Thursday, December 20, 2018

HAYATI PRINSIP :Image result for KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

Asasnya, prinsip ini menyatakan bahawa rakyat Malaysia berpegang teguh kepada kepercayaan kepada Tuhan. Ini bermakna Malaysia adalah negara yang menolak sebarang ideologi yang tidak mempercayai wujudnya Tuhan (atheisme).
Kepercayaan kepada Tuhan mampu menjadikan masyarakat berpegang teguh kepada nilai-nilai murni yang diajarkan oleh agama. Jika masyarakat berpegang teguh kepada ajaran agama masing-masing secara postif maka ia dapat membentuk kehidupan yang harmoni dan sejahtera.
Melalui ikatan keagamaan, manusia akan bertindak sebagai seorang yang bertanggungjawab dan sentiasa menjaga keamanan dan keharmonian negara. Rakyat juga akan sentiasa berasa bersyukur dalam kehidupannya.
Prinsip pertama Rukun Negara ini sebenarnya mendukung kebebasan dan pengamalan agama seperti yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan bagi Malaysia.
Perkara ini jelas dimaktubkan dalam Perlembagaan di bawah Perkara 3 (1) yang menyatakan bahawa: ”Ugama Islam ialah ugama bagi persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”.
Kebebasan beragama yang diamalkan di negara ini menuntut setiap orang menghormati agama yang dianuti oleh orang lain serta hak untuk mengamalkan. Walaupun Islam diletakkan sebagai agama rasmi tetapi ajaran Islam tidak memaksa mana-mana individu untuk memeluk Islam.
Hakikatnya, Malaysia mengamalkan kebebasan beragama dan ia seharusnya dapat membentuk masyarakat kita saling menghormati kepercayaan dan amalan ibadat setiap agama. Kepercayaan kepada Tuhan seharusnya dapat mengembangkan perbuatan yang luhur, yang mencerminkan sikap dan suasana interaksi masyarakat secara harmoni dan sekali gus dapat mengembangkan sikap adil terhadap sesama insan.
Maka dapatlah disimpulkan bahawa penghayatan pada prinsip yang pertama ini adalah asas kepada pembentukan kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang harmoni. Semua rakyat tidak mengira kaum perlu memainkan peranan bagi memastikan ianya terlaksana. Bukan hanya memikirkan tuntutan agama masing-masing sahaja. Fahami sejarah kerana sejarah itu akan menyatakan siapa kita.

Wednesday, December 12, 2018

BERSEDIAKAH ANDA UNTUK 
DI TEMUDUGA?


PERSIAPAN SEBELUM MENGHADAPI TEMU DUGA

Image result for PERSEDIAAN MENGHADAPI TEMU DUGA 

  • Bersedia dengan pakaian yang sesuai, kemas dan bersih. Memakai tali leher dan kot bagi lelaki.
  • Jangan pakai pakaian yang terlampau berwarna-warni dan menjolok mata, berselipar serta memakai minyak wangi yang baunya menyengat atau mengenakan solekan yang keterlaluan.
  • Rambut hendaklah pendek dan tersisir rapi bagi lelaki dan kemas bagi perempuan yang tidak bertudung. Pada yang bertudung jangan memakai tudung yang terlalu fesyenista. Cukup sekadar ala kadar dan kemas.
  • Kasut pula seeloknya mestilah bertutup bagi lelaki dan perempuan.
  • Jangan lupa membawa dokumen penting seperti surat panggilan temuduga, kad pengenalan, surat beranak, sijil-sijil asal, dokumen yang berkaitan untuk disemak oleh panel temuduga. Pastikan ianya tersusun kemas di dalam fail mengikut turutan tahap akademik.
  • Pastikan lebih awal dimana, bila dan pukul berapa temu duga akan diadakan. Pastikan anda sampai 10-15 minit lebih awal supaya anda boleh menenangkan diri tetapi jangan sampai terlalu awal nanti cemas pula. Jangan sesekali-kali datang lambat.
JANGAN LUPA YER........demi masa depan anda

Wednesday, November 28, 2018

segulung ijazah bukan jaminan masa depan: APA PERANAN KEMAHIRAN INSANIAH?


