TAMAN GELORA
Seawal 7.15 pagi 9 MEI 2016 kawasan ini telah dipenuhi oleh masyarakat yang mementingkan kesihatan. Kebetulan pada pagi tersebut aku rasa teringin untuk beriadah dengan berjalan kaki di kawasan tersebut selepas selesai menghantar anakku Ainnur Afzan di SMART.Tambahan aku bercuti pada hari tersebut. Setibanya ternyata kawasan rekreasi itu jadi tumpuan masyarakat sekitarnya untuk senaman pagi. Trek pejalan kaki dipenuhi. Yang seronoknya aku lihat sambil berjalan dan berlari mereka masih sempat bertegur sapa tidak kira dengan siapa. Tapi yang saya rasa pelik apabila melihat majoriti yang hadir adalah masyarakat Cina. Adalah 5% Melayu dan 5% lain-lain.
JOMLAH MASA LAPANG BOLEH KITA KE TAMAN GELORA UNTUK MENGHILANGKAN GELORA DALAM DIRI SELEPAS PENAT BEKERJA
No comments:
Post a Comment