EVOLUSI TELEFON BIMBIT
Sunday, November 26, 2017
Thursday, November 23, 2017
PTPTN:
'PANDAI PINJAM, PANDAILAH BAYAR'
Dah habis belajar jangan lupa bayar hutang ya. Jangan buat2 lupa. Hutang tetap hutang.Kenalah bayar. Kalau kerajaan senarai hitam nama janganlah pula marah. Kan salah sendiri. Kasihan pada adik2 yang nak sambung belajar. Jangan sampai kita menafikan hak mereka yang memerlukannya terutama mereka dari golongan yang susah .
Wednesday, November 22, 2017
Sunday, November 19, 2017
Zainal Abidin Ahmad (16 September 1895 - 23 Oktober 1973), juga dikenali sebagai Zaaba merupakan seorang sasterawan dan pemikir Melayu keturunan Minangkabau yang giat menulis sekitar tahun 1940-an. Berdasarkan pencapaiannya dalam bidang kesusasteraan, beliau merupakan salah seorang budak kampung yang berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang tokoh yang terkemuka dalam sejarah Malaysia.
Beliau merupakan seorang cendekiawan Melayu yang dihormati dan selama hampir 40 tahun, aktif dalam kegiatan penulisan termasuk penterjemahan. Aktiviti beliau juga tertumpu kepada penerbitan buku sekolah dan bacaan umum di Biro Penterjemahan, Maktab Perguruan Sultan Idris.
Untuk menghargai jasa beliau, Zaaba telah dianugerahkan:
- 1956: Gelaran Pendeta Bahasa Melayu di Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga
- 1959: Doktor Persuratan dari Universiti Malaya
- 1973: Ijazah Doktor Kehormat Persuratan dari Universiti Kebangsaan Malaysia
- 1962: Panglima Mangku Negara yang membawa gelaran Tan Sri
SUMBER:WIKIPEDIA
Saturday, November 18, 2017
Sunday, November 12, 2017
HIDUP INI SEPERTI BUAH KELAPA
SEBELUM MENDAPAT SANTANNYA PELBAGAI UJIAN YANG DILALUI. DIKAIT DENGAN GALAH, JATUH KE BUMI, DIKUTIP, DIKUPAS, & DICARIK, DIBELAH DENGAN PARANG, DIPARUT DAN DIPERAH.
BEGITULAH UJIAN DALAM HIDUP KITA. UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN BUKANNYA MUDAH. BANYAK HALANGAN. BANYAK DUGAAN.
Thursday, November 9, 2017
SEJARAH KEPUTUSAN
PILIHANRAYA UMUM(PRU)
NEGARA (1955-1969)
Ringkasan Keputusan Pilihan Raya 1955: Parlimen
Parti | Kerusi | % undi | |
---|---|---|---|
Ditandingi | Dimenangi | ||
Parti Perikatan (Alliance): | 52 | 51 | 79.6 |
Parti Kemerdekaan untuk Malaya (IMP) | 30 | 0 | 7.6 |
Parti Islam SeMalaya (PMIP) | 11 | 1 | 3.9 |
Parti Progresif Perak (PPP) | |||
Parti Kebangsaan Perak | |||
Jumlah besar | 52 | 100.0 |
Ringkasan Keputusan Pilihan Raya 1959: Parlimen
Parti | % undi | Kerusi |
---|---|---|
Parti Perikatan (Alliance): | 51.78 | 74 |
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) | 35.94 | 52 |
Persatuan Cina Malaysia (MCA) | 14.82 | 19 |
Kongres India Se-Malaysia (MIC) | 1.02 | 3 |
Parti Progresif Penduduk (PPP) | 6.30 | 4 |
Parti Islam SeMalaysia (PMIP) | 21.27 | 13 |
Barisan Sosialis | 12.92 | 8 |
Parti Negara | 2.11 | 1 |
Parti Malaya | 0.86 | 1 |
Calon bebas | 4.76 | 3 |
Jumlah besar | 100.0 | 104 |
Ringkasan Keputusan Pilihan Raya 1964: Parlimen
Parti | % undi | Kerusi |
---|---|---|
Parti Perikatan (Alliance): | 58.37 | 89 |
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) | 38.14 | 59 |
Persatuan Cina Malaysia (MCA) | 18.68 | 27 |
Kongres India Se-Malaysia (MIC) | 1.55 | 3 |