Kemahiran insaniah merupakan kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh para pelajar hari ini untuk membantu mereka melangkah ke alam pekerjaan kelak. Penerapan kemahiran insaniah ini dilihat telah dijalankan semenjak pelajar berada di sekolah  dan seterusnya digilap di peringkat yang lebih tinggi di institusi pengajian tinggi. Kesinambungan aktiviti di sekolah menengah dan universiti sangat penting untuk menjamin perkembangan kemahiran insaniah dalam diri pelajar. 

Persaingan yang hebat dalam mendapatkan peluang pekerjaan menyebabkan setiap individu pelajar wajib untuk meningkatkan kemahiran insaniah mereka.
Image result for KEMAHIRAN INSANIAH
sumber : UPM

Tuesday, November 27, 2018



MASA DI TANGAN KITA : PENGURUSAN MASA YANG BETUL
Image result for JAM TANGAN
Saya percaya anda sudah tahu, pengurusan masa adalah satu perkara yang sangat penting buat pelajar. Ini kerana, pelajar selalunya sibuk dengan aktiviti-aktiviti kolej dan juga aktiviti-aktiviti luar.
Dalam Program Matrikulasi pelajar juga perlu kuasai banyak kursus dalam masa yang agak singkat. Jadi, tanpa pengurusan masa yang betul, pelajar tidak akan mampu menyiapkan semua tugasan mereka dan tidak mampu belajar sesuatu dengan baik dalam masa yang telah ditetapkan.
Persoalannya, adakah anda tahu apa itu pengurusan masa? Perkara utama yang penting dalam pengurusan masa yang baik adalah kesanggupan setiap individu mempunyai jadual harian.
Sebenarnya, jika anda ada jadual harian, tidak semestinya jadual itu diikuti sepenuhnya. Jadual harian sebenarnya hanyalah bertindak sebagai panduan tentang apa yang patut dilakukan. Anda akan lebih fokus tentang apa yang patut anda lakukan jika anda ada jadual anda sendiri.

REVOLUSI INDUSTRI 4.0

Image result for revolusi industri ke 4 dalam pendidikan
Apakah yang dimaksudkan dengan Revolusi Indutri 4.0 ?
Menurut pengasas Forum Ekonomi Dunia, Klaus Schwab dalam bukunya The Fourth Industrial Revolution menjelaskan Revolusi Industri Keempat ini ditandai dengan kemunculan superkomputer, robot pintar, kenderaan tanpa pengemudi, suntingan genetik dan perkembangan neuroteknologi yang memungkinkan manusia untuk lebih mengoptimalkan fungsi otak.
Dalam erti kata lain, hidup manusia akan dipermudahkan dengan bantuan robot yang bakal menjadi ”kawan” yang akan menguruskan hal ehwal dan tugasan harian.
Mungkin sukar untuk digambarkan logik akalnya apabila melihat pesanan piza yang kita lakukan melalui pesanan telefon, akan dihantar dengan menggunakan perkhidmatan dron sampai di depan pintu rumah.
Selain itu, segala urusan rumah seperti mencuci baju, memberi makanan haiwan kesayangan dan mematikan alat pendingin hawa hanya perlu menekan butang di telefon pintar masing-masing tanpa perlu lagi bersusah payah mengambil perkhidmatan pembantu rumah.
Untuk ke pejabat pula, kita tidak perlu lagi untuk menghidupkan enjin dan memandu di tengah-tengah jalan raya yang sesak.
Semuanya akan selesai dengan hanya menekan butang kekunci, penumpang boleh menyambung tidur dalam kereta masing-masing dan segala urusan pemanduan akan dikawal sepenuhnya melalui satelit sampai ke tempat yang ingin dituju dengan selamat.
Senario tersebut walaupun pelik, namun secara perlahan-lahan telah mula berkembang dan berevolusi menjadi satu bentuk norma yang biasa pada masa akan datang.
Dengan menggunakan akronim Revolusi Industri 4.0 ini, segala urusan harian manusia akan dikongsi bersama robot yang dicipta khusus untuk mengoptimumkan keperluan dan keselesaan manusia.
Walaupun teknologi-teknologi ini masih dalam peringkat pengujian di peringkat global, banyak aplikasi yang digunakan telah pun kita nikmati. Sebagai contoh, penggunaan aplikasi navigasi seperti Waze atau Google Maps yang menyediakan pemandu tentang maklumat laluan serta perjalanan adalah antara bibit-bibit awal kepada pengenalan dunia yang dipanggil Internet of Things (IoT).
 Sumber : www.kosmo.com.my 

Thursday, November 22, 2018

Apa itu ICERD?


