بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Di dalam aku melayari bahtera perjuangan sebagai seorang pendidik...aku teringat kepada satu kata hikmah yang menarik bagiku iaitu SANTAI TAPI SAMPAI
Ada ketikanya ketika aku mengadakan sesi tutorial untuk subjek ku,aku teringinkan sesi yang santai tanpa terlalu formal.Berlakunya sesi percambahan minda,sumbangsaran disertai humor dan gelak ketawa yang tidak keterlaluan.
Hanya kekadangnya sukar mendidik pelajar sekarang sebegitu kerana sering mengambil kesempatan untuk langsung tidak serius.
Pengakhirannya objektif pelajaran yang hendak diberi tidak sampai
seperti hanya mencurah air di daun keladi.
Tapi tidaklah semua pelajar sebegitu.
Moga pelajarku faham apa maksudku ketika mendidik.Walaupun santai tapi sampai.Insyaallah
No comments:
Post a Comment