Parti Tindakan Demokratik (DAP) | 2.06 | 1 |
Parti Progresif Penduduk (PPP) | 3.65 | 2 |
Parti Islam SeMalaysia (PMIP) | 14.45 | 9 |
Barisan Sosialis | 16.15 | 2 |
Parti Negara | 0.36 | 0 |
UDP | 4.30 | 1 |
Calon bebas | 0.66 | 0 |
Jumlah besar | 100.0 | 104 |
Ringkasan Keputusan Pilihan Raya 1969: Parlimen
Parti | Pecahan % undi | Jumlah % undi | Pecahan Kerusi | Jumlah Kerusi |
---|---|---|---|---|
Parti Perikatan (Alliance): | 48.41 | 66 | ||
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) | 33.67 | 51 | ||
Persatuan Cina Malaysia (MCA) | 13.50 | 13 | ||
Kongres India Se-Malaysia (MIC) | 1.24 | 2 | ||
Parti Tindakan Demokratik (DAP) | 13.73 | 13 | ||
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) | 8.57 | 8 | ||
Parti Progresif Rakyat (PPP) | 3.87 | 4 | ||
Parti Islam SeMalaysia (PMIP) | 23.75 | 12 | ||
Parti Rakyat Malaysia (PRM) | 1.24 | 0 | ||
Calon bebas | 0.34 | 0 | ||
Jumlah besar | 100.0 | 103 |
Tuesday, November 7, 2017
SEJARAH SEKOLAHKU :
SK FAKEH ABD SAMAD,
JLN GAMBANG,KUANTAN
Sekolah ini telah didirikan dalam tahun 1954 dengan nama Sekolah Kebangsaan Batu Lapan,(SKBL), Jalan Gambang Kuantan. Sekolah ini pada mulanya terdiri dari dua blok bangunan satu tingkat. Pada tahun 60 an SKBL adalah satu-satu nya sekolah kebangsaan bagi penduduk disekitar batu 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11 dan 12 Jalan Gambang-Kuantan. Aku mendaftar diri sebagai pelajar Darjah 1 di sekolah tersebut pada tahun 1978. Antara nama guru yang masih aku ingati adalah Cikgu Siti, Cikgu Hadi, Cikgu Samsiah, Cikgu Hamlah, Cikgu Fauzi, Cikgu Latif, Cikgu Tg Toran, Cikgu Rohaya, Cikgu Idris, Cikgu Mokhtar.
Sekolah ini telah meraikan Majlis Jubli Emas pada tahun 1981- ketika itu aku berada di dalam Darjah 4 dan turut terlibat di dalam majlis sambutan.
Sekolah ini telah meraikan Majlis Jubli Emas pada tahun 1981- ketika itu aku berada di dalam Darjah 4 dan turut terlibat di dalam majlis sambutan.
foto sekolah sekarang
Monday, November 6, 2017
Aminuddin Baki
"Bapa Pendidikan Malaysia"
Dilahirkan di sebuah kampung di Chemor, Perak pada 26 Januari 1926, Aminuddin memulakan pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Chemor pada tahun 1932. Selepas lulus peperiksaan darjah lima pada tahun 1936, beliau meneruskan pelajarannya di Sekolah Anderson yang merupakan sekolah Inggeris yang terbaik diIpoh ketika itu. Beliau tamat persekolahan menengahnya pada tahun 1941. Pada sekitar tahun 1945, Aminuddin mula menunjukkan minat dalam persatuan pelajar ketika berasa amat kagum dengan Persatuan Pelajar-pelajar Melayu yang ditubuhkan pada 20 November 1945 di Institusi Victoria, Kuala Lumpur, walaupun persatuan itu hanya mempunyai 11 orang ahli. Persatuan ini kemudian bertukar nama kepada Kesatuan Persuratan Penuntut-penuntut Melayu pada 11 Februari1946, dengan tujuan menyatukan semua persatuan pelajar di Tanah Melayu. Aminuddin dilantik sebagai setiausaha dan kemudian, menubuhkan Persatuan Pelajar-pelajar Melayu Insaf (PERMI) di Perak pada April 1946. Namun begitu penglibatannya hanya sementara kerana pada Oktober 1947, Aminuddin diterima sebagai pelajar di Kolej Raffles, kini merupakan sebahagian Universiti Nasional Singapura sejak 8 Oktober 1949.
