamad Izham Zakaria, En Nasrul Isyam Abdul Hamid, Dr. Saiful Anuar Alias dan saya sendiri.

Warisan puisi Melayu juga perlu diperkasakan dan ditebarkan kepada jiwa anak-anak muda...Kerna di balik wajah puisi tersebut pasti ada pengalaman yang mematangkan....Di situ juga ada nilai kelembutan....Generasi muda inilah pucuk kan menjadi daun menyuburkan puisi dipersada masyarakat..

Terima kasih Tuan Ahmad Tajuddin Gezai (Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang) dan En Mohd Muhamad Izham Zakaria (Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas & Sains Sosial yang menyokong usaha ini



Sunday, April 18, 2021

PENGALAMAN MEMAYUNG HIDUP

 


Kenangan 5 April 2012. Satu daripada perjalanan pengalaman aku sebagai pendidik. Tika ini aku bertugas di Unit Akademik Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan. Memantau perjalanan urusan di sekolah adalah merupakan salah satu tugas yang diamanahkan. Di atas adalah kenangan ketika memantau perlaksanaan ujian saringan bagi Program LINUS NKRA bagi pelajar Tahun 3 di SK Sungai Soi,Kuantan. 

Pengalaman itu cukup memberi aku memahami denyut nadi warga pendidik terutama apabila berlakunya pemantauan oleh pihak atasan. Ada yang yang mengalu-alukan, ada yang terpaksa, ada yang cemas, ada yang bersikap terbuka, ada yang melahirkan banyak kekurangan yang perlu dicari cara penyelesaiannya. Yang penting setiap dariapada kita tahu akan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan sistem pendidikan di negara kita berada pada landasan yang terbaik.

Monday, March 8, 2021

 HADIAH: KUMPULAN SAJAK 

'SALAM BUAT SAHABAT

Hari ini bertemu bekas pelajar semester lepas bertanya khabar dan bercerita tentang pengalaman mereka belajar ketika era pandemik. Disamping itu sempat menyampaikan cenderahati buat NurFatehah Nasrun (TEHA NASRUN) berupa sebuah karya tulisan suka-suka saya Kumpulan Sajak ' SALAM BUAT SAHABAT'tanda terima kasih kepada Teha yang telah mereka logo untuk GRUPEMUISI Kolej Matrikulasi Pahang.

bersama bekas pelajar di Info Center KMPh


Sunday, March 7, 2021

 DI PENGHUJUNG PERHIDMATAN : ZAKARIA BIN JADI

Tuan Zakaria bin Jadi menamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awam pada 5 Mac 2021.Jawatan terakhir beliau sebagai Pengarah Kolej Matrikulasi Selangor. Sebelum itu beliau juga pernah menjadi Pengarah Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor dan Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang. Pernah berkhidmat bersama di Kolej Matrikulasi Pahang. Ketika itu beliau adalah sebagai Timbalan Pengarah.

Banyak pengalaman dikutip ketika sempat berkhidmat bersama terutama perkara berkaitan Pengurusan Hal Ehwal Pelajar sekitar 2014-2015 kerana beliau juga adalah merupakan bekas Pen. Pengarah HEP suatu ketika dahulu. Antaranya pasti yang menjadi pengalaman hidup adalah menangani disiplin pelajar melalui Akta 174.

Seorang pentadbir yang begitu cakna kepada disiplin pelajar. Sering bersama mengadakan sporcheck ke kolej kediaman bagi memastikan masalah ponteng kelas dapat disifarkan.

Karekter dan Jasamu pasti dirindui.

SELAMAT BERSARA TUAN


Sambutan KAKOM 2015

Kem Bina Negara, Maran...Program Transformasi Pelajar

Bengkel PRS


Thursday, March 4, 2021

 37 TAHUN MENGABDIKAN DIRI

CHEONG LAI WAH nama besar di Kolej Matrikulasi Pahang yang merupakan pensyarah kanan di Unit Bahasa Inggeris menamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awam pada tarikh 3 Mac 2021 yang lalu. Pengalaman sebagai seorang pendidik selama 37 tahun cukup bewarna-warni. Penuh dengan pengalaman. Sesuai dengan ucapan beliau ketika majlis persaraan, pengalaman itulah yang menyebabkan beliau terus bersemangat untuk meneruskan perjuangan dibidang pendidikan sehingga ke penghujung usia dalam perkhidmatan awam iaitu 60 tahun.

Berpengalaman sebagai seorang guru lepasan Sijil Perguruan dan mengajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Pangkalan Tentera, Kuantan. Pernah juga berkhidmat di SMK Seri Mahkota. Noktah perkhidmatannya adalah di Kolej Matrikulasi Pahang iaitu selama 17 tahun.

Dari keluarga  yang susah dari pekan Sungai Lembing . Beliau pernah menyambung pendidikan di United Kingdom.

Beliau adalah merupakan panel ketika saya menghadiri temu duga dalam permohonan untuk menjadi pensyarah di Kolej Matrikulasi pada tahun 2012.

SELAMAT BERSARA MISS CHEONG






Monday, February 22, 2021

 21.02.2021 BANDARAYA KUANTAN


Pada tanggal 21 Februari 2021 maka secara rasminya bandar Kuantan telah diistiharkan sebagai sebuah bandaraya. Sebuah bandar yang terletak di tepi Sungai Kuantan adalah merupakan ibu negeri kepada negeri Pahang yang merupakan negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia.

Majlis Pemasyhuran Bandaraya Kuantan bakal disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Turut dijadualkan berangkat, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pengisytiharan itu turut menyaksikan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan, Datuk Hamdan Hussin dilantik sebagai Datuk Bandar Kuantan pertama.



Melalui majlis ini juga, turut diadakan Pelancaran Menara 188 yang menjadi mercu tanda baharu di Pantai Timur serta pelancaran jambatan baru dari Tanjung Lumpur ke Kemunting yang merentasi Sungai Kuantan.