Tuesday, November 29, 2016
Tuesday, November 22, 2016
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
TAKLIMAT
MEMBUDAYAKAN ISO MS ISO 9001:2008 UNTUK WARGA BARU
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG 2016
Sempena kemasukan beberapa orang staf baru pihak kolej telah melaksanakan satu taklimat ISO MS ISO 9001:2008. Saya telah diamanahkan untuk menyampaikan satu slot dalam sesi taklimat tersebut bagi berkongsi maklumat dan pengalaman. Semoga apa yang telah disampaikan akan dapat memberi ilmu yang bermanafaat buat semua peserta yang terdiri daripada pensyarah dan kakitangan sokongan. Turut hadir bersama adalah En Hasanuddin Yahaya, Timbalan Pengarah KMPh, Pn Norhaida Yahaya, Penyelaras ISO KMPh dan Pn Nor Ezah Jamaluddin, Ketua Audit Dalam KMPh.
Monday, November 21, 2016
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
BERUSAHA.. NAMUN ALLAH PENYEMBUHKUKarya Ustaz Sharhan Shafie ini menjelaskan dalam menghadapi sebarang masalah kehidupan seharian, wahyu-wahyu Allah swt yang cukup hebat merupakan ubat kepada kita hambanya. Tiada tempat lain untuk kita mengadu selain daripada Allah swt. Jangan mengambil jalan pintas dengan menggunakan kaedah bomoh. Di dalam buku ini banyak diberikan ayat-ayat Al Quran yang sesuai untuk diamalkan bagi mengatasi sebarang permasalahan yang semuanya merupakan ujian.
Tuesday, November 15, 2016
TERIMA KASIH GPMS
Cenderahati daripada GPMS Pahang sempena Program Bicara Kenegaraan 22 Oktober 2016 lalu di Kolej Yayasan Pahang. Sebuah karya yang ditulis berdasarkan pengalaman hidup yang juga turut dimuatkan dalam blog si penulis. Bahan bacaan yang dapat memberi nilai tambah dalam pengalaman hidup.
Friday, November 11, 2016
POSTER
KELUARAN BAHAN FILATELI
POS MALAYSIA 2016
Bagi peminat bahan filateli pastinya poster-poster ini ditunggu-tunggu bagi mereka mendapatkan pelbagai bahan filateli keluaran POS Malaysia seperti setem khas, sampul surat hari pertama (FDC), folder dan miniature. Maka pejabat pos merupakan lokasi wajib untuk membeli bahan tersebut. Sesungguhnya hanya 'JAUHARI YANG MENGENAL MANIKAM'



Tuesday, November 8, 2016
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
TELUK CHEMPEDAK :
LOKASI ISTIMEWA BILA KE KUANTAN
Kesempatan berhujung minggu bersuami keluarga ke Pantai Teluk Chempedak sempena cuti Depavali. Adik merenget untuk dibelikan cecair belon walaupun usia dah 10 tahun hehehe....Begitu ramai pengunjung sama ada yang seronok di tepi pantai, ada juga yang asyik mengunjungi gerai yang banyak terdapat. Macam-macam produk ada dijual.
Ibu dan kakak sempat pula membeli 'chicken cop' untuk di bawa pulang.Walaupun ramai orang beatur panjang namun kakak tetap setia menanti.
Dalam perjalanan hendak ke kereta kami dan orang lain 'diserbu' oleh monyek liar yang begitu banyak berkeliaran. Mungkin haiwan itu kelaparan.Kelihatan Angah laju je berjalan takut dikejar monyet.
suasana di sekitar kawasan
pejalan kaki dan ruang niaga
Subscribe to:
Posts (Atom)


















