Wednesday, April 15, 2020

BERTEMU BEKAS PELAJARKU 
TENGKU HASANAL

Pada tanggal  22.02.2020 dalam sibuk bertugas untuk mempromosikan Program Matrikulasi aku begitu teruja dapat bertemu semula dengan bekas pelajarku pada 2005 di SK St Thomas, Kuantan.Setelah 15 tahun aku dapat bertentang mata semula dengan Tuanku yang kini tokoh yang mendapat perhatian masyarakat terutama bagi rakyat negeri Pahang. Dulu hari2 jumpa Tuanku di sekolah.....

"Assalamualaikum, Tengku.....Saya Cikgu Ahmad"

"Oooo....cikgu matematik saya dulukan....."

                 


DAULAT TUANKU

Tuesday, March 3, 2020

JOM MASUK IPT 2020 ZON TIMUR

Bertempat di Universiti Malaysia Pahang Kampus Gambang telah diadakan program ini bermula 21-23 Feb 2020. Kolej Matrikulasi Pahang telah dipilih bagi mewakili Bahagian Matrikulasi KPM. Grup KMPh melibatkan petugas yang terdiri daripada wakil pengurusan, pensyarah dan para pelajar. Pensyarah yang terlibat juga melibatkan mereka yang pernah menuntut suatu ketika dulu dalam Program Matrikulasi. Pensyarah ini kemudiannya telah mengikuti Program Pelajar Cemerlang (PPC) untuk keluar negara dan kembali semula ke negara sebagai tenaga pengajar di kolej matrikulasi seluruh negara.

Booth Matrikulasi dikunjungi oleh pelajar bersama ibu bapa dari seluruh Pahang, Kuala Lumpur dan juga Terengganu. Semoga Program Matrikulasi terus relevan di persada pendidikan negara terutama untuk elangsungan pendidikan golongan bumiputera.


Turut bersama Padilah Abu Bakar untuk membuat persiapan awal



Pensyarah muda Siti Nur Amira turut main peranan


bersama dengan TNC UMP pada hari penutup

En Mohd Azeli Abdul Latif bersama pegawai dari BMKPM

Otai masih berbisa.......
Ustaz Mohd Norazmi Taib memberi penerangan kepada pelajar yang berminat



Tuesday, February 18, 2020

#MatrikulasiDiHatiku
hari bersama 
Tuan Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Pelajar BMKPM 
Tn Hj Mohd Kassim Jaafar


Di IAB Kampus Genting Highlands 11 hingga 13 Februari 2020 bertungkus lumus kami dikalangan Penyelaras Promosi 15 Kolej Matrikulasi seluruh negara bersama pegawai Bahagian Matrikulasi KPM untuk mencambah idea, mencari dan menghasilkan sesuatu yang terbaik bagi memperkasakan jenama Program Matrikulasi di persada pendidikan negara. Gembeling tenaga dan idea kami ini diharapkan dapat memberikan anjakan agar Program Matrikulasi menjadi pilihsn pelajar2 lepasan SPM. Perjuangan yang sememangnya perlu diteruskan bukan hanya oleh segelintir insan ini namun oleh seluruh warga Matrikulasi tidak kiralah mereka pentadbir, pensyarah, pegawai, kumpulan sokongan, pelajar, alumni dan pekerja swasta.

Beri pilihan yang terbaik kepada para pelajar lepasan SPM untuk memilih institusi pendidikan yang keistimewaan Program Matrikulasi adalah:
- laluan pantas ke universiti (1 tahun)
- bantuan sara hidup pelajar /elaun (RM250 sebulan)
- pengajian percuma
- penginapan percuma dll





Wednesday, January 29, 2020

APA ERTINYA SAYANG
@LOVE

Biasa tak dengan perkataan ni.....SAYANG.....@pun LOVE......takkan tak pernah. Pasti sebahagian besar daripada manusia suka dengan perkataan ini...walaupun istilah ini sukar untuk ditafsirkan secara jelas, namun manusia pasti suka sesuatu yang menggembirakan.
Image result for logo sayang SAYANG pada Allah
SAYANG pada Nabi
SAYANG pada diri
SAYANG pada ibu & bapa
SAYANG pada adik beradik dll

Indah hidup ini jika ada SAYANG. Tanpa sayang rasa hambar hidup ini. Contohnya tiada rasa sayang antara ibu bapa dan anak-anak. Nampak seperti mustahil berlaku...namun hakikat sebenarnya dalam kehidupan memang wujud tiadanya kasih sayang antara ibu bapa dan anak atau sebaliknya. Lihatlah isu pembuangan bayi. Lihat pula isu anak2 menghantar ibu bapa yang telah uzur ke rumah orang tua.

