Tuesday, November 8, 2016

 بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

TELUK CHEMPEDAK : 
LOKASI ISTIMEWA BILA KE KUANTAN

Kesempatan berhujung minggu bersuami keluarga ke Pantai Teluk Chempedak sempena cuti Depavali. Adik merenget untuk dibelikan cecair belon walaupun usia dah 10 tahun hehehe....Begitu ramai pengunjung sama ada yang seronok di tepi pantai, ada juga yang asyik mengunjungi gerai yang banyak terdapat. Macam-macam produk ada dijual.

Ibu dan kakak sempat pula membeli 'chicken cop' untuk di bawa pulang.Walaupun ramai orang beatur panjang namun kakak tetap setia menanti.

Dalam perjalanan hendak ke kereta kami dan orang lain 'diserbu' oleh monyek liar yang begitu banyak berkeliaran. Mungkin haiwan itu kelaparan.Kelihatan Angah laju je berjalan takut dikejar monyet.
  



suasana di sekitar kawasan 
pejalan kaki dan ruang niaga

No comments:

Post a Comment