بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Program kembara bicara siswa bersama
mantan presiden MJPP Matrikulasi pertama
Saudara Abd Kadir Shah
di Dewan Mat Kilau KMPh
pada 10 Oktober 2015
Ucapan selamat datang buat saudara Abd Kadir Shah ke KMPh bagi memberi motivasi buat semua pelajar menjelang peperiksaan akhir semester 1/3
Turut serta pada malam itu Pn Sharifah Badariah, En Abd Halim Mat Desa dan Pn Asma' Ahmad
Sempat bergambar kenang-kenangan Saudara Abd Kadir Shah bersama kepimpinan JPP sesi 2015/2016
Live Update : KMPh (dari fb kadir)
Alhamdulillah selamat tiba di Kolej
Matrikulasi Pahang yang mengambil masa hampir 5 jam perjalanan dari
Kelantan. Pengalaman saya di sini pertama kali saya rasa nervous tahap
gaban sebab pertama kali dalam jelajah matrikulasi tahun ini, saya
berhadapan dengan lebih 2000 pelajar KMPh. Tapi once dapat microphone,
susah nak berhenti bercakap.
Saya
mulakan bicara saya bersama mereka pada malam ini, dengan menekankan
bahawa semua pelajar matrikulasi perlu ada impian dan cita-cita biarpun
impiannya ingin berkahwin. Kerana apa? kerana semua manusia perlu
menjadikan hidup mereka ini berharga dan bermanfaat. Biarpun bergelar
seorang pelajar, namun status tu bukan penghalang untuk dia mengejar
impian yang luar daripada bidang akademik.
Memang lumrah setiap
pelajar menghadap buku hampir setiap masa. Tapi perlunya ada satu cerita
menarik dalam life mereka ini. Hidupkan cerita ini dengan memori indah.
Sebagai manusia, penting untuk kita terokai alam ini dan usahakan untuk
mencari kawan. Susah bersama senang bersama. Inilah yang akan
menghidupkan diari hidup kita. Tapi bukanlah bermaksud kita kena abaikan
belajar.