Sebab itu SAYANG ini perlu dipupuk supaya ianya terus mekar menggembirakan semua pihak. Ingat....jangan sampai meletakkan sayang ditempat yang salah

Saturday, January 18, 2020

KOLABORASI 
MAJLIS KESELAMATAN NEGARA & KOLEJ MATRIKULASI PAHANG

18 Jan 2020 mencatat lagi satu sejarah apabila Majlis Keselamatan Negara telah bekerjasama dgn Unit Pengajian Am Matrikulasi & Jk Keselamatan  Kolej Matrikulasi Pahang. Program Kesedaran Keselamatan Negara ini adalah perkongsian ilmu-ilmu berkaitan perpaduan dan keselamatan negara. Sesungguhnya kehadiran audien yg terdiri drp staf dan pelajar KMPh yg terdiri daripada kaum daripada kaum melayu,cina,india,asli,siam dan sikh begitu mengujakan. Ilmu kenegaraan perlu dihayati oleh seluruh warganegara tanpa dipengaruhi oleh perbezaan daripada sudut latar kaum,agama,budaya, fahaman politik dsbgnya.

#sayangiMalaysiaku


ASP Mohd Adib Anwar drp IPK Pahang sedang menyampaikan ceramah berkaitan dengan Ancaman Keselamatan Negara


bersama Penyelaras program En Nasrul Isyam Abdul hamid

Dewan kuliah dipenuhi pelajar yang begitu tekun menimba ilmu kenegaraan

Kelihatan pelajar saya Syaza Qatrunnida Jamil dan Raja Nur Aisyah Raja Ismail  mengambil tempat di dewan. Turut bersama dalam program  pada hari itu adalah Timbalan Pengarah KMPh En Mohd Mahyuddin Mohd Noordin

Monday, December 16, 2019

Jenama 
UJANG & APO 
kembali semula
Image result for majalah ujang kalender 2020

Masih ingat tak lagi dengan jenama kartun terkenal suatu masa dulu UJANG..Zaman aku belajar lagi ni...

Majalah Ujang ialah majalah kartun humor di Malaysia. Ia lahir setelah pelukis dan kartunis Ibrahim Anon yang lebih dikenali dengan nama penanya Ujang menerbitkan sendiri pada tahun 1993 di bawah syarikat Kharisma Publications, Kuala Lumpur. Majalah Ujang pada awal penerbitannya yang pertama kelihatan sebuah himpunan buku lakaran pelukisnya, dengan lakaran konsep majalah itu untuk isu seterusnya.
Melalui majalah ini, beberapa orang pelukis kartun telah berjaya dikadetkan oleh Ujang dan munculnya beberapa orang kartunis yang menggunakan nama sayur dan buah-buahan seperti petai, kobis bunga, padi, ciku, lengkuas dan lain-lain. Itu uniknya kartunis-kartunis yang berada di bawah satu bumbung Kharisma Publications Sdn Bhd pada waktu itu.
Dengan moto, Majalah Lawak Antarabangsa majalah UJANG berjaya menjadi sebuah majalah humor yang diminati ramai dan watak-watak seperti Mat Despatch, Tok Moh, Pakcik Kordi Dan Lembu Beliau, Katok O katok dan lain-lain lagi. Kartunis Ujang telah menggunakan nama pena itu sejak 20 tahun lalu, sebelum beliau menyertai MOY Publications Sdn Bhd. UJANG berada di bawah MOY setelah Datuk Md Othman Hj Yusof (MOY), bekas penerbit Usop Sontorian memiliki pegangan yang penuh terhadap Kharisma Publications Sdn Bhd. Majalah UJANG diterajui oleh kartunis-kartunis seperti Lengkuas, Nik, Bacang, Bawang, Manggis, Lepat, Ciku, Lalang, Papan, Buloh, Sukun, Bijan dan Qayyum, Aie dan Ubi.
Penerbitan majalah Ujang dan majalah kembarnya, Apo? dihentikan secara rasmi setelah penutupan MOY Publications Sdn Bhd pada 5 Ogos 2015.

TERKINI.........DIA KEMBALI........Apa yang bestnya kali ini, dengan pembelian Bumper New-Stalgia UJANG & APO? korang akan menerima kalendar eksklusif 2020.

Wednesday, December 4, 2019


Image result for batmobile 2019 caltex

TAMBAH KOLEKSI : BATMAN

Sesetengah kolektor tegar sanggup tunggu jam 12.00 tengah malam bagi memiliki koleksi sempena ulang tahun ke 80 tahun adiwira BATMAN.....takut kehabisan sebab bilangannya begitu terhad...bermula 1 November hingga 31 Disember 2019.....Laku keras. Dalam keterujaan para pengumpul itu menyebabkan aku turut terpanggil mengunjungi Stesen Minyak Caltex untuk mendapatkan koleksi ini sebagai kenangan2an.