Tuesday, November 27, 2018


REVOLUSI INDUSTRI 4.0

Image result for revolusi industri ke 4 dalam pendidikan
Apakah yang dimaksudkan dengan Revolusi Indutri 4.0 ?
Menurut pengasas Forum Ekonomi Dunia, Klaus Schwab dalam bukunya The Fourth Industrial Revolution menjelaskan Revolusi Industri Keempat ini ditandai dengan kemunculan superkomputer, robot pintar, kenderaan tanpa pengemudi, suntingan genetik dan perkembangan neuroteknologi yang memungkinkan manusia untuk lebih mengoptimalkan fungsi otak.
Dalam erti kata lain, hidup manusia akan dipermudahkan dengan bantuan robot yang bakal menjadi ”kawan” yang akan menguruskan hal ehwal dan tugasan harian.
Mungkin sukar untuk digambarkan logik akalnya apabila melihat pesanan piza yang kita lakukan melalui pesanan telefon, akan dihantar dengan menggunakan perkhidmatan dron sampai di depan pintu rumah.
Selain itu, segala urusan rumah seperti mencuci baju, memberi makanan haiwan kesayangan dan mematikan alat pendingin hawa hanya perlu menekan butang di telefon pintar masing-masing tanpa perlu lagi bersusah payah mengambil perkhidmatan pembantu rumah.
Untuk ke pejabat pula, kita tidak perlu lagi untuk menghidupkan enjin dan memandu di tengah-tengah jalan raya yang sesak.
Semuanya akan selesai dengan hanya menekan butang kekunci, penumpang boleh menyambung tidur dalam kereta masing-masing dan segala urusan pemanduan akan dikawal sepenuhnya melalui satelit sampai ke tempat yang ingin dituju dengan selamat.
Senario tersebut walaupun pelik, namun secara perlahan-lahan telah mula berkembang dan berevolusi menjadi satu bentuk norma yang biasa pada masa akan datang.
Dengan menggunakan akronim Revolusi Industri 4.0 ini, segala urusan harian manusia akan dikongsi bersama robot yang dicipta khusus untuk mengoptimumkan keperluan dan keselesaan manusia.
Walaupun teknologi-teknologi ini masih dalam peringkat pengujian di peringkat global, banyak aplikasi yang digunakan telah pun kita nikmati. Sebagai contoh, penggunaan aplikasi navigasi seperti Waze atau Google Maps yang menyediakan pemandu tentang maklumat laluan serta perjalanan adalah antara bibit-bibit awal kepada pengenalan dunia yang dipanggil Internet of Things (IoT).
 Sumber : www.kosmo.com.my 

No comments:

Post a Comment