Image result for icerd Isu yang sedang hangat diperkatakan.Barangkali ramai dalam kalangan kita sendiri tidak tahu dan mungkin tidak faham apa itu ratifikasi ICERD. Apatah lagi istilah yang digunakan dilihat agak janggal dan tidak sensitif bagi kebanyakan rakyat. Apatah lagi istilah tersebut kelihatan begitu akademik atau ilmiah.

Ratifikasi bermaksud mengesahkan, manakala ICERD pula adalah singkatan daripada International Convention For Elimination of All Forms of Racial Discrimination atau dalam bahasa Melayu bermaksud Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum. ICERD adalah salah satu daripada konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tentang Hak Asasi Manusia.

Menurut Dr Asyraf Wajdi Dasuki berpandangan bahawa ICERD jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan tentang Hak Istimewa orang-orang Melayu, Bumiputera, kedudukan agama Islam dan institusi Raja-Raja Melayu.

Sunday, November 11, 2018

MESYUARAT
 JK KARNIVAL PENDIDIKAN KERJAYA KOLEJ MATRIKULASI PAHANG 2018   
 
                                        

  Bersama En Hasanuddin Yahaya (Timbalan Pengarah KMPh) , Pn Yuniza Mohamed, En Mohd Azeli Abd Latif, En Hamizi Taib,En Khairuzaman (kaunselor KMPh). Turut serta En Ubaidillah Abd Latif,Tn Hj Ismail Jusoh, En Mohd Yuslan,En Wahidul Hafiz,Pn Normala,Pn Mili Malina,Pn Anita Mohamed, Pn Aminah Nordin dll. Sederap dalam menjana masa depan pelajar KMPh yang gemilang.

Monday, October 22, 2018

AKTIVITI KSSK BERKONGSI PENGALAMAN DALAM BERHOBI

Ahli Kelab Sahabat Setem Kuantan (KSSK) berkumpul dalam Malayan Banknotes Fair Kuantan Siri II/2018 pada 19 hingga 21 Oktober di Berjaya Megamall Kuantan. Kepelbagaian latar belakang ahli yang terdiri daripada suri rumah, cikgu, pensyarah, kakitangan kerajaan, pelajar, jururawat, kakitangan swasta, pesara dan lain-lain disatukan melalui hobi mengumpul setem.

TAHNIAH buat KSSK kerana semakin menampakkan wajah secara berkumpulan dalam membina legasi peminat setem.





Thursday, October 18, 2018

SESI CERAMAH 
"LEGASI PEMINAT SETEM"
 DI SK TUNKU AZIZAH KUANTAN
MENDAPAT SAMBUTAN

Kelab Sahabat Setem Kuantan (KSSK) telah berkolaborasi bersama Kelab Setem dan Filateli (KESEF) SK Tunku Azizah untuk satu aktiviti ringkas bertempat di dewan sekolah pada 19.09.2018. KSSK diwakili oleh Encik Ramlee dan Encik Ahmad Noh. Ternyata generasi muda ini teruja dengan ceramah yang disampaikan.Menurut Guru Penasihat KESEF SKTA Cikgu Azlina program tersebut telah berjaya menarik minat pelajar semakin ramai untuk menjadi ahli KESEF sekolah. TAHNIAH SKTA













Monday, October 15, 2018

TSUNAMI DI PALU

Image result for tsunami di palu sulawesi

Image result for tsunami di palu sulawesi

Banyak peristiwa haru dan menakjubkan dari bencana gempa dan tsunami yang menimpa Kota Palu, Donggala dan Sigi, Sulawesi Tengah pada Jumat 28 September 2018. Musibah itu telah meruntuhkan ribuan rumah serta menngorbankan ribuan jiwa.
Namun yang menakjubkan Masjid Jami Pantoloan yang berada di pinggiran Kota Palu tetap berdiri kukuh meski dilanda gelombang tsunami.

