Sunday, May 29, 2016

MINI KONVENSYEN 
PROFESIONAL LEARNING COMITTEE (PLC) 
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG 2016

Program ini telah berlangsung selama 2 hari bermula 26 hingga 27 May 2016. Disertai oleh semua unit. Barisan juri pula terdiri daripada semua Ketua Jabatan dan juga 5 orang Pensyarah Kanan.

Kelihatan pensyarah-pensyarah Jabatan Sastera Iktisas yang diketuai oleh Ustaz Ismail Jusoh (Unit Pend Islam) bersama En Nik Abd Rahman Nik Kasim (Unit Kemahiran Dinamika), En Azharuddin Mamat (Unit Perakaunan), En Abd Hafiz(Unit Perakaunan) , En Asfarizal Aziz (Unit Kemahiran Dinamika), En Nasrul Isyam Abd Hamid (Unit Kemahiran Dinamika) dan En Ahmad Noh (Unit Kemahiran Dinamika) selepas sesi pendaftaran program pada hari pertama.

pembentangan oleh wakil unit sedang berlangsung


 




Wednesday, May 25, 2016

Monday, May 23, 2016

 بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

PONTIAN : PENGHUJUNG BENUA ASIA

Pintu gerbang menuju ke Mini Stadium Pontian


Kelihatan Masjid Bandar Pontian yang terletak berhampiran kawasan tersebut.


Dataran Pontian yang terletak di persisiran Selat Melaka. Kelihatan juga Menara jam yang menjadi identiti bagi setiap bandar di Negeri Johor.

Sempat mengambil foto di sekitar Bandar Pontian, Johor  ketika pulang ke kampung. LDaerah yang terkenal sebagai Penghujung Benua Asia dan kawasan pengeluaran nenas.

Saturday, May 21, 2016

TAMAN TERUNTUM / MINI ZOO TERUNTUM KUANTAN


Lokasi kunjungan keluarga di hujung minggu. Terletak tidak jauh dari pusat bandar Kuantan. Berhampiran dengan pantai peranginan popular Teluk Chempedak (TC).

Persekitarannya terdapat mini zoo, taman permainan, aktiviti berkuda dan gerai makanan. Anak anda pasti teruja bila berada di sana dengan dihembusi angin sepoi bahasa dari pantai Kuala Tembeling.

Kelihatan juga dihadapan lokasi ini adalah Kelab Golf Di Raja Pahang.

Tuesday, May 17, 2016

UTC KUANTAN : pusat segala perkhidmatan

Bersama Dr Abd Halim Mat Desa saya mengunjungi UTC Kuantan pada 18.5.2016 lalu yang terletak berhampiran dengan Stadium Darul Makmur. Tujuannya untuk menyelesaikan segala urusan berkaitan dengan perkhidmatan Telefon di TELEKOM dan urusan perkhidmatan bekalan elektrik di Tenaga Nasional Berhad sebelum beliau bertolak untuk berpindah ke Labuan.

Satu tempat yang menawarkan pelbagai perkhidmatan sememangnya sangat membantu bagi mereka yang begitu kesuntukan masa.

Monday, May 16, 2016

SELAMAT HARI GURU 2016 : 
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA





Namun semua perlu ingat bahawa semua dikalangan kita adalah guru terutama untuk anak-anak, adik-beradik @ pun saudara-mara.

KELEBIHAN BULAN SYAABAN