Tuesday, October 20, 2015

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Program kembara bicara siswa bersama 
mantan presiden MJPP Matrikulasi pertama 
Saudara Abd Kadir Shah 
di Dewan Mat Kilau KMPh 
pada 10 Oktober 2015


Ucapan selamat datang buat saudara Abd Kadir Shah ke KMPh bagi memberi motivasi buat semua pelajar menjelang peperiksaan akhir semester 1/3

Turut serta pada malam itu Pn Sharifah Badariah, En Abd Halim Mat Desa dan Pn Asma' Ahmad

Sempat bergambar kenang-kenangan Saudara Abd Kadir Shah bersama kepimpinan JPP sesi 2015/2016


Live Update : KMPh (dari fb kadir)

Alhamdulillah selamat tiba di Kolej Matrikulasi Pahang yang mengambil masa hampir 5 jam perjalanan dari Kelantan. Pengalaman saya di sini pertama kali saya rasa nervous tahap gaban sebab pertama kali dalam jelajah matrikulasi tahun ini, saya berhadapan dengan lebih 2000 pelajar KMPh. Tapi once dapat microphone, susah nak berhenti bercakap.
Saya mulakan bicara saya bersama mereka pada malam ini, dengan menekankan bahawa semua pelajar matrikulasi perlu ada impian dan cita-cita biarpun impiannya ingin berkahwin. Kerana apa? kerana semua manusia perlu menjadikan hidup mereka ini berharga dan bermanfaat. Biarpun bergelar seorang pelajar, namun status tu bukan penghalang untuk dia mengejar impian yang luar daripada bidang akademik.
Memang lumrah setiap pelajar menghadap buku hampir setiap masa. Tapi perlunya ada satu cerita menarik dalam life mereka ini. Hidupkan cerita ini dengan memori indah. Sebagai manusia, penting untuk kita terokai alam ini dan usahakan untuk mencari kawan. Susah bersama senang bersama. Inilah yang akan menghidupkan diari hidup kita. Tapi bukanlah bermaksud kita kena abaikan belajar.

No comments:

Post a Comment