Marilah kita ambil pemergian Tok Guru Nik Abdul Aziz sebagai kehilangan tokoh seorang ulama' yang dikagumi. Sebagai seorang ahli politik yang luar biasa, jenazahnya telah pun
diiring khalayak dari seluruh pelosok tanah air. Beliau dicintai, bukan
sahaja oleh pengikut-pengikutnya, tapi juga dihormati oleh
musuh-musuhnya. Tok Guru Nik Abdul Aziz, dalam hal ini, adalah seorang tokoh yang inklusif, yang merangkumi sama ada sisi agama dan politik tanah air. Sebagai Mursyidul Am PAS, kehilangan Tok Guru Nik Aziz sudah tentu ditangisi
ahli-ahli PAS. Mereka kehilangan seorang ahli politik yang berkarisma.
Ia memang tidak diragukan, arwah adalah teladan untuk semua yang
bercita-cita menjadi ahli politik unggul.
Tapi, di sebalik itu, mereka yang tidak berparti politik juga
mencintai Tok Guru Nik Abdul Aziz. Dan, ini adalah sebuah terobosan yang menarik
dalam politik di Malaysia. Kerana itu, bagi saya, kehilangan Tok Guru Nik Abdul
Aziz adalah kehilangan buat semua.