Pada masa ini, UMNO yang telah ditubuhkan bagi menentang penubuhan Malayan Union menggalakkan pemimpin-pemimpin persatuan pelajar untuk berusaha ke arah pencapaian matlamat mereka. Oleh itu, Aminuddin dan pemimpin pelajar lain mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah persatuan yang lebih kuat. Tujuh persatuan telah bersidang selama dua hari di Jalan Tambun, Ipoh. Hasil daripada persidangan itu terbentuklah Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada 15 Ogos 1948.
Walau bagaimanapun pada tahun 1949, Aminuddin terpaksa menghentikan kegiatan persatuan pelajarnya kerana ditawarkan ke Universiti Malaya, Singapura. Pada ketika itu, beliau hanya mengikuti perkembangan persatuan dari jauh. Semasa di universiti, Aminuddin berminat mengajar dan untuk menimba pengalaman, beliau mendaftar sebagai guru sambilan di Sekolah Malam Anglo-Melayu. Beliau mengajar di sekolah itu dari tahun 1949 hingga 1951. Pada tahun 1950, beliau bergiat aktif semula dalam GPMS dan dilantik sebagai Yang Dipertua persatuan itu. Dalam tahun yang sama, beliau lulus peperiksaan Sarjana Sastera dan pada tahun berikutnya, memperoleh Ijazah Sarjana Sastera dengan Kepujian.
Ketika berusia 36 tahun, Aminuddin dilantik menjadi Ketua Pegawai Pendidikan Selangor pada 1962, dan pada tahun yang sama menjadi Ketua Penasihat Pendidikan Malaysia (kini dikenali sebagai Ketua Pengarah Pendidikan).Aminuddin Baki meninggal dunia pada 24 Disember 1965 ketika berusia 39 tahun kerana diserang penyakit jantung selepas menunaikan sembahyang.Jawatan terakhir beliau ialah sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.
SUMBER:WIKIPEDIA
SERONOK ITU SEKEJAP
Dalam kehidupan setiap daripada kita pasti akan mencari keseronokan.Namun keseronokan itu hakikatnya sesuatu yang tidak kekal terlalu lama.Keseronokan yang mendatangkan sesuatu yang positif seperti berjaya dalam peperiksaan,naik pangkat, mendapat cahaya mata harus dimanfaatkan sebaik mungkin. Namun itu juga tidak boleh melalaikan.
Apatah lagi keseronokan yang mendatangkan sesuatu yang negatif seperti berfoya-foya,membeli belah tanpa kawalan,makan keterlaluan,pergaulan bebas. Pasti kesan buruknya mungkin akan akan ditanggung seumur hidup.
Thursday, November 2, 2017
SEJARAH RUKUN NEGARA
Bilakah Rukun Negara mula digunapakai
Prinsip Rukun Negara telah diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan AgongSeri Paduka Baginda Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin pada 31 Ogos 1970, iaitu sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan Malaysia.
Kenapa Rukun Negara dibentuk
Selepas Malaysia Merdeka dan negara mula dibangunkan, sedikit demi sedikit terdapat jurang antara kemewahan bandar dan kemiskinan desa, kemewahan orang bukan Melayu dengan kesempitan hidup orang Melayu yang menyebabkan rasa tidak puashati di antara rakyat. Ini menyebabkan beberapa kekacauan serta perbalahan yang melibatkan kaum berlainan berlaku di beberapa kawasan di Tanah Melayu. Apabila berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969, kerajaan melihat perlunya satu formula untuk mengatasi masalah ini.
Di antara Objektif Rukun Negara adalah untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat, mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.
Majlis Perundangan Negara yang dipengerusikan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak bin Hussein (merangkap Pengarah MAGERAN) telah ditubuhkan di bawah Undang-undang Darurat yang diwartakan pada 29 Januari 1970, hasil daripada mesyuarat MAGERAN yang mentadbir negara ketika itu. Ianya di anggotai oleh Pengerusi, tiga orang menteri (Allahyarham Tun Dr. Ismail bin Dato' Abdul Rahman, mendiang Tun Tan Siew Sin dan mendiang Tun V.T Sambanthan ), wakil-wakil kerajaan negeri dan wakil-wakil daripada parti politik.
Majlis Perundingan Negara bertanggungjawab menjadi pemikir dalam merangka perpaduan negara dan mencari satu cara yang mampu untuk mengatasi garis pemisah antara kaum. Dengan itu, maka lahirnya satu ideologi kebangsaan yang baru iaitu Rukun Negara yang digubal sebagai falsafah negara dan pendekatan baru ke arah mewujudkan sebuah negara bangsa yang stabil. Selain itu, Majlis Perundangan Negara juga mula menggunakan tema untuk menyambut kemerdekaan pada setiap tahun sebagai langkah mengekalkan semangat cintakan negara dan memupuk keharmonian kaum.
Sumber: http://www.malaysiancoin.com
Wednesday, November 1, 2017
Asal Usul Nama Tempat Di Kuantan
Asal-usul nama beberapa tempat di Kuantan, diperolehi melalui cerita-cerita lisan orang-orang tua.TELUK SISEK
Kawasan ini asalnya adalah sebuah teluk. Berhampiran dengannya terdapat sebuah bukit yang menganjur ke teluk. Di kawasan kaki bukit inilah selalunya "penyu-penyu sisek" mendarat untuk bertelur. Zaman beredar dan melalui proses pembentukan muka-bumi, teluk kini bertukar menjadi paya. Kawasan ini kemudiannya diteroka dan dibangunkan. Namanya diilhamkan dari peristiwa yang dikaitkan dengan "teluk" dan "sisek". Sehingga kini masih terdapat kulit-kulit siput lama di sekitar tasik di belakang kediaman YAB Menteri Besar sebagai bukti bahawa tempat ini dahulunya adalah sebuah teluk.
KAMPUNG JAWA
Semasa Estet Batu Talam dibuka untuk tanaman getah, ramai orang-orang Jawa telah bekerja sebagai penoreh getah. Mereka telah membuat penempatan berhampiran Kampung Tengah. Hasilnya kawasan ini akhirnya dikenali sebagai Kampung Jawa.
BUKIT SETONGKOL
Kedudukan bukit ini agak ganjil kerana ianya hanya setongkol sahaja jika dibandingkan dengan bukit-bukit yang lain di persekitarannya. Bersesuaian dengan keadaan fizikalnya ini, kawasan ini dinamakan Bukit Setongkol.
BUKIT UBI
Sebelum dijadikan kawasan pecah batu, bukit ini telah dijadikan kawasan penanaman ubi kayu oleh penduduk-penduduk tempatan. Makan kekallah namanya Bukit Ubi.
PADANG LALANG
Kawasan ini dahulunya adalah sebuah padang yang dipenuhi dengan lalang.
TANJUNG LUMPUR
Tanjung yang menghala ke laut ini telah diliputi oleh mandapan lumpur yang banyak. Sejak dari itu, tanjung ini dikenali sebagai Tanjung Lumpur.
GAMBANG
Di sini, suatu ketika dahulu terkenal dengan permainan gambang (cak lempung) di kalangan masyarakatnya. Oleh yang demikian tempat ini terus dinamakan Gambang.
ALUR AKAR
Di kawasan ini dahulunya beralur dan ditumbuhi pula dengan pokok-pokok hutan tua berakar besar dan berlingkar-lingkar. Keunikan keadaan kawasan ini langsung membawa kepada namanya sekarang.
PERAMU
Tukang-tukang rumah bertumpu ke tempat ini untuk mencari bahan-bahan membuat rumah yang terdiri daripada kayu-kayu hutan. Istilah mencari bahan-bahan ini dikenali sebagai "meramu" dan akhirnya menjadi Peramu hingga sekarang.
BESERAH
Setelah kematian anaknya iaitu Cik Timah, Haji Senik (penduduk asal Kuantan) telah membuat keputusan meninggalkan Kampung Teruntum yang banyak meninggalkan kisah-kisah sedih. Beliau kemudiannya berpindah ke sebuah kawasan di utara Teruntum. Setelah membuat sebuah penempatan baru, kawasan ini pula diserang sejenis penyakit yang dikenali sebagai "hawar". Semua penduduk di kawasan ini bercadang untuk berpindah ke tempat lain tetapi Hj. Senik meminta mereka bersabar dan berserah kepada Allah SWT. Kerana sikap mesyarakatnya sentiasa bertaqwa dan berserah kepada Allah SWT, maka tempat ini dipanggil "Beserah" sehingga sekarang.
(sumber:VIRTUALFRIENDS.NET)
Subscribe to:
Posts (Atom)