Saturday, July 9, 2016

diari FAMILIKU 
EIDUL FITRI 1437 Hijrah (2016)
Tahun ini seperti biasa aku beraya bersama keluarga di Kampung Api-Api Pontian. Kami bergerak pulang ke kampung sekitar jam 10 pagi Selasa 5 Jun 2016. Segala barangan termasuk kuih-muih raya dan lemang tidak dilupakan. Kami bertolak agak lewat sebab nak hantar Temok dan Mel ke hotel penginapannya di Taman UDA. Namun apabila pergi kami dapati hotel masih tutup walaupun telah berjanji dengan pemiliknya. Hampir satu jam menunggu akhirnya dengan kecewa kami buat keputusan untuk tinggalkan saja kucing kesayangan kami itu di rumah dengan bekalan makanan dan minuman untuk 4 hari.

Alhamdulillah sepanjang perjalanan kami tiada kesesakan lalulintas yang menghalan ke Johor berbanding dari arah selatan nak ke timur. Setiba di Labis kami singgah sebentar di Pejabat Pos Labis untuk mendapatkan cap First Day Cover(FDC) namun hampa sebab kata staf tersebut cap telah dihantar semula. Kami teruskan perjalanan sehingga tiba di Pontian saya mengambil keputusan untuk singgah di Pejabat Pos Pontian pula. Sekali lagi saya hampa sebab terlupa bahawa kebanyakan pejabat beroperasi setengah hari saja. Kami akhirnya tiba di kampung jam 2.45 petang. Alhamdulillah.

Rutinku setiap tahun akan ke Masjid Kg Api-Api untuk solat Isya' dan bertakbir raya. Aktiviti di situ juga adalah majlis tahlil pada malam raya. Pagi raya aku, isteri dan anak-anak akan bersiap untuk bersolat sunat Eidulfitri di masjid sama. Pagi tu hujan turun begitu lebat sekali beserta angin yang kencang. Alhamdulillah kami sekeluarga masih diberi kesempatan untuk bersolat dan mendengar khutbah yang bertajuk 'PERPADUAN UMAT ISLAM'.

Anak bongsuku begitu gembira kerana setiap kali pulang dari solat sunat hari raya dia akan bercerita yang ada orang memberikannya duit raya di masjid. Itulah telatahnya setiap tahun. "Jangan adik pergi solat sebab nak dapat duit raya" pesanku. 

Aktiviti raya pertama kami mulakan dengan berkunjung ke rumah auntie tata di Simpang Renggam. Sedapnya makan nasi beriani gam. Selepas itu ke rumah Pak Wai dan seterusnya ke rumah Pak Non. Pada petang kami sekeluarga bersama mak dan Azmah ke rumah Abang As pula di Taman Srio Aman di Pontian. Dari lepas Asar kami pergi hingga pukul 9 malam baru balik. Raya sakan.

No comments:

Post a Comment