Sunday, April 20, 2014

KURSUS PEMANTAPAN PROTOKOL
KMPh 2014 DI UNIT PROTOKOL JPM PUTRAJAYA
16 APRIL 2014
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Melibatkan semua Ahli Jawatankuasa Protokol KMPh 2014.Rombongan diketuai oleh Puan Yuniza bt Mohamed (Ketua Jabatan Sains).Program ini adalah inisiatif Penyelaras JK Protokol iaitu Puan Norhaida bt Yahaya. 






Saturday, April 12, 2014

nostalgia terindah

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ



terima kasih kerana mengingati cikgu....teruskan perjuangan sebagai seorang pelajar hingga mampu membahagiakan diri, kedua ibu bapa,keluarga dan orang disekeliling kita.

......tanggal 30 April 2014 ini maka berakhirlah perjuangan anda di KMPh sesi 2013/2014...................cabaran yang bakal menanti di luar mungkin lebih hebat....bersedialah.....yang penting jangan lupakan TUHAN

Friday, April 11, 2014

7K ?

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


7K yang perlu ada pada seorang suami untuk disenangi oleh seorang isteri
1. kasih-memperlihatkan sayang
2. kisah-sentiasa mengambil berat
3. kompromi-bertolak ansur
4. karismatik-konsisten buat keputusan
5. kelakar-menceriakan hubungan
6. kuat-zahir dan batin
 7. kaya-mampu membeli sesuatu yg  dihajati pasangan

Wednesday, April 9, 2014

SEMANGAT BERPASUKAN
KURSUS 'TEAM BUILDING' KMPh 2014


بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

*Berlangsung di Pusat Ko KMPh 
pada 4-5/4/2014

*Melibatkan aktiviti LDK,berkayak,explorace,bina dan berakit,memasak










Saturday, April 5, 2014

ANAK KAMPAU              بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ 

Namo wakdan AHMAD BIN NOH.Ayah dan namo eh Noh Haji Abd Rani(ughang golow Pak Daud Tukang),omak pulo Indon Saman(mak ongah Indon).Wakdan adiok beradiok lahir di Kg Batu Tujuoh,Kuantan dan Kg Sri Damai,Kuantan. Kini wakdan masih menotap di Kuantan dengan ughang duma, Azlinawati , ughang Jawa/Bugis dari Pontian,Johor dan tigo ughang anak.

LOGO PERSATUAN ANAK KAMPAU MALAYSIA

LOGO PERSATUAN
"MANO CAMPAK, MANO IDUIK"


Ughang Kampau Pai Ka Pudu

Manggaleh Salai Ikan Sopek

Kalau Awak Basatu Padu

Baghu La Awak Manjadi Kuek



Bilo Awak Ala Kuek

Jan Lupo Untuok Baamal

Kakuatan itu Jadikan Aset
Bapayuong Awak Di bawah IKMAL


Thursday, April 3, 2014

SANTAI TAPI SAMPAI

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


Di dalam aku melayari bahtera perjuangan sebagai seorang pendidik...aku teringat kepada satu kata hikmah yang menarik bagiku iaitu SANTAI TAPI SAMPAI

Ada ketikanya ketika aku mengadakan sesi tutorial untuk subjek ku,aku teringinkan sesi yang santai tanpa terlalu formal.Berlakunya sesi percambahan minda,sumbangsaran disertai humor dan gelak ketawa yang tidak keterlaluan.



Hanya kekadangnya sukar mendidik pelajar sekarang sebegitu kerana sering mengambil kesempatan untuk langsung tidak serius.

Pengakhirannya objektif pelajaran yang hendak diberi tidak sampai 
seperti hanya mencurah air di daun keladi.
Tapi tidaklah semua pelajar sebegitu.

Moga pelajarku faham apa maksudku ketika mendidik.Walaupun santai tapi sampai.Insyaallah

Tuesday, April 1, 2014

MAKSUD JAHIL         
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

     Menurut Ustaz Dr. Mansor Sulaiman(UMP & Timb. Pengerusi MABNA) - Jahil membawa dua maksud iaitu:

1. tidak tahu tentang pengabdian diri kepada Allah s.w.t walaupun mereka dikalangan orang yang bijak pandai dan hebat dalam pelbagai disiplin ilmu.....kisah Nabi Musa dan kaum Bani Israel

2. tidak akur kepada tuntutan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.....kisah Nabi Yusof dipenjara akibat konspirasi

Istilah jahilliyah ini akan terus ada dalam aspek amalan,pemikiran dan sebagainya di dunia Islam moden sekarang