بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Pagi-pagi lagi ibu bapa/penjaga mulai sibuk menguruskan anak masing-masing untuk ke sekolah setelah hampir 2 bulan bercuti.Memang sukar nak mengubah gaya hidup mereka berbanding semasa cuti.Masa cuti nak bangun pagi pun memang liat.Bangunpun sebab terpaksa solat subuh.
Kebetulan bagiku dan isteri tahun ini taklah sesibuk mana di awal pagi berbanding tahun sebelumnya kerana seorang PUTERIKU tinggal di asrama dan 2 orang lagi bersekolah pada sesi petang.Hanya si adik perlu ke kelas SAR/KAFA bermula pukul 8 pagi.
Namun apa yang boleh dikongsi bersama adalah:
1. Perbelanjaan persediaan awal persekolahan-semua sedia maklum bahawa perbelanjaan bagi persediaan persekolahan amatlah tinggi.Untuk seorang anak sahaja sekurang-kurangnya RM400 perlu disediakan ibu bapa.bagi memastikan semua berjalan lancar dan tidak ganggu.Bagaimana bagi mereka dari golongan berpendapatan rendah.Pasti ini satu bebanan yang amat berat.Tambahan lagi bilangan anak mereka 4,5 @ 6 orang yang bersekolah.Kita yang dalam kumpulan sederhana pendapatan pun mengeluh.Ditambah lagi dengan golongan yang menjadi mangsa banjir baru-baru ini.
2. Peraturan lalu lintas sekolah - setiap sekolah mempunyai peraturan terutama yang tidak membenarkan kenderaan ibu bapa memasuki kawasan sekolah sesuka hati.Rasionalnya adalah berkaitan faktor keselamatan anak-anak kita juga bagi mengelak berlakunya perkara yang tidak diingini.Kita lihat peraturan ini terpakai tanpa mengira latar belakang ibu bapa.Tak kiralah ibu bapa pakai kereta besar ataupun kecil.Seharusnyaibu bapa memahami kerana di depan tuhan pun kita tiada bezanya.Janganlah darjat dijadikan ukuran untuk kita mengambil kesempatan memudahkan urusan kita sedangkan orang lain menghadapi kesulitan.
Muhasabah diri :
kita ini bersaudara dan pastikan kita tidak mementingkan diri kita sendiri
No comments:
Post a Comment