بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
9.40 MALAM (KHAMIS) 12.02.2015
NEGARA MENANGIS KEHILANGAN TOKOH ULAMA' BERJASA
TOK GURU DATUK NIK ABD AZIZ NIK MAT
Marilah kita ambil pemergian Tok Guru Nik Abdul Aziz sebagai kehilangan tokoh seorang ulama' yang dikagumi.
Sebagai seorang ahli politik yang luar biasa, jenazahnya telah pun diiring khalayak dari seluruh pelosok tanah air. Beliau dicintai, bukan sahaja oleh pengikut-pengikutnya, tapi juga dihormati oleh musuh-musuhnya.
Tok Guru Nik Abdul Aziz, dalam hal ini, adalah seorang tokoh yang inklusif, yang merangkumi sama ada sisi agama dan politik tanah air.
Sebagai Mursyidul Am PAS, kehilangan Tok Guru Nik Aziz sudah tentu ditangisi ahli-ahli PAS. Mereka kehilangan seorang ahli politik yang berkarisma. Ia memang tidak diragukan, arwah adalah teladan untuk semua yang bercita-cita menjadi ahli politik unggul.
Tapi, di sebalik itu, mereka yang tidak berparti politik juga mencintai Tok Guru Nik Abdul Aziz. Dan, ini adalah sebuah terobosan yang menarik dalam politik di Malaysia. Kerana itu, bagi saya, kehilangan Tok Guru Nik Abdul Aziz adalah kehilangan buat semua.
No comments:
Post a Comment