Monday, March 8, 2021

 HADIAH: KUMPULAN SAJAK 

'SALAM BUAT SAHABAT

Hari ini bertemu bekas pelajar semester lepas bertanya khabar dan bercerita tentang pengalaman mereka belajar ketika era pandemik. Disamping itu sempat menyampaikan cenderahati buat NurFatehah Nasrun (TEHA NASRUN) berupa sebuah karya tulisan suka-suka saya Kumpulan Sajak ' SALAM BUAT SAHABAT'tanda terima kasih kepada Teha yang telah mereka logo untuk GRUPEMUISI Kolej Matrikulasi Pahang.

bersama bekas pelajar di Info Center KMPh


Sunday, March 7, 2021

 DI PENGHUJUNG PERHIDMATAN : ZAKARIA BIN JADI

Tuan Zakaria bin Jadi menamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awam pada 5 Mac 2021.Jawatan terakhir beliau sebagai Pengarah Kolej Matrikulasi Selangor. Sebelum itu beliau juga pernah menjadi Pengarah Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor dan Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang. Pernah berkhidmat bersama di Kolej Matrikulasi Pahang. Ketika itu beliau adalah sebagai Timbalan Pengarah.

Banyak pengalaman dikutip ketika sempat berkhidmat bersama terutama perkara berkaitan Pengurusan Hal Ehwal Pelajar sekitar 2014-2015 kerana beliau juga adalah merupakan bekas Pen. Pengarah HEP suatu ketika dahulu. Antaranya pasti yang menjadi pengalaman hidup adalah menangani disiplin pelajar melalui Akta 174.

Seorang pentadbir yang begitu cakna kepada disiplin pelajar. Sering bersama mengadakan sporcheck ke kolej kediaman bagi memastikan masalah ponteng kelas dapat disifarkan.

Karekter dan Jasamu pasti dirindui.

SELAMAT BERSARA TUAN


Sambutan KAKOM 2015

Kem Bina Negara, Maran...Program Transformasi Pelajar

Bengkel PRS


Thursday, March 4, 2021

 37 TAHUN MENGABDIKAN DIRI

CHEONG LAI WAH nama besar di Kolej Matrikulasi Pahang yang merupakan pensyarah kanan di Unit Bahasa Inggeris menamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awam pada tarikh 3 Mac 2021 yang lalu. Pengalaman sebagai seorang pendidik selama 37 tahun cukup bewarna-warni. Penuh dengan pengalaman. Sesuai dengan ucapan beliau ketika majlis persaraan, pengalaman itulah yang menyebabkan beliau terus bersemangat untuk meneruskan perjuangan dibidang pendidikan sehingga ke penghujung usia dalam perkhidmatan awam iaitu 60 tahun.

Berpengalaman sebagai seorang guru lepasan Sijil Perguruan dan mengajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Pangkalan Tentera, Kuantan. Pernah juga berkhidmat di SMK Seri Mahkota. Noktah perkhidmatannya adalah di Kolej Matrikulasi Pahang iaitu selama 17 tahun.

Dari keluarga  yang susah dari pekan Sungai Lembing . Beliau pernah menyambung pendidikan di United Kingdom.

Beliau adalah merupakan panel ketika saya menghadiri temu duga dalam permohonan untuk menjadi pensyarah di Kolej Matrikulasi pada tahun 2012.

SELAMAT BERSARA MISS CHEONG






Monday, February 22, 2021

 21.02.2021 BANDARAYA KUANTAN


Pada tanggal 21 Februari 2021 maka secara rasminya bandar Kuantan telah diistiharkan sebagai sebuah bandaraya. Sebuah bandar yang terletak di tepi Sungai Kuantan adalah merupakan ibu negeri kepada negeri Pahang yang merupakan negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia.

Majlis Pemasyhuran Bandaraya Kuantan bakal disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Turut dijadualkan berangkat, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pengisytiharan itu turut menyaksikan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan, Datuk Hamdan Hussin dilantik sebagai Datuk Bandar Kuantan pertama.



Melalui majlis ini juga, turut diadakan Pelancaran Menara 188 yang menjadi mercu tanda baharu di Pantai Timur serta pelancaran jambatan baru dari Tanjung Lumpur ke Kemunting yang merentasi Sungai Kuantan.

Thursday, February 18, 2021

 MENYULUH YANG KABUR



Alhamdulillah...selesai juga sesi perkongsian maklumat Program Matrikulasi secara atas talian bersama kaunselor,guru & anak2 pelajar Ting 4 & 5 SMK Lanchang & SMK Paya Pulai,Temerloh

*SULUH YANG KABUR KOLEJ MATRIKULASI*

 Program pencerahan pengajian di Kolej Matrikulasi oleh  *TUAN AHMAD BIN NOH*PENYELARAS JAWATANKUASA HUBUNGAN LUAR & PROMOSI,KOLEJ MATRIKULASI PAHANG.Khas buatmu anak-anak murid *Frontliner SPM 2021 dan Tingkatan 4 2021* ALIRAN SAINS TULEN DAN TEKNIKAL melalui capaian Google Meet.

*Tarikh : 19 Februari 2021**Hari : Jumaat**Masa : 9.00 pagi*

Link akan diberikan 30 minit sebelum taklimat bermula.


Turut sama memberi penerangan En Asnirul Azrulhaini Ahmad, Pensyarah Kokurikulum Kolej Matrikulasi Pahang yg menjelaskan tentang keistimewaan program matrikulasi, 10% markah koku & karnival pendidikan.


Sesi soal jawab antara guru dan pegawai kmph berkaitan tentang jurusan.


BICARA MATRIKULASI BERSAMA ANAK-ANAK BUMI DARUL IMAN

Terbang helang di waktu petang
Hinggap tinggi di atas dahan
Peluang pendidikan luas terbentang
Jadikan Matrikulasi program pilihan

Alhamdulillah...17/2/2021 berkongsi lagi ruang & peluang pendidikan Program Mattikulasi KPM: Peluang Pendidikan untuk pelajar lepasan SPM2020 bersama kaunselor2,guru2 & anak2 pel :
SMK Kijal,SMK Kerteh & SMK Geliga,Kemaman

Dalam sesi tersebut saya sempat menekankan kepada pelajar berkaitan keistimewaan Program Matrikulasi



Diselit kisah benar pencetus motivasi buat semua pelajar disampaikan cikgu Nur Fadilah Zulkiefli ( bekas pelajar program matrikulasi - kini pensyarah kimia di KMPh). Nur Fadilah pernah menuntut di Universiti Manchaster, United Kingdom...semoga bermanfaat




#JomMasukMatrik 
#matrikpilihanno1 
#jkpromosikolejmatrikulasipahang



 

Wednesday, February 17, 2021

MENYEMAI JIWA MATRIKULASI ATAS TALIAN BERSAMA ANAK2 SMK GELIGA,KEMAMAN



Alhamdulillah...16/02/2021 sempat berkongsi JIWA MATRIKULASI dgn Pengetua,kaunselor dan pelajar SMK Geliga,Kemaman utk taklimat Program Matrikulasi di google meet...Di hadapan anak2 yang akan berjuang menduduki SPM2020 ini aku titipkan semangat supaya berjuang berhabis-habisan agar matlamat untuk mendapat keputusan cemerlang tercapai. Sesungguhnya calon ini cukup tercabar persiapannya utk hadapi peperiksaan. Gunakan ruang & peluang yg ada nanti utk menyambung pengajian di Program Matrikulasi yg sedia membela nasib golongan bumiputera.

Terima kasih kpd cikgu Siti Nurul Amirah Ishak yg turut sama bercerita pengalaman & budaya sebagai pelajar cemerlang matrikulasi suatu ketika dulu ( kini merupakan pensyarah matematik di Kolej Matrikulasi Pahang)

#JomMasukMatrik

 #matrikpilihanno1 #jkpromosikolejmatrikulasipahang