Wednesday, October 3, 2018

KENAPA SAYA?.........WHY ME?

kenapa bukan orang lain?...Setiap ujian yang berlaku ke atas diri dan keluarga kita pasti ada sebabnya. Hanya sebagai Hamba Allah janganlah kita mempertikaikan ketentuan yang berlaku. Semua itu yang pasti tentu ada hikmahnya. 

Monday, September 3, 2018

VARIASI FUNGSI 
MASJID AL MUTTAQIN KMPh  

Fungsi rumah Allah @ masjid bukan sekadar untuk diimarahkan ketika solat berjemaah, kuliah @ mengaji @ ceramah agama sahaja. Namun masjid d Kolej Matrikulasi Pahang diaktifkan oleh golongan pensyarah dan pelajar dengan pelbagai aktiviti. Contohnya terdapat sesi pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai kursus yang dijalankan di masjid. Di masjid turut berlangsung sesi pengajaran dan pembelajaran pelbagai disiplin ilmu seperti matematik, fizik, dan biologi. Sesi pertemuan Matrix excellent program (mepro) juga diadakan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk berkongsi masalah yang dihadapi dengan pensyarah pembimbing.


                                                         
   En Zahari Mokhtar sedang menyampai sesi pengajarannya bersama pelajar

Wednesday, August 29, 2018

PELAN INTEGRITI NASIONAL(PIN) 
oleh Ust Hamdan Yusi Yusof  
               di Kolej Matrikulasi Pahang                                                                                                                                                          

Sesi ceramah integriti telah dijalankan pd 27 Ogos 2018. Tujuannya bagi meningkatan rasa tanggungjawab penjawat awam terhadap tugasan masing-masing. Majlis itu dipengerusikan oleh Ust Ismail Jusoh. Turut hadir Tuan Timbalan Pengarah En Hasanudin Yahaya.  

 Penyampaian cenderahati oleh Tuan Timbalan Pengarah kepada penceramah.

Sunday, August 26, 2018

MENDAKI PUNCAK ALAM      
                         

Tanggal indah 26 Ogos 2018.....ku atur langkah....mencari permata di puncak menara.....tetap tekad membara ....yakin cita warisku dakap erat ....4 musim kan perah keringat ....moga Yang Esa hulurkan berkat...kakaklah idola adik....kakaklah pencetus semangat adik....biar ayah ibu menangis ceria....2022 kami tunggu juga      
                
 (ku dedikasikan buat puteri sulungku Ainnur Afzan)

Wednesday, August 22, 2018

HAYATI ERTI PENGORBANAN  
                  
Walau siapapun kita, status apapun kita, namun kita tidak dapat lari daripada melakukan pengorbanan. Berkorban masa, berkorban tenaga, berkorban wang demi memastikan yang terbaik dalam hidup.....SALAM EIDULADHA

Saturday, August 18, 2018

MAHKOTA DEWA: Tanaman ubatan berkhasiat


Buahnya boleh dipotong halus dan dikeringkan. Selepas itu boleh direndam bagi menghasilkan minuman yang baik untuk kesihatan dalaman. Selamat mencuba.          

FOTO: sumber fb rohaya mohamad
        JETI SHAHBANDAR KUANTAN         
   

Terletak berhadapan dengan Hospital Tg Mpuan Afzan (HTAA) Kuantan dan berhampiran bangunan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK). Tempat rekreasi santai yang penuh dengan kehijauan menjadi tumpuan orang tempatan dan juga luar. Jeti tersebut adalah bagi mereka yang berminat untuk menyelusuri Sungai Kuantan dengan menaiki bot yang disediakan.Tambah menarik terdapat kemudahan restoran makanan segera MC D 24 jam di situ. Berhujung minggu bersama keluarga di kawasan tersebut amat sesuai sekali. Jom kunjungi....Petang ini sempat bersantai bersama keluarga di tepian jeti melihat tenangnya alir air di Sungai Kuantan.Melihat dan mendengar deruan enjin bot nelayan yang baru pulang dari mencari rezeki di Laut China Selatan. Panoramanya cukup menenangkan terutama bagi mereka yang mendambakan sekelumit ketenangan selepas penat bekerja.

Tuesday, August 14, 2018

LGBT : Tiada tempat di Malaysia......



Sesi diskusi intelektual (forum) telah berlangsung bagi membicara isu dan cabaran kepada keamanan dan kemakmuran negara. Pelajar-pelajar ini telah mengambil peluang atas isu semasa yang sedang hangat diperkatakan di dalam negara bagi melengkapkan tugasan mereka untuk kursus Pengajian Am Matrikulasi Semester I Sesi 2018/2019. Tajuk pilihan mereka tersebut adalah LGBT : Tiada tempat di Malaysia. Bersama moderatornya Saudari Anis Natrah Ibrahim. Segala persoalan telah dijelaskan dan dikupas dengan begitu mendalam dan menarik oleh 2 orang ahli panel iaitu Saudara Muhammad Arif Mohd Zawawi dan Saudari Nur Sabrina Alia Mohd Asri. Perkongsian idea dan informasi daripada suara anak muda dapat memberikan sumber inspirasi kepada pihak tertentu untuk memainkan peranan yang lebih efisien dalam menangangi segala permasalahan dalam negara.

Thursday, July 19, 2018

FRANCE
 juara Piala Dunia 2018

Image result for france juara piala dunia 2018

Piala Dunia di Rusia berakhir apabila France dinobatkan sebagai juara apabila menumbangkan Croatia 4-2 di perlawanan akhir.

Monday, July 9, 2018


Image result for berani berubah

BERANI BERUBAH

Berani untuk berubah adalah merupakan salah satu kunci kejayaan. Tanpa berubah maka bersedialah kita menerima hakikat untuk terus berada di zon selesa iaitu ditakuk lama. Maka sesiapa yang tidak sanggup untuk berubah maka secara realitinya jangan mimpikan akan sebuah kejayaan. Namun untuk berubah sebenarnya memerlukan pengorbanan yang sangat besar. Tak terhitung dengan pengorbanan tenaga, masa, wang dan sebagainya. Perkataan berani itu sendiri menjelaskan tentang insan yang hebat.

Friday, July 6, 2018

PENTINGKAH
 KEMAHIRAN INSANIAH/SOFTSKILL..???
Image result for kemahiran insaniah
Semua pelajar generasi sekarang seharusnya menjadikan kemahiran insaniah seperti mampu berkomunikasi dengan baik, boleh bekerja dalam kumpulan, mampu memberi pendapat dan idea, mampu memimpin, bekerjasama yang merupakan perkara wajib dalam mendepani cabaran pendidikan, alam pekerjaan dan hidup bermasyarakat suatu hari nanti. Melalui kemahiran insaniah yang baik itu membolehkan mereka berdaya saing dan mampu menampilkan jati diri sesuai dengan zamannya. Namun jika anda gagal memiliki kemahirannya maka anda berada dalam zon kegagalan.

Wednesday, July 4, 2018

KABINET UTAMA 
MALAYSIA BAHARU 2018
(SELEPAS PRU 14)
Image result for kabinet malaysia terkini
SUMBER: ASTRO

Sunday, July 1, 2018

PIALA DUNIA 2018 DI RUSSIA

                Image result for WORLD CUP RUSSIA 2018
The 2018 FIFA World Cup is the 21st FIFA World Cup, a quadrennial international football tournament contested by the men's national teams of the member associations of FIFA. 
Teams32 
DatesJun 14, 2018 – Jul 15, 2018

Wednesday, June 27, 2018

GABENOR BNM YANG BARU



Ucapan tahniah kepada Bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM),Datuk Nor
Shamsiah Mohd Yunus yang telah dilantik sebagai Gabenor Bank 
Negara Malaysia yang baharu dari 1 Julai 2018 sehingga 30 Jun 2023.

Sunday, June 24, 2018

ETIKA PAKAIAN TEMUDUGA

Antara perkara penting yang juga perlu diambil berat oleh calon-calon temu duga adalah berkaitan dengan etika berpakaian yang paling sesuai ketika menghadiri sesi temu duga. Contoh-contoh etika berpakaian lelaki dan wanita adalah seperti